Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Pak Lah Kuli MAHAFIRAUN

From: MEDIA RAKYAT FIRAUN 2020
Date: 07 May 1999
Time: 05:13:31

Comments

Beberapa hari yang lalu, 'Pak Lah Budak' dengan yakinnya mengeluarkan kenyataan bahawa dia amat suka bekerja di bawah MAHAFIRAUN dan tidak akan tergesa-gesa untuk menggantikan MAHAFIRAUN sebagai PM berikutan kenyataan PM di Kubang Pasu mengenai perancangan masa depannya.

Pada pandangan MEDIA RAKYAT FIRAUN 2020, bukan sahaja Pak Lah yang suka menjadi 'kuli batak' kepada MAHAFIRAUN tetapi MAHAFIRAUN sendiripun amat suka, bangga serta ceria untuk mempunyai seorang timbalan yang boleh diperbudak-budakkan, tidak berprinsip serta menjadi lembu yang dicucuk hidung seperti Pak Lah.

Sebenarnya, kenyataan MAHAFIRAUN untuk memberi laluan kepada Pak Lah hanyalah sekadar untuk menggalakkan Pak Lah untuk terus sabar menjadi kulinya. MAHAFIRAUN pada hakikatnya sudah hilang kepercayaan kepada Pak Lah memandangkan beberapa tindakan Pak Lah sebelum ini yang menampakkan ada usaha untuk menjatuhkan MAHAFIRAUN secara senyap.

Janji yang sama pernah diberikan kepada Anwar dan akhirnya perkara yang sebaliknya berlaku. Anwar terpenjara dan terus teraniaya. Barangkali, Pak Lah juga bakal mengalami nasib yang sama. Cuma bezanya, Pak Lah tidak sekali-kali akan mendapat simpati rakyat seperti mana sokongan yang diberikan rakyat kepada Anwar.

Pak Lah sememangnya seorang yang tidak kuat prinsipnya dan amat lemah dalam menjalankan tugas. Dalam isu JE dan khinzirpun dia gagal, inikan pula untuk menguruskan manusia yang waras serta bijak seperti rakyat Malaysia!

Sudahlah Pak Lah, jangan haraplah engkau akan jadi PM. MAHAFIRAUN pun sekadar sembawa ayam, rakyat lagilah, langsung tak akan mengundi. Orang macam Pak Lah hanya layak untuk diberikan gula-gula dan aiskrim dan disuruh main jauh-jauh, jangan campur urusan orang tua-tua.

Last changed: May 07, 1999