Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Mengulas berita-berita UM - 7.5.99

From: Wirawan
Date: 06 May 1999
Time: 21:30:49

Comments

1. Isu Pularek memalukan -- Pemuda mahu siasatan terperinci sehingga ke akar umbi

KUALA LUMPUR 6 Mei - Pergerakan Pemuda UMNO hari ini menyifatkan isu kerosakan bangunan Pusat Latihan Rekrut Tentera Laut (Pularek) di Johor sebagai memalukan negara dan mahu siasatan terperinci sehingga ke akar umbi dilakukan segera.

KOMEN

NAMPAKNYA PERGERAKAN PEMUDA UMNO SAMA-SAMA MENUMPANG TUI ISU INI WALAUPUN RAKYAT TELAH TAHU LEBIH AWAL.

RAKYAT MELIHAT BETAPA BUDAYA RASUAH MENULAR DALAM KES INI DAN JKR NEGERI HARUS DIPERSALAHKAN KERANA PEMANTAUAN PROJEK INI ADALAH TANGGUNGJAWAB MEREKA

KENYATAAN BPR ADALAH DIALU-ALUKAN TETAPI KENAPA BERTINDAK LEWAT DAN MENUNGGU ADUAN?

2. Jakim susun ayat al-Quran larang mencarut

ALOR SETAR 6 Mei - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang menyusun ayat-ayat al-Quran dan hadis yang membuktikan Islam melarang umatnya mencarut dan memaki hamun sesama sendiri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paduka Dr. Abdul Hamid Othman.

KOMEN

RAKYAT SEDAR TUJUAN DAN NIAT JAKIM INI TIDAK LEBIH SEBAGAI ALASAN POLITIK SEMATA-MATA. APAKAH INI YANG DIMASUKKAN DENGAN PENYALAHGUNAAN AYAT-AYAT AL-QURAN?

RAKYAT INGIN MENCABAR DATUK PADUKA DR ABDUL HAMID OTHMAN SUPAYA MENGARAHKAN JAKIM MENGUMPUL AYAT-AYAT AL-QURAN BERKENAAN DENGAN TUDUHAN BERZINA/LIWAT DAN BERIKAN KEPADA TUAN HJ. DR MAHATHIR.

ADAKAH BELIAU BERANI BERBUAT DEMIKIAN?

3. Kabinet arah pegawai tinggi hadir mesyuarat

KUALA LUMPUR 6 Mei - Kabinet telah mengarahkan supaya menteri-menteri dan pegawai tinggi menghadiri mesyuarat peringkat kementerian yang diadakan dua kali seminggu bagi memantau projek pembangunan yang dilaksanakan di kementerian mereka.

KOMEN

ARAHAN DATUK ABDULLAH BADAWI INI ADALAH BUDAYA LAMA YANG DIAMALKAN NYA SEMASA BELIAU BERTUGAS DAHULU SEBAGAI PEGAWAI KERAJAAN.

SEBENARNYA MENTERI-MENTERI KUAT BERMAIN POLITIK. ADA YANG SUKA MEMBERI KENYATAAN SETIAP HARI BAGI TUJUAN PABLISITI. ADA YANG MELENGAH-LENGAHKAN PROJEK KERANA TIDAK MEMBAWA UNTUNG KEPADA DIRI. ITULAH HAKIKATNYA. YANG PENING KEPALA ADALAH PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN.

4. Guru jangan salah guna kemudahan

IPOH 6 Mei - Kementerian Pendidikan memberi amaran keras kepada semua guru supaya tidak menyalahgunakan kemudahan pembelajaran yang disediakan oleh kerajaan di sekolah-sekolah terutama Internet untuk kepentingan agenda peribadi mereka.

KOMEN

RAKYAT MELIHAT SESUATU YANG TIDAK KENA DENGAN DATO SERI NAJIB SEKARANG. NAMPAKNYA AMARAN DEMI AMARAN DIBERIKAN KEPADA BANYAK PIHAK YANG BERKAITAN DENGAN BIDANGNYA.

MUNGKIN TEKANAN POLITIK SEDANG MENGGANGGU FIKIRAN BELIAU.

APA YANG JELAS BELIAU SEKARANG INI DIKESAMPINGKAN.

5. Pembangkang dicabar kemuka kritikan positif

KUALA LUMPUR 6 Mei - Parti-parti pembangkang dicabar mengemukakan kritikan yang lebih membina dan positif terhadap kerajaan sebagai bukti kesetiaan mereka terhadap negara.

Senator Datuk Mohd. Zuki Kamaludin berkata, mereka tidak seharusnya mengkritik secara negatif sehingga menyebabkan kerugian kepada negara.

KOMEN

NAMPAKNYA SENATOR INI MACAM DATUK IBRAHIM ALI JUGA. KEMUNGKINAN BELIAU DIBERI TEMPAT DALAM KABINET TUAN HJ. DR MAHATHIR ADALAH CERAH.

RAKYAT TIDAK DAPAT MENERIMA TANGGAPAN BAHAWA KALAU KERAJAAN DIKRITIK BERMAKSUD KITA TIDAK PATRIOTIK.

AGAKNYA SENATOR INI TIDAK MENGIKUT PERKEMBANGAN POLITIK SEMASA. YANG RAKYAT TAHU BANYAK IDE-IDE BERNAS YANG DIBERIKAN OLEH PIHAK PEMBANGKANG TETAPI KERAJAAN TETAP BERDEGIL.

Last changed: May 06, 1999