Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

(EKSKLUSIF)  SHIT: NAJIB GAGAL PERALATKAN PANEL SN

From: Ketua Satu, Grup Reformasi DBP
Date: 07 May 1999
Time: 06:39:50

Comments

Mesyuarat Panel Anugerah Sasterawan Negara yang dipengerusikan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak pada semalam, 6 Mei 1999, hangat sekali dengan perdebatan kerana majoriti ahlinya dengan berani dan tegas mempertahankan SN Prof. Dato' Shahnon Ahmad dengan Novel SHITnya.

Antara yang lantang membantah cadangan Najib untuk bertindak terhadap Shahnon ialah Prof. Abu Bakar Hamid dan majoriti yang lain. Hanya 2 dari 9 orang ahli panel yang jelas cuba mengampu Najib iaitu Prof. Ismail Hussein (saudara SN Abdullah Hussein yang menganggap berdosa membaca buku Shit tetapi membisu terhadap kezaliman dan kemungkaran Kepala Shit) dan Farid Onn. Pengarah DBP, Aziz Deraman pula bertukar haluan menyokong Najib walaupun dalam mesyuarat-mesyuarat panel yang lepas beliau agak rasional dalam menangani isu Shit. Mungkin beliau takut periuk nasi terjejas kalau mempertahankan Shahnon di hadapan Najib.

Pada permulaan mesyuarat, ada beberapa orang pegawai DBP yang turut hadir cuba mengampu Najib, tetapi apabila melihatkan majoriti berani mempertahankan Shahnon dan membantah Najib, suara-suara mengampu tenggelam dan mula bertukar arah yang akhirnya amat mendukacitakan Najib.

Akhirnya, Najib sebagai seketul taik dalam barisan taik, bertegas bahawa beliau tetap akan mengeluarkan kenyataan kepada umum (sebagaimana yang dikehendaki oleh kepalanya iaitu Mahathir @ PM ). Beliau sekurang-kurangnya akan menyatakan bahawa panel telah bersidang dan memutuskan bahawa SHIT karya Shahnon itu kurang mutu sasteranya. Rupa-rupanya, sudah ada konspirasi di peringkat atasan DBP dengan Najib. Sejak awal lagi sebelum mesyuarat panel, DBP sudah menyediakan kertas keputusan yang harus diambil oleh panel terhadap Shahnon tetapi keberanian dan ketegasan ahli-ahli panel telah menggagalkan usaha jahat itu. Hampir kesemua cadangan keputusan itu menerima bantahan dan akhirnya keputusan dan kenyataan yang paling minima sahaja yang diterima oleh panel. Seperti biasa, 'skripnya' sudah siap dan hanya mahukan Panel meluluskan atau 'endorse' sahaja tetapi malangya ianya tidak menjadi.

Najib pulang dari mesyuarat dengan muka yang mencuka dan penuh kehampaan. Mungkin kegagalan beliau mempengaruhi Panel Anugerah Sasterawan Negara akan mengundang kemurkaan PM dan akan mendatangkan kecelakaan kepada karier politik ampu beliau. Pak Lah akan tersenyum lebar sambil menguatkan lagi kedudukan untuk menggantikan Mahathir sebagai PM.

Last changed: May 07, 1999