Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

ISLAMNYA PENDUDUK SAMARKAND

From: Mahazalim
Date: 07 May 1999
Time: 05:00:30

Comments

renungkanlah hikmah yang tersirat dan hubungkaitkanlah dengan perjuangan kita di Malaysia.........

Pada keheningan subuh yang bersejarah kira-kira 1300 tahun yang lalu,sebelum mentari memancar sinarnya di kota Samarkand, suasana tiba-tiba berkocak. Rengkekan kuda kedengaran bertalu-talu. Derapan Kaki-kainya memecah kesunyian sekaligus mengejutkan penduduk Samarkand yang masih nyenyak tidur. Pedang-pedang dan tombak terhunus dalam tempik yang menggerunkan "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar! Pahlawan-pahlawan Kristian Koptik di kota Samarkand tidak sempat bertindak. Tentera pimpinan Qutaibah menyerbu dengan mendadak. Baju besi masih tersimpan rapi. Kuda tempur masih di kandang. Baju tempur masih belum bersarung. Pedang dan tombak segera dicari. Namum dalam samar-samar Subuh dengan mata yang baru terbuka, mereka sukar untuk bertindak. Kerana itu hanya tidak sampai beberapa waktu, Samarkand pun jatuh ke tangan tentera Islam.

Samarkand menyerah dengan dengan mudah. Tentera Kuffar tidak sempat bertindak. Mereka diserang secara tiba-tiba oleh panglima Qutaibah bin Muslim. Berita kejatuhan Samarkand itu segera disampaikan ke Damsyik, pusat pemerintahan Bani Umayyah. Namun,satu persoalaan telah ditimbulkan oleh paderi-paderi di Samarkand. Mereka menuntut keadilan. Mereka merasakan Qutaibah bin Muslim telah melanggar peraturan perang kerana sepanjang pengetahuan mereka, "menurut ajaran Islam sebelum sesebuah negara diperangi, rakyatnya terlebih dahulu diberi tiga pilihan, Masuk Islam, bayar jizyah atau berperang. Mereka merasakan serangan pukul curi oleh Qutaibah bin Muslim bukan sahaja melanggar tatatertib peperangan zaman itu tetapi juga melanggar undang-undang Islam itu sendiri.

Akhirnya paderi Wilayah Samarkand itu pergi mengadu kepada Khalifah Islam di Damsyik. Sampai di sana, hati mereka tersentuh melihat kehidupan ala kadar Khalifah Umar Ibnu Aziz. Rumahnya kecil. Hidupnya sedarhana. Keadilannya terserlah tanpa mengira kaum kerabat atau sahabat-handai. Pengaduan paderi-paderi itu bukan sahaja diterima dengan baik, malah Umar menghantar seorang hakim untuk menyelidiki, seterusnya mengadili dakwaan penduduk Samarkand terhadap panglima Islam, Qutaibah bin Muslim. Setelah diadakan perbicaraan mengikut undang-undang Islam, Qutaibah bin Muslim didapati bersalah. Hakim memerintahkan dia bersama tenteranya keluar semula dari kota Samarkand seberapa segera.

Pada hari itu juga,sebelum menjelang subuh ,sekali lagi terdengar rengkekan kuda memecah kesunyian dinihari kota Samarkand. Demi mematuhi perintah Khalifah Umar Ibnu Aziz yang adil itu. Qutaibah bertindak dengan segera. Tanpa banyak bicara, beliau dan angota-angota tenteranya berangkat keluar dari kota Samarkand yang baru mereka takluki.

Maka pada dinihari itu juga, setiap tingkap rumah penduduk Samarkand telah terkuak bila mendengar derap kaki kuda tentera Qutaibah melangkah keluar dari kota tersebut. Kepala-kepala terjenguk keluar meninjau-ninjau. Setiap mulut mereka meluncurlah ucapan kalimah syahadah. "Asyhadualla ilahaillallah,waasyhaduanna Muhaammadar Rasulullah."

Islamlah penduduk tempatan Samarkand kerana melihat betapa agungnya keadilan Islam,betapa kuatnya Umar Ibnu Aziz memegang hukum Allah, betapa patuhnya Qutaibah kepada Khalifah, dan betapa taatnya angota-angota tentera Islam kepada Jeneral Qutaibah. Peristiwa itu sesungguhnya lebih hebat meruntun hati mereka kepada Islam daripada serangan Qutaibah.

Last changed: May 07, 1999