Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

SEBAHAGIAN EKUITI SYARIKAT  TELEKOM AKAN JATUH KE TANGAN ASING

From: NASIONALIS
Date: 06 May 1999
Time: 11:51:12

Comments

Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, dengar khabar Telekom akan menjual ekuitinya sebanyak 20% kepada pelabur-pelabur dari Jepun yang akan datang ke Malaysia tidak lama lagi untuk membuat penilaian. Dikatakan harga yang ditawar kepada pelabur-pelabur tersebut ialah hanya RM 13.50 se saham. Dari penjualan tersebut, kerajaan melalui Kementerian Kewangan sebagai pemegang saham terbesar dalam syarikat Telekom, akan mendapat durian runtuh sebanyak RM 8 billion. Sama ada pelabur-pelabur ni akan setuju atau tidak, kita tunggu dan lihat. Pelabur-pelabur pun tak bodoh kerana kerajaan sendiri berhutang dengan Telekom sebanyak tidak kurang dari RM 1.5 billion kecuali hutang ini disorok dan dilupuskan!

Kalau betul-lah khabar angin ini, nampaknya kepentingan negara sedikit demi sedikit terhakis. Kalau dulu dituduhnya DSAI sebagai mengikut telunjuk IMF, tapi DSAI masih tetap mempertahankan kepentingan-kepentingan negara. Dr Mahathir pernah mengingatkan kita mengenai penjajahan cara baru. Bukankah cara ini satu bentuk penjajahan? Mengapa diundang pelabur-pelabur asing ini? Mengapa dibenarkan perkara macam ini berlaku? Sekarang, dah terbalik kut, oleh kerana kesempitan wang, se bahagian besar saham syarikat milik negara akan terlepas ke tangan warga asing, atas izin dan restu Dr Mahathir dan atas nasihat Menteri Kewangan. Selepas Telekom, tidak mustahil Tenaga pun akan dikorbankan.

Inilah putarbelit Dr Mahathir dan Daim untuk memulihkan ekonomi negara. Persoalannya ialah, adakah cara ini paling terbaik untuk menambah dana sehingga se bahagian syarikat strategik milik negara tergadai? Se olah-olah macam tidak ada pilihan lain lagi tapi sudah berulang kali Dr Mahathir berkata dia tak mahu negara dijajah lagi. Kerajaan kata ekonomi negara dah beransur pulih, indeks BSKL pun dah melonjak naik tapi amat jelas sekali, kerajaan masih memerlukan wang.

Sebagai rakyat yang prihatin dan bertanggungjawab, kita mahu kerajaan menunjukkan ketelusan dan akauntabiliti dalam mengurus perkara macam ini. Kami se bagai rakyat negara ini ingin tahu ‘terms and reference’ deal yang dibuat ni. Kita juga harap keuntungan se besar ini akan digunakan dengan baik khusunya untuk kebaikan dan kemakmuran rakyat-rakyat di desa dan berpendapatan rendah dan bukan untuk menyelamatkan KRONI-KRONI atau syarikat-syarikat milik MIRZAN! Atau pun diguna untuk menampung kos pilihanraya kelak atau menabur wang semasa pilihanraya! Kita juga harap, jangan disebabkan terlalu desperate sangat nakkan wang, syarikat-syarikat milik negara habis tergadai. Yang akan menanggung beban nanti ialah anak cucu kita! Disebabkan ketidakcekapan mereka, rakyat terpaksa menanggung beban dan kita pula terpaksa menjawab pada anak cucu kita nanti! Ya Allah, selamatkanlah harta karun negara kita! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

Last changed: May 06, 1999