Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Komen Terbuka Terhadap MB Terengganu

From: Al-Ihsan
Date: 07 May 1999
Time: 04:58:23

Comments

Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua pejuang keadilan....

Membaca tulisan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad (WMokhtar), MB Terengganu yang bertajuk 'Pas Dan Dasar Kepuakan' di dalam Berita Harian, 6 Mei 1999, dirasakan seumpama menyaksikan beliau meludah ke langit, akhirnya kotoran dan najis yang diludah tadi bersepai di atas mukanya sendiri. Sebagai anak watan Terengganu yang menjadi saksi pemerintahannya di negeri ini semenjak puluhan tahun yang lalu, izinkan saya untuk membuat ulasan, agar pembaca faham duduk perkara sebenarnya dan WMokhtar sendiri kembali sedar, jangan menunding jari kepada orang lain, tapi lihat ke dalam diri sendiri, lebih-lebih lagi sebagai MB yang paling lama ( dan semakin berkarat ) di Malaysia.

* Berkaitan takrif ASABIYAH atau sifat kepuak-puakan, WMokhtar ada memetik hadis Nabi yang menyebut asabiyah sebagai ' Bahawa engkau menolong kaummu di atas dasar kezaliman'. Sebelum menuduh orang lain, apakah sikap membisu dan terkancing gigi yang berlaku di kalangan pemimpin UMNO, lebih-lebih lagi ulamak UMNO seperti beliau, berkenaan kezaliman yang melampau dan menjijikkan yang dilakukan oleh Mahathir ke atas Dato' Seri Anwar bukan bersifat asabiyah. Sikap bebal seperti inilah yang membuatkan Mahathir semakin buas dari hari ke sehari sehingga setiap perbuatan Mahathir tidak ada sesiapa yang berani menegur, sehingga beliau sedar dari kesilapannya. Saya harap WMokhtar tidak menganggap apa yang berlaku ke atas DSAI sebagai tidak zalim. Budak kecil yang baru bersekolah pun tahu, kalau seorang MB masih belum dapat menilai, itu tandanya sudah nyanyuk.

* WMokhtar cuba bersandiwara dengan berkata kononnya di dalam UMNO ' Sesiapa yang melakukan kesalahan tidak akan dibela atau dipertahankan', tidak kira di peringkat mana kedudukan sekalipun. Kenyataan seperti ini mungkin sesuai didedahkan kepada golongan rakyat yang nun diceruk rimba yang tidak pernah mendapat saluran berita atau golongan buta huruf yang tidak tahu apa itu politik. Di dalam era IT dan Dunia Tanpa Sempadan ini, sejarah dan rekod terkini UMNO tidak pernah menghormati, malah mempersendakan prinsip di atas. Yang dipentingkan hanyalah golongan pengampu dan penjilat yang tidak pernah puas dan segan. Apa sahaja yang dilakukan, tidak kira salah atau tidak, pasti beres. Lihatlah sendiri apa yang terjadi kepada DSAI, Zahid Hamidi, Ruslan Kassim....dan lihatlah pula betapa cerahnya bintang Rafidah, Rahim Tamby Chik dan Megat Junid.

* MB Terengganu yang semakin dijemui oleh rakyat negeri ini juga cuba pula untuk bersikap 'double standard' terhadap Prof Shahnon Ahmad berkenaan novel SHIT. Seperti pemimpin UMNO yang lain, WMokhtar juga tidak terlepas dari terkena badi novel tersebut, sehingga membuatkan beliau meracau tidak tentu pasal. Beliau telah menghentam habis-habisan PAS, terutamanya Tok Guru Nik Aziz, berkenaan isu pertolongan dari syaitan dan soal carut-mencarut, berdasarkan lapuran akhbar-akhbar pemutar belit dan pengampu kerajaan (mungkin Utusan Malaysia atau Berita Harian). Tidak sedikitpun kelihatan beliau cuba menapis cerita-cerita yang ditulis oleh golongan fasik ini, bagi mencari kebenaran tentang apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh TG Nik Aziz, sebelum membuat sebarang ulasan, samada menyokong atau menghentam. Amat malang, sebagai seorang ulamak, beliau semacam masih jahil tentang risiko menerima bulat-bulat sebarang berita yang disiarkan, lebih-lebih lagi jika dari golongan fasik. Sebaliknya beliau terus menyerang tanpa menyedari bahawa isu-isu seperti yang dilapurkan itu tidak pernah berbangkit. Kita bimbang tingkah laku seperti ini akan diketawakan orang..hatta beruk-beruk dan monyet-monyet di hutan. Yang lucunya..selepas itu WMokhtar cuba bersyarah kepada Prof. Shahnon, kononnya 'Tidak mencerminkan kematangan.... Sepatutnya meminta penjelasan dari PM terlebih dahulu bagi mendapat gambaran sebenar'. PooooooooRaaaaaaaaaah!...semenjak bila WMokhtar pandai bertindak matang dengan mendapat penjelasan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang ulasan. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Cakap jangan sebarang cakap, nanti terkena atas batang hidung sendiri..kesian dia.

* Saya cukup bersetuju, malah mengangkat tabik kepada WMokhtar bila beliau mengingatkan bahawa ' Kita dilarang memperalatkan Al-Quran untuk kepentingan sempit peribadi'. Memang betul..dan tidak salah sama sekali. Tetapi, diharap beliau tidak lupa untuk mengingatkan diri sendiri agar tidak menyembunyikan ayat-ayat Al-Quran, seumpama ahli-ahli agama Yahudi yang akan menutup dengan jubah-jubah mereka ayat-ayat atau ajaran yang mereka tidak setujui. Di samping itu jangan pula buat ingat-ingat lupa ayat-ayat yang perlu untuk mengingatkan pemimpin UMNO tentang kemungkaran dan kezaliman yang berlaku sekarang. YAB MB harus ingat...beliau adalah ulamak UMNO yang paling senior, berpengaruh dan paling diharap oleh penyokong UMNO untuk mengangkat Al-Quran di tempatnya di dalam UMNO dan negara. Tetapi tengok dan rasalah apa yang berlaku kepada Islam di Malaysia sekarang. Inilah gara-gara ulamak-ulamak dalam UMNO yang bisu dan bebal yang kerjanya asyik ampu dan angguk di sekeliling Mahathir.

* WMokhtar juga berkata, jika ada pemimpin membuat kesilapan, kita tidak disuruh mengumpat, mencaci atau memaki hamun. No problem...jika beliau percaya dengan cara beliau, tetapi setakat manakah yang telah beliau buat bagi menegur kesilapan Mahathir dengan cara penuh bersopan dan berdiplomatik, sehingga PM berubah dan mengakui kesilapan. Lu..jangan temberanglah. Kalau lu jujur, dan konsistent, Mahathir sudah lama bertaubat. Tapi tengok sekarang, PM sanggup cerca ulamak, persenda sunah nabi, buat zalim kat orang...semakin hari semakin buas. Saya mencabar WMokhtar agar lebih bertegas dengan PM kerana memang jelas cara berlembut yang diamalkan selama ini tidak berkesan. Kalau perlu sila keluar dari UMNO.

Pengakhir kata, saya menyeru WMokhtar agar tidak menyibuk dengan negeri atau hal ehwal orang lain. Selama lebih 20 tahun beliau memerintah Terengganu, status ulamak dan lulusan Al-Azhar yang dimilikinya tidak banyak memberi kelebihan, terutama dari segi keugamaan, jika berbanding dengan negeri-negeri lain yang diperintah oleh orang yang kadang-kadang membaca Quranpun pelat. Maksiat makin berleluasa, kadar jenayah tidak pernah turun pada setiap tahun, kemiskinan masih menimbun walaupun negeri ini sarat dengan Emas Hitam dan terkenal dengan 'Kuwait Malaysia'. Premis-premis perjudian juga amat memualkan. Pelanggan Melayu jauh lebih ramai dari bukan Melayu. Tetapi tidak satupun nampak gaya macam jutawan hasil judi, makin sengkek adalah. Fenomena ini amat memalukan..berlaku hatta di bulan puasa. Malah setengah tempat, penjual tiket judi tersebut terdiri dari gadis-gadis Melayu..yang bertudungpun ada. Begitu juga dengan sektor korporat. Sudah menjadi rungutan lazim di kalangan ahli korporat tempatan atau luaran bahawa kerenah pegawai-pegawai yang bertanggungjawab cukup merimaskan. Kita tidak tahu berapa lama lagi yang boleh diberikan kepada WMokhtar dan UMNO untuk memerintah Terengganu. Rasa-rasanya kegelisahan dan kemuakan ini sudah sampai ke kemuncaknya. Ayuh...tukar kerajaan..Pangkah PAS..demi kesejahteraan umat.

Last changed: May 07, 1999