Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

KEBEBASAN AKHBAR DAN SABOTAJ

From: Ahmad Sayuthi
Date: 06 May 1999
Time: 12:34:51

Comments

Pemberita-pemberita kita sering merintih tentang betapa terkongkongnya mereka oleh akta-akta yang menyekat kebebasan akhbar. Paling diungkit ialah OSA - Akta Rahsia Rasmi. Dalam satu forum Bahasa Inggeris di TV2 tahun lepas (Global, kalau tak silap), bila ditanya oleh penonton tentang kurangnya investigative reporting serta masalah yang pemberita hadapi, wakil media (perempuan) mengeluh dan menyalahkan OSA. Kononnya OSA menyebabkan pemberita takut untuk membuat pendedahan.

Saya pernah ada pengalaman menulis untuk akhbar the New Straits Times dan the Sun. Walaupun tidak termasuk dalam kumpulan terror dan elit seperti Shamsul Akmar (sekarang Star), Joceline Tan dll, saya dapat melihat keadaan sebenar, "the backroom operations", dari bagaimana berita dicari hingga kepada cycle terakhir produk, iaitu naskah itu sampai di kedai mamak. Faktor utama sebenarnya ialah: malas, tidak ada daya usaha dan juga daya kreatif. Mereka juga rasa immune atau selamat dari kritikan, kerana jika ada orang luar menimbulkan kurangnya kualiti ini, di mana pendapat ini boleh disampaikan? Kalau kepada halaman Ruangan Pembaca, editor tidak akan siarkan kerana takut pemberita tersinggung. Paling kuat hanya boleh buat posting di Internet, yang sebahagian besar rakyat Malaysia tidak mempunyai access.

Berapa ramai pemberita yang kena dakwa bawah OSA? Dua tiga orang sahaja, bermula dengan Sabri Zain yang mendedahkan penyelewengan dalam pembelian perkakasan tentera. Pendakwaan Sabri sampai sekarang digunakan oleh ramai pemberita sebagai alasan untuk menutup kelemahan diri sebagai penulis. Sebenarnya, banyak benda yang sensitif yang boleh ditulis tanpa takut kepada OSA. Walaupun secara peibadi saya tidaklah suka sangat kepada kerajaan sekarang, adalah jelas ia tidak SEGILA yang disangka. Kalau tidak, Harakah dan Rocket mungkin tinggal 2 pemberita setiap seorang - yang lain semua dalam lokap.

Last changed: May 06, 1999