Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Mengapa Terburu Nak Selesaikan Isu CLOB??????

From: Dollah X
Date: 06 May 1999
Time: 12:40:24

Comments

Ketika pasaran saham tengah menjunam dulu (pertengahan 1997 hingga April 1998), ada jugak lah kedengaran cerita satu dua pelabur kecil bunuh diri. Cerita pasal pelabur kecil warga Malaysia kena saman dek kerana rugi saham, jatuh bankrup, itu sudah terlalu kerap. Cerita anak anak Malaysia yang terpaksa menamatkan pengajian setengah jalan kerana orang tua mereka dah jatuh susah kerana pasaran saham merudum, itu pun kita semua tahu. Dan kita simpati. Pun begitu dengan cerita rumah tangga yang porak peranda.

Cerita institusi pelaburan Melayu yang mengalami kerugian teruk dek kerana keruntuhan pasaran saham, itu semua kita tahu. Tak payah cakap dalam akhbar. Ini semua kita merasakan bahananya.

Rakyat iktiraf bahawa kerajaan yang di pimpin oleh ameno, antara kaedah lain, telah menggunakan Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) sebagai saluran menggagihkan kekayaan negara. Dan nampaknya walau pun tidak dirancang sebegitu, BSKL telah menjadi salah satu alat untuk menjayakan DASAR EKONOMI BARU (DEB). Dan rakyat faham bahawa DEB adalah untuk semua kaum: Bumiputra (yang mana Melayu bilangan terbanyak), Cina dan India.

Kiasu kiasu lahanat Singapura melalui CLOB adalah antara penyebab BSKL runtuh, lansung hampir menjahanamkan matlamat dan segala pencapaian DEB. Kerana pengkhianat itulah maka segala hasil keringat selamat 30 tahun hampir berkecai. Mengenangkan ini semua, apasal pulak kerajaan nak membongkok kebelakang dengan petualang dan pengkhianat negara ni????? Mengapa terlalu cepat nak lepaskan anjing anjing tu dari tersepit??????

Sit on it. Sit on it. Buat aper selesaikan masalah CLOB ni cepat cepat. Setakat kiasu kiasu tu nak retaliate halau keturunan Raja Melayu Singapura dari tanah mereka tu --- mampus diaorang lah. Selama ini pun Malaysia mengamalkan falsafah "the wants of the many outweight the needs of the few." Dek kerana tu, Tun Daim kenalah titik pengkhianat pengkhianat Singapura tu lumat lumat. Dia orang dah cuba nak "bunuh" kita, tak kan nak lepas diorang begitu saja. Dera-lah diorang tu sikit, Tun. Tak kan Tun nak buat sikap "tak pa" macam arwah Tunku Deraman?

Khabar angin yang kata EPF nak beli saham yang tersangkut kat CLOB tu pun bagus jugak. Kalau lah betul, sambil sambil tu campak lah sikit kat Tabung Amanah Pencen dan PNB, baru lah ramai rakyat yang boleh rasa manis nyer dendam.

Last changed: May 06, 1999