Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

PAS DAN KELANTAN

From: DULU UMNO SEKARANG PAS
Date: 06 May 1999
Time: 11:50:15

Comments

Untuk digunakan bahan kempen menumbangkan BN dan UMNO!

Pernahkah anda melawat Kelantan? Untuk menilai sama ada kerajaan negeri Kelantan di bawah PAS berjaya mentadbir negeri ini dengan baik, pergilah sendiri ke Kelantan. Tengok dengan mata sendiri dan berbual-buallah dengan rakyat Kelantan di sana. Sudah pasti anda akan mempunyai persepsi yang berlainan mengenai negeri ini dan yang lebih penting, Tok Guru Nik Aziz dan cara beliau mengendalikan kerajaannya.

Kalau dari segi gawat, memang tak nyata di Kelantan. Mungkin, tak ada! Tengok bandar Kota Bharu, penuh sesak dengan orang ramai membeli belah dan kelihatan, tidak kurang ramainya pelancung-pelancung MatSalleh. Kalau pergi minum teh tarik di gerai-gerai berdekatan dengan Pasar Besar, suasananya macam satu pesta pada malam hari. Pesta kuih muih dan lauk pauk dengan harga yang murah! Peniaga-peniaga ceria melayan pelanggan-pelanggan yang ramai! Satu tempat yang diminati oleh pelancung-pelancung. Tiada masalah JE! Semasa musim cuti sekolah, lagi penuh sesak dengan pelancung-pelancung dari merata negeri! Kalah Pig Dickson!

Bandingkan Alor Star dengan Kota Bharu memang jauh beza. Di Alor Star, ada kompleks beli belah yang tutup awal jam 9 malam kerana kurang pengunjung dan pembeli tapi di Kota Bharu, sungguh meriah walaupun tiada tempat-tempat hiburan dan maksiat seperti karaoke dan disko! Jenayah-jenayah pun kurang tidak macam dulu semasa Kelantan di bawah BN/UMNO! Dulu disko ada, Dangdut pun ada, kedai 4 Nombor Ekor pun ada! Semasa gawat ni, Alor Star malap tapi Kota Bharu meriah! Hasil balak pun boleh tahan juga walaupun kawasan-kawasan balak bernilai tinggi sudah habis digondolkan dibawah pemerintahan BN/UMNO. Bezanya, semasa BN/UMNO memerintah Kelantan, balak memang banyak masa tu tapi hasilnya lebih kurang sama dengan hasil yang diperolehi oleh kerajaan negeri sekarang. Mana pergi duit yang lebih??? Mengikut orang-orang UMNO sendiri, duit lebih dari balak, habis disanglap, di kebas oleh orang-orang UMNO.

Kalau nak berurusan dengan pejabat-pejabat kerajaan amat mudah sekarang. Tak macam dulu di bawah BN/UMNO. Kata se orang peniaga Cina, ‘banyak senang mau memperbaharui lesen niaga sekarang, tidak payah lagi jolok!” Kata se orang kontraktor Cina yang fasih dalam loghat Kelantan, ‘ dulu baru masuk tender sudah mau jolok, belum tentu dapat lagi tapi sekarang tak payah jolok lagi”. Rata-rata, peniaga-peniaga berbangsa Cina terasa selesa berurusan dengan kerajaan negeri sekarang. “Majlis Perbandaran pun tidak kacau kami berniaga dan mengambil tindakan tak tentu arah. Ini kerajaan bersih dan ADIL”, kata se orang lagi peniaga Cina. Kata se orang wanita berbangsa Cina pula, ‘kami tak ada masalah mahu pergi kuil, mau sembahyang. Kami bebas bersembahyang. Tiada tekanan dari sesiapa. Kami saling hormat menghormati.”

Tok Guru Nik Aziz pula memang cermat orangnya. Se orang Tok Guru berhemah tinggi. Satu ‘role model’. Tidak berbelanja sesuka hati. Tidak guna duit kerajaan sesuka hati. Pemimpin yang tidak boros. Tengoklah rumahnya-bukan mahligai seperti rumah kebanyakkan MB atau mahligai PM di Putra Jaya, tapi rumah kampung yang simple bagi se orang Menteri Besar! Ramai yang pernah berkunjung ke rumahnya terperanjat dan berpendapat bahawa inilah pemimpin berjiwa rakyat. Tiada pencakar langit di Kota Bharu berbanding dengan Alor Star yang mempunyai se buah Menara yang menjadi gajah putih! Di Kelantan, pembaziran jarang berlaku dan peruntukkan kerajaan digunakan untuk faedah rakyat dan bukan untuk projek-projek mewah yang hanya menguntungkan se golongan kroni-kroni sahaja!

Kalau melawat Pasar Besar Kota Bharu pula, alangkah terperanjatnya bila kita melihat wanita-wanita berniaga tanpa sebarang sekatan. Siapa yang memutarbelitkan fakta yang di sebut oleh Tok Guru dulu? Dr Mahathir dan UMNO dan juga jentera propaganda mereka, Berita dan Utusan! Wanita-wanita sibuk berniaga dengan tangan penuh dengan gelang-gelang emas! Maka tak hairanlah, paling ramai rakyat yang pergi ke Umrah dan Mekah pada tiap-tiap tahun ialah dari Kelantan dan bukan dari negeri Jelapang Padi! Kalau PAS di Kelantan tak menjaga kepentingan orang-orang Melayu atau mengabaikan kepentingan orang Melayu, takkanlah semua ini boleh tercapai dan berlaku! Fikirkanlah!

Setelah melihat sendiri keadaan di Kelantan, ramai berpendapat bahawa cerita-cerita buruk dan negatif yang dipaparkan oleh media massa milik kerajaan Pusat, memang nyata satu fitnah belaka! Kata se orang peniaga berbangsa Cina yang kerap ke Kelantan untuk urusan niaganya, “ After having gone there many times and saw with my own eyes and after having talked to a number of my colleagues there, I liked what I saw and I am convinced PAS is OK and FAIR, unlike what the BN often potrays. In my area, if the opposition is represented by PAS, I have no hesitation in giving my vote to PAS!” Sungguh memberangsangkan dari se orang bukan Islam!!

Pergilah sendiri ke Kelantan. Temubuallah dengan penduduk-penduduk dan peniaga-peniaga Melayu dan Cina. Tak tengok tak tahu. Tak kenal tak cinta! Siapa kata PAS tak boleh memerintah? Hanya satu propaganda UMNO saja! Dengan ramai golongan professional yang telah berhijrah ke PAS, parti PAS memang mampu menerajui kerajaan Pusat. Berganding bahu dengan parti-parti dalam Barisan KeADILan Nasional Insyaallah!

Jadilah pengundi yang bijak seperti rakyat negeri Kelantan. Marilah kita tolak BN dan UMNO. Jangan jadi pengundi bodoh. Buat apa sayangkan UMNO lagi kalau UMNO sudah kotor ke akar umbi??! Setelah melawat Kelantan, memang susah nak percaya apa yang Pak Lah cakap baru-baru ni bahawa beliau yakin BN/UMNO mampu menawan Kelantan semula. Satu mimpi yang boleh menjadi kenyataan hanya jika BN/UMNO mengguna undi-undi hantu dan pos!! Ini memang style pemimpin-pemimpin UMNO-bongkak dan takabur dan tidak mahu menerima kenyataan.

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

Last changed: May 06, 1999