Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Daim Dan Bright Sparklers

From: Cucu Wak Dollah
Date: 06 May 1999
Time: 12:16:40

Comments

Kepentingan Peribadi Didalam Malapetaka Industri Paling Buruk diMalaysia.

(Rencana ini adalah terjemahan dari rencana berbahasa inggeris yang dipetik dari lamam web freeMalaysia.com bertarikh 25hb Mac 1999, disiarkan bagi mengingati mangsa-mangsa yang terkorban dan tercedera akibat ledakkan di Bright Sparklers genap 8 tahun lalu)

Adalah tidak menjadi rahsia lagi bahawa Bendahari UMNO, Menteri Kewangan dan Penasihat Ekonomi Daim Zainuddin telah berpuluh tahun mengumpulkan harta dan mengkayakan diri dan proksi-proksi nya dengan menggunakan kedudukkan dan hubongkait politik. Satu semakkan pada rekod-rekod 'am akan mengesahkannya. Tetapi yang lebih memeranjatkan ialah bagaimana rakus dan tamaknya untuk mengumpulkan harta dimana beliau dan kroni-kroni nya telah menyelinap keseluruh tahap dan bentuk perniagaan diMalaysia. Sesungut Daim sentiasa meresap jauh kedalam urat sarap ekonomi Malaysia menyedut bahagiannya didalam banyak syarikat-syarikat perindustrian dan perniagaan.

Salah satu perindustrian kecil tetapi menguntungkan yang merupakan jendela untuk melihat sejauh mana kepentingan Daim didalam beraneka perniagaan telah meledak dengan ganasnya pada 7hb Mei 1991. Pada hari Selasa berkenaan sebuah syarikat membuat bunga api/mercun/ yang terletak dikawasan perumahan Sungai Buloh telah meletup. Para pembaca tentu masih ingat ledakkan yang dahsyat tersebut telah mengorbankan lebih 20 orang kebanyakkannya penduduk berhampiran serta mencedera dan mencacatkan berpuluh yang lain.

Bagi sebuah negara yang dikejutkan dengan trajedi industri paling dahsyat, akhbar-akhbar tempatan segera membuat lapuran bahawa kilang berkenaan tidak pernah mendapat permit untuk mengilang/mengeluarkan barangan yang amat merbahaya. Malahan mereka mendapat tahu bahawa syarikat yang sama telah beberapa kali gagal pemeriksaan keselamatan.

Akhbar The Malay Mail dua hari kemudian menambah bahwa 'campurtangan politik' telah menghalang penguatkuasa tempatan untuk menutup kilang berkenaan, walaupun terdapat aduan-aduan dari penduduk berhampiran bahawa telah berlaku 4 kali letupan yang membawa maut sebelum letupan pada 7hb Mei. Syarikat Bright Sparklers telah beroperasi tanpa gangguan selama 20 tahun. Ianya merupakan malapetaka ditengah-tengah kawasan perumahan yang menunggu masa untuk berlaku. Mengapa? Tiba-tiba ketika akhbar dan media tempatan baru hendak mengguris kulit skandal mereka telah di 'black-out'. Semua akhbar tempatan dan media telah ditegah untuk memaparkan berita mengenai Bright Sparklers lebih lanjut.

Walaubagaimanapun pendedahan olih media asing telah memaksa pendedahan dalam negara bahawa Daim yang dua kali menjadi Menteri Kewangan ialah pengasas dan pemegang saham syarikat Bright Sparklers. Daim sendiri telah membantu menubuhkan dan mendapatkan lesen perniagaan/mengilang untuk syarikat berkenaan. Walaupun Daim telah menjualkan bahagian sahamnya didalam syarikat berkenaan dan telah mengundurkan diri dari lembaga pengarah pada tahun 1977, anak saudara beliau Zahari Abdul Wahab masih mengekalkan sebahagian besar saham syarikat dan mendudukki kerusi lembaga pengarah.

Walaupun akhbar dan media tempatan mendiamkan diri, bukan bermakna mereka tidak mengetahui hubungan Daim dengan Bright Sparklers. Wartawan dari Bernama telah pergi ka Pejabat Pendaftar Syarikat untuk meneliti rekod-rekod Bright Sparklers. Mereka lah yang mula-mula mengetahui maklumat lanjut mengenai penglibatan Daim dan Zahari. Malangnya walau banyak mana maklumat yang mereka perolehi, mereka telah diberi arahan olih ketua-ketua pengarang mereka untuk 'membunuh' lapuran-lapuran mereka. Sememangnya Mahathir tidak akan membenarkan Menteri Kewangan dan rakan karibnya disangkut pautkan dengan kecelakaan yang paling dahsyat.

Keesokkan harinya apabila wartawan lain pergi ke pejabat Pendaftar Syarikat mereka dapati fail-fail mengenai Bright Sparklers telah hilang. Jawapan yang diterima dari pegawai-pegawai yang bertugas adalah 'tidak diketahui' 'telah hilang' atau 'tidak tahu'.

Walaubagainanapun segala rahasia buruk itu akan terbongkar juga akhirnya. Terlalu ramai rakyat yang tidak berdosa telah terkorban, dan kerajaan tidak bolih lagi menutup pekong didada. Satu salinan asal file dari Pejabat Pendaftar Syarikat telah disampaikan kepejabat media asing diKuala Lumpur.

Selepas liputan dari media asing disiarkan, pemimpin pembangkang Lim Kit Siang telah 'menghentam' Daim diParlimen mengenai hubungannya dengan syarikat Bright Sparklers. Dengan bukti-bukti yang sudah tersebar luas, Daim tidak lagi dapat berdalih. Dia mengaku telah menjadi penasihat guaman kepada syarikat berkenaan walaupun ketika itu dia tidak lagi menjalankan kerja-kerja guaman. Dia mengaku telah ditawarkan saham didalam syarikat berkenaan yang kemudiannya dipindahkan kepada syarikat keluarganya. Dia juga mengaku telah membantu syarikt berkenaan mendapatkan modal dari pelabur asing tetapi menegaskan bahawa kepentinganya disyarikat berkenaan adalah terhad kepada pemegang saham yang pasif.

Mungkin, ..tetapi beliau adalah jenis pemegang saham yang kehadirannya disyarikat berkenaan bolih menimbulkan rasa gentar dan hati-hati kepada penguatkuasa undang-undang syarikat yang berhasrat untuk mengambil tindakkan keatas Bright Sparklers yang tidak menghormati undang-undang!

Tambahan, Daim juga disebut telah membantu mendapatkan lesen perniagaan/ pengilang untuk syarikat berkenaan. Kebolehannya untuk melintasi halangan-halangan burokrasi lah yang telah memaksa pelabur modal Bright Sparklers datang kepadanya. Sebagai imbuhan dari 'pertolongan' yang diberi olih Daim, maka pelabur berkenaan bersetuju untuk meluluskan permohonan beliau mendapatkan saham didalam syarikat berkenaan.

Ada berapa banyak lagikah syarikat seperti Bright Sparklers diluar sana? Walaupun Bright Sparklers tidak pernah mendapat semua permit untuk beroperasi secara sah, dengan memberi lesen mengilang/memproses bahan-bahan letupan yang merbahaya seolah-olah telah membebaskan syarikat berkenaan dari diambil tindakkan olih penguasa-penguasa tempatan. Tambahan pula berapa ramai kah para penguasa yang sanggup berhadapan dengan seorang kanan UMNO dan kroni Mahathir?

Malahan panel suruhanjaya yang dilantik untuk menyiasat malapetaka berkenaan merasa serba salah dengan apa yang mereka jumpa. Hasil siasatan berkenaan tidak pernah diumumkan. Tidak sekali pun penjelasan dibuat kepada rakkyat terutamanya keluarga mangsa. Ini membuat orangramai tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku disebalik pintu bilek suruhanjaya penyiasat. Tambahan pula semasa peringkat awal operasi Bright Sparklers Daim menpunyai kawan di Kementrian Perdagangan dan Industri, yang mana beliau bolih hubungi jika menghadapi masaalah dengan pihak-pihak penguatkuasa. Siapakah kawan ini… kalau bukan Mahathir ?

Kita mungkin tertanya-tanya, berapa kalikah kerja-kerja Daim diBright Sparklers diulang-tayang didalam syarikat-syarikat lain ketika orang kerdil ini masih menampal dindingnya dengan jutaan ringgit, sebelum beliau mampu dengan berbilion ringgit. Berapa banyakkah 'khidmat' telah dilaksanakan dengan mudah menggunakan mesin pencetak wang Daim bukan susah untuk kita bayangkan.

Trajedi Bright Sparklers menimbulkan satu persoalan kepada kita. Berapa kalikah Daim dan kroni-kroni nya telah memperjudikan nyawa rakyat Malaysia dalam keghairahannya membina kekayaan yang menggila?

Kita hanya mendapat tahu yang satu ini kerana ia 'meletup' dalam ertikata sebenar!

Last changed: May 06, 1999