Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Dari "Analisis" yang disiarkan oleh TV3 pada Rabu 5/5/99 Jam 7:30 malam

From: Ahmad Sayuthi
Date: 06 May 1999
Time: 12:36:38

Comments

Dalam segment minggu ini, TV3 begitu bersungguh-sungguh untuk memperburukkan kerajaan negeri. Motif "murni" TV3 memang sudah lama kita maklum. Namun begitu, ada isu yang saya rasa kerajaan negeri perlu jelaskan kerana ia meletakkan kerajaan negeri sebagai zalim. Ada disiarkan tentang blok kedai di Manek Urai yang dirobohkan oleh Majlis Daerah/agensi kerajaan negeri. Walaupun ia dibina secara haram di atas tanah kerajaan, dan udang-undang berpihak kepada kerajaan, mengapa ia dirobohkan dan menarik rezeki mereka-mereka yang bergantung kepadanya? Lagipun, setelah dirobohkan, tidak ada projek baru dibina di tanah tersebut.

Dalam usaha untuk "mengepong" pihak atas, TV3 telah buat "overkill" dan menunjukkan motif utamanya, yang jelas kepada yang celik dan buta. Pengerusi Kesedar Datuk Wan Zahid (bin apa, tak ingat) ditemuramah tentang masalah geran tanah peneroka dan cara untuk menyelesaikan masalah oleh Datuk ini ialah : "Undi BN kerana bila kuasa hal tanah di tangan BN, ia akan diselesaikan. BN sahaja yang dapat memperjuangkan nasib rakyat." (quotation tidak 100% tepat, tapi mesej utama tidak berubah)

Tidak cukup dengan ini: Pembinaan rumah kedai di Kota Baru dan Pulau Melaka (kawasan Nik Aziz) yang "tidak tersusun" dan seterusnya "menyakitkan mata" juga menjadi isu. Kesimpulan yang TV3 buat: Kelantan tidak layak dipanggil Serambi Mekah kerana pembinaan yang tidak tersusun ini. Hai, ini sudah "mengetet" (nit picker) namanya! Memanglah rumah-rumah kedai di sini, yang bercampur aduk kayu dan simen, tidak secantik dan sistematik seperti di KL. Tapi di KL tu, siapa yang punya? Lagipun, di Terengganu (dan besar kemungkinan tempat-tempat lain juga), banyak rumah kedai seperti ini. Tapi taklah TV3 "sakit mata" pula. Saya tidak pelik dengan TV3 yang terang-terang organ kerajaan, kerana Harakah misalnya, begitu kuat puji kerajaan negeri Kelantan dan kutuk BN. Tapi, kalau nak pro-kerajaan dan anti-Pas sekali pun, biarlah "subtle" dan ada class sikit. Cuba rendahkan diri sikit dan jangan anggap wartawan/penerbit TV3 sahaja yang paling cerdik manakala orang-orang lain semua bodoh-bodoh belaka dan menelan bulat-bulat apa yang keluar di TV.

Last changed: May 06, 1999