Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

UMNO TERIMA CABARAN PAS BERDEBAT

From: Hijau Pekat
Date: 07 May 1999
Time: 06:35:06

Comments

Assalamualaikum.

Buletin Utama TV3 malam tadi (06/05/1999) menyiarkan kenyataan YB Dato' Paduka Dr.Hamid Othman bahawa UMNO sedia berdebat dengan PAS berkenaan isu negara Islam dan pemerintahan sekular sebagai menyahut cabaran YAB Dato' Haji Nik Aziz Nik Mat Mursyidil Am PAS.

Seluruh rakyat Malaysia menyambut baik kenyataan Tok Mid bin Man itu dan berharap perdebatan itu boleh menghilangkan kekeruhan tentang isu tersebut selama ini. Namun, Tok Mid nampaknya dari awal lagi sudah mula menunjukkan tanda-tanda ketakutan untuk menghadapi PAS apabila meletakkan syarat. Antaranya ialah debat UMNO-PAS itu nanti bukan untuk mencari siapa benar dan siapa salah. Apakah kerana Hamid Othman bimbang bahawa UMNO nanti akan didapati bersalah?

PAS Pusat selaku pencabar mestilah serius dan digesa mengadakan perundingan segera dengan UMNO untuk menentukan tarikh, tempat, masa, peraturan debat dan lain-lain yang berkaitan dengannya. PAS diharap "berlembut" dan bertolak ansur dalam perundingannya dengan UMNO kerana UMNO akan mencari helah / sebab untuk menggagalkan debat ini. Kita masih ingat bagaimana UMNO menggunakan Tuanku untuk membatalkan debat (UMNO mahu memanggilnya Muzakarah) UMNO-PAS suatu ketika dahulu dalam isu kafir mengkafir. PAS sanggup berdebat dengan UMNO dan sanggup mempertahankan hujahnya bahawa perilaku dan tindakan pemimpin UMNO boleh menyebabkan seseorang itu tergelincir aqidahnya dan menjadi kafir. UMNO bimbang hujah PAS itu kelak akan diterima oleh masyarakat dan kebenaran akan terserlah lalu diminta agar Tuanku 'menasihatkan' agar ianya dibatalkan.

Semalam, sekali lagi isu debat UMNO-PAS timbul kembali bukan dalam isu kafir mengkafir tetapi isu 'sekular' dan 'negara Islam'. PAS sememangnya dari dahulu lagi sanggup berdebat dengan UMNO dalam apa jua isu seperti mana cabaran yang pernah diutarakan oleh Tuan Guru Hj.Abdul Hadi Awang, namun malangnya UMNO yang seringkali lari dan mengelak.

Kita mengalu-alukan tawaran daripada cendikiawan bebas (yang tidak berpihak kepada mana-mana parti) untuk mempengerusikan majlis debat ini. Kita juga mengalu-alukan tawaran dari badan/NGO bebas yang boleh diterima oleh kedua-dua belah pihak untuk mengendalikan debat ini.

Debat yang penting ini semestinya disiarkan secara langsung kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sekian.

Last changed: May 07, 1999