Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

BINGKISAN DARI LONDON

From: Pelajar Tajaan Rakyat, London
Date: 07 May 1999
Time: 06:36:56

Comments

Assalamualaikum,

Hujan yang lebat tidak menghalang jemaah daripada menunaikan solat zuhur di blok fakulti perubatan universiti. Variasi bangsa menunjukkan Islam sebuah cara hidup yang bersifat universal manakala ketika para jemaah menyembah ke bumi, terdetik di hati ini... semua manusia adalah sama di sisi Allah, hanya takwa yang membezakan. Sungguh indah kesaksamaan Islam yang diungkapkan melalui sembahyang. Dan diantara saf-saf jemaah yang tersusun rapi itu, kelihatan ramai anak muda berbangsa Inggeris turut mengabdikan diri kepada yang Maha Esa. Saya yang agak lewat untuk berjemaah, sempat merenung kembali kata kata seorang tokoh Eropah di awal tahun 1900 dahulu "Eropah kini sedang mengandungkan Islam". Kini, semakin hari semakin ramai manusia menuju ke arah kesempurnaan agama Allah ini. Tidak hairanlah hampir 70% pelajar Malaysia di UK menyokong penuh gerakan Islam PAS di tanahair.

Setelah selesai menunaikan solat (walaupun terlewat 2 rakaat), saya sempat berbual dengan dua orang doktor yang turut sama berehat di surau tersebut. Seorang adalah pakar jantung dari Sudan manakala seorang lagi merupakan pakar neurologi dari Iraq. Mereka begitu berminat untuk mengetahui tentang perkembangan politik malaysia. Wah...hebat sekali politik tanahair sehinggakan orang luar pun begitu berminat. Salah seorang memberitahu, "Malaysia adalah harapan umat Islam." Satu pengharapan yang amat tinggi ditadah kepada kita untuk mengembalikan kegemilangan Islam. Doktor dari Sudan itu melahirkan rasa kesalnya terhadap kes DSAI. Beliau tidak menyangka Dr Mahathir sanggup menghina Anwar dan gerakan Islam sebegitu teruk. Rasa hormatnya terhadap Dr Mahathir lupus sama sekali. Sambil meminta diri, beliau berkata (terjemahan), "Saya berharap Parti Islam (PAS) akan memenangi pilihanraya akan datang. Tanggungjawab terletak di bahu anda." Amanat itu saya terima dengan lafaz Insyaallah... Islam pasti gemilang!

Doktor dari Iraq pula ada mencerita sebuah kisah menarik yang membuktikan keadilan pemerintahan Islam, tidak kira terhadap apa bangsa, agama dan kedudukan sekalipun. Beliau menceritakan pernah terjadi Saidina Umar mahu mengambil tanah seorang rakyat untuk membina jalan. Rakyat tersebut enggan menyerahkan tanah itu kerana mendakwa tanah itu adalah hak beliau dan membawa kes tersebut ke mahkamah. Saidina Umar telah diminta untuk memilih hakim, namun baginda menolaknya dan meminta supaya hakim dipih secara adil, bukan dipilih olehnya (supaya tidak berlaku pilih kasih). Apabila kes diputuskan, rakyat tersebut didapati berhak ke atas tanah itu. Saidina Umar tidak melenting sebaliknya sangat berpuas hati kerana pengadilan telah berjalan secara saksama. Rakyat yang terlalu kagum dengan keadilan pemerintahan Islam itu akhirnya menyerahkan tanahnya secara sukarela untuk dibangunkan sebagai jalan bagi kegunaan oarang ramai.

Di akhir perbualan, pakar dari Iraq tersebut sempat bertanya tentang perkembangan jemaah Islam PAS. Sambil memegang erat bahu saya , beliau berkata (terjemahan), "Kita datang ke sini adalah untuk mengambil semuala ilmu yang telah dirampas dari kita. Umat Islam seluruh dunia mengharapkan anda mengembalikan Islam ke kemuncaknya." Sejenak itu terbayang akan keagungan empayar Islam Umaiyah dan Abasiyah yang mengkagumkan dengan ledakan ilmu paling dahsyat dalam sejarah dunia. Dari sebuah empayar Islamlah lahirnya ilmuwan -ilmuwan Islam yang memperkenalkan 'evolution of spherical mirrors', 'rectilinear motion of light and uses of lenses', 'magnifying effects of the plano convex lens', 'solutions to quadratic and cubic equations', 'rule of algebraic equations', 'psychosomatic medicine', 'circulation of blood', 'distillation and calcination', 'oscillatory motion of equinoxes', 'determination of geodetic measurements', 'cosmology'..... sekadar menamakan beberapa daripada ribuan penemuan ilmuwan Islam seperti Ibn Sina, Al kindi, Al Khawarizmi, Al Biruni dan lain lain yang lahir semasa kegemilangan pemerintahan Islam. Begitu juga ketika Kota Baghdad dan Andalusia tersergam dengan lampu dan bangunan indah, Kota London masih lagi kawasan berpaya.

Jika barisan KERAJAAN ALTERNATIF berjaya memerintah Malaysia selepas pilihanraya akan datang, saya yakin malaysia akan lebih membangun kerana kami para pelajar Malaysia di seluruh dunia sedang menantikan sebuah kerajaan baru yang adil, telus dan ikhlas serta mementingkan kebajikan rakyat, tidak kira agama, bangsa dan pangkat. Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik untuk negara tercinta di bawah pemerintahan kerajaan yang baru. Kepada pejuang keadilan, teruskanlah perjuangan suci ini. Kepada 'silent majority', buktikan kepada puak-puak "orang itu" pada hari mengundi bahawa kuasa sebenar adalah di tangan rakyat. Jangan biarkan anak-anak kita menangisi kesilapan kita. Cukuplah 42 tahun maruah kita dipersenda. Bangkitlah! Ayuh kita bina sebuah malaysia yang bahagia. Doa kami bersama anda! Sambil melangkah keluar dari fakulti perubatan, saya menanam azam untuk terus berjuang menegakkan kalimah Allah di muka bumi tercinta. Malaysia... aku akan kembali kepadamu. Malaysia... Islam pasti bersinar di bumi mu! InsyaAllah.

KEBIJAKSANAAN MUTU MANUSIA .Wassalam

Last changed: May 07, 1999