Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

BOIKOT AKHBAR HARIAN: USAHA LUMPUHKAN JENTERA UMNO

From: Pejuang Reformasi
Date: 07 May 1999
Time: 06:12:04

Comments

Saya tertarik dengan apa yang diucapkan oleh YB Sdr. Mohamad Sabu baru-baru ini yang menyebut bahawa kekuatan BN terletak kepada 4M iaitu Mahathir, Media, Machinery & Money. Penggunaan media baik bercetak (akhbar utama) mahupun elektronik secara berleluasa dan mengeksploitasi pihak pembangkang merupakan antara punca utama pembangkang sentiasa kalah dalam setiap pilihanraya. Memang diakui yang pembangkang tidak memiliki kekuatan media untuk menentang segala dakyah BN, dengan terpaksa akur akan segala peraturan dan sekatan tidak demokratik yang dikenakan kepada pembangkang.

Saya tidak ingin mengulas panjang mengenai kelebihan yang ada pada BN dalam memberikan pukulan KO kepada pembangkang selama ini. Apa yang ingin saya utarakan di sini ialah kelemahan pihak pembangkang sendiri yang tidak tahu memanipulasikan kekuatan yang mereka ada. Walhal jika dilihat dari jumlah sokongan rakyat yang bersimpati dan mengundi pembangkang bukanlah sedikit. Jika pembangkang bijak merancang strategi, bukan sahaja ketika hampir pilihanraya tetapi mulai dari sekarang, saya percaya BN pasti kalah dengan pukulan KO juga.

Kita lihat perumpamaan sebuah pilihanraya umpama suatu peperangan melawan musuh. Dalam mana-mana peperangan, bukan sahaja kekuatan senjata yang menjadi ukuran mencapai kemenangan, tetapi sejauh mana kita bijak melemahkan musuh dan jentera perangnya. Ketika perang di zaman Nabi s.a.w. dahulu, telaga air merupakan sumber kekuatan pihak tentera. Sebab itu pihak tentera Islam memusnahkan telaga-telaga tentera kafir supaya mereka dapat dilemahkan dan seterusnya dikalahkan. Begitu juga ketika Perang Teluk. Tentera Bersekutu mengambil tindakan untuk melemahkan tentera Saddam dengan mengebom tapak-tapak pelancar peluru berpandunya dan kubu-kubu yang dibina, yang dijadikan sumber kekuatan tentera menyerang pihak lawan.

Dalam konteks pilihanraya di negara ini, pembangkang semua telah sedia maklum bahawa penggunaan jentera pilihanraya seperti akhbar harian dan tv merupakan senjata ampuh Barisan Nasional untuk menguasai dan meracuni fikiran rakyat dan melemahkan pembangkang. Senjata akhbar ini digunakan secara berkesan walaupun nyata berita yang disiarkan itu merupakan 200 % propaganda dan bohong semata-mata. Tetapi disebabkan masyarakat kita hari ini lebih mempercayai tulisan orang-orang fasik daripada cakap para ulama, akhirnya pembangkang tewas juga.

Saya ingin mengajak dan membuka mata kita semua, pejuang kebenaran dan keadilan bahawa sebenarnya kita BOLEH mengalahkan Barisan Nasional bukan sahaja dalam pilihanraya, malah sebelum pilihanraya bermula pun kita boleh mengalahkan mereka. Caranya cukup mudah malah menyelamatkan duit setiap individu sekurang-kurangnya RM40.00 sebulan. Kalau kita sedar yang selama ini pembangkang sering diputarbelitkan oleh akhbar-akhbar milik BN, kenapa tidak kita mengambil langkah secara kolektif untuk MELANCARKAN KEMPEN MEMBOIKOT SAMPAI BANGKRAP akhbar -akhbar harian seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan NST.

Jumlah rakyat yang menyokong pembangkang bukannya sedikit, terutama sekali dengan isu pemecatan DSAI ini. Jika kita semua berpakat untuk melancarkan kempen BOIKOT SAMPAI BANGKRAP akhbar harian propaganda BN itu, maka mengalahkan Barisan Nasional dalam pilihanraya semudah mengalahkan seekor babi tua. Apa yang menjadi masalah ialah minda kita yang telah tertanam sebati dalam jiwa bahawa kalau tidak membaca akhbar dalam sehari, kita merasa seolah-olah hidup ini tidak sempurna. Demikianlah kuatnya pengaruh akhbar yang kita dakwa sebagai pembohong itu. Kalau sudah tahu bohong, mengapa rasa ketagih membacanya walhal dialah musuh nombor wahid !!

Oleh itu saya menyeru kepada parti-parti pembangkang seperti PAS, keADILan, DAP, PRM, GERAK dan NGO semua supaya menggerakkan kempen ke seluruh negara mengajak semua rakyat memboikot akhbar harian SAMPAI BANGKRAP. Jika tidak kita berbuat demikian, percayalah dalam kempen pilihanraya tidak lama lagi, nescaya mereka akan menggunakan senjata sulit saat akhir untuk menghancurkan kita. Amat malang sekali, akhbar yang kita anggap sebagai musuh perjuangan itu tetapi dalam masa yang sama kita "amat sayang" kepadanya dan rindu untuk menatapnya setiap hari. TIDAK CUKUPKAH LAGI DENGAN BERITA HARAKAH???

Sekali lagi saya menyeru kepada pimpinan tertinggi parti-parti pembangkang agar melancarkan kempen BOIKOT AKHBAR HARIAN SAMPAI BANGKRAP !! Kalau tidak, nescaya kemenangan kita masih sukar selagi makhluk bernama Mahathir a/l Kutty Sikandar menjadi PM, yang penuh dengan tipu muslihat yang paling licik itu. Salah satu cara untuk mematahkan kaki Mahathir ialah melumpuhkan alat propagandanya yang bernama UTUSAN MALAYSIA, BERITA HARIAN DAN NEW STRAITS TIMES !! Jika kita berjaya melakukan ini secara sistematik, kolektif dan berkesan, nescaya Mahathir akan lumpuh sebelum pilihanraya. Ini juga merupakan cara paling berkesan yang boleh kita lakukan tanpa terkena belantan dan air kimia polis mesra Badawi Penjaga Babi !! Bila kemenangan berpihak kepada pembangkang dan dapat memerintah negara nanti, kita boleh hidupkan semula akhbar-akhbar tadi dengan versi yang lebih suci dan bersih dari kotoran pembohongan dan kelucahan !!

Salam reformasi,

Last changed: May 07, 1999