Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Bravo PAS

From: Mamat
Date: 07 May 1999
Time: 05:17:05

Comments

Tok Guru Nik Aziz pula memang cermat orangnya. Se orang Tok Guru berhemah tinggi. Satu 'role model'. Tidak berbelanja sesuka hati. Tidak guna duit kerajaan sesuka hati. Pemimpin yang tidak boros. Tengoklah rumahnya-bukan mahligai seperti rumah kebanyakkan MB atau mahligai PM di Putra Jaya, tapi rumah kampung yang simple bagi se orang Menteri Besar! Ramai yang pernah berkunjung ke rumahnya terperanjat dan berpendapat bahawa inilah pemimpin berjiwa rakyat. Tiada pencakar langit di Kota Bharu berbanding dengan Alor Star yang mempunyai se buah Menara yang menjadi gajah putih! Di Kelantan, pembaziran jarang berlaku dan peruntukkan kerajaan digunakan untuk faedah rakyat dan bukan untuk projek-projek mewah yang hanya menguntungkan se golongan kroni-kroni sahaja!

Kalau nak berurusan dengan pejabat-pejabat kerajaan amat mudah sekarang. Tak macam dulu di bawah BN/UMNO. Kata se orang peniaga Cina, 'banyak senang mau memperbaharui lesen niaga sekarang, tidak payah lagi jolok!" Kata se orang kontraktor Cina yang fasih dalam loghat Kelantan, ' dulu baru masuk tender sudah mau jolok, belum tentu dapat lagi tapi sekarang tak payah jolok lagi". Rata-rata, peniaga-peniaga berbangsa Cina terasa selesa berurusan dengan kerajaan negeri sekarang. "Majlis Perbandaran pun tidak kacau kami berniaga dan mengambil tindakan tak tentu arah. Ini kerajaan bersih dan ADIL", kata se orang lagi peniaga Cina. Kata se orang wanita berbangsa Cina pula, 'kami tak ada masalah mahu pergi kuil, mau sembahyang. Kami bebas bersembahyang. Tiada tekanan dari sesiapa. Kami saling hormat menghormati."

Last changed: May 07, 1999