Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Lagi Khabar Dari Terengganu

From: Anak Jati Trg
Date: 07 May 1999
Time: 12:33:15

Comments

Saya menerima perkhabaran dari bapa saya di Kuala Terengganu mengenai Forum Perdana pada 2 Mei 1999. Beliau bertolak dari rumah ke tempat ceramah yang namanya dulu ialah Pulau KingDir dan sekarang diubah namanya Pulau Bahagia. Jarak dgn rumah bapa saya adalah 4 km. Perjalanan 4 km memakan masa 1jam dari pukul 8 malam dengan kereta. Sampai ditempat ceramah beliau tidak dapat masuk maklumlah pukul 9 malam, hadirin terlalu ramai. Penceramah yang menginap 2km dari situ terpaksa dibawa dgn motosikal. Itupun pukul 10.30 malam baru sampai. Kawan2 bapa saya yang tinggal ditempat yg lebih jauh pula terpaksa parking kereta ditempat yang lebih jauh dan berjalan kaki lebih dari 6 batu (dari Durian Burong dan Buluh Gading) utk ketempat ceramah.

Pada pandangan beliau jumlah hadirin adalah sekali ganda dari jumlah di Pantai Batu Wan Mohtar ketika kedatangan DS Wan Azizah. Anggaran beliau jumlah hadirin tidak kurang dari 200 ribu orang. Pukul 3 pagi baru bapa saya sampai kat rumah. Bayangkan perjalanan 3 km memakan masa 3 jam. Begitulah sedarnya dan cerahnya hati org Trengganu untuk menerima pembaharuan.

200 RIBU??? Ini adalah jumlah 40% pengundi Terengganu!!! Perlu diingat bahawa terdapat 14 DUN Trg yang mana BN menang majoriti hanya dibawah 1,000. Tak taule nak cakap!! Org UMNO??? Kebanyakan nya telah berpaling kepada PAS dan KeADILan. Bayangkan ketika S46 saya nyaris bertumbuk ketika mengutuk KINGDIR dengan bapa saudara saya (gurubesar) yang merupakan penyokong kuat BAKAR DAUD (Education background SRP, Inspektor Polis, Footballer)kini telah menjadi ahli PAS. Bapa saya sendiri telah masuk PAS setelah 45 tahun dalam UMNO. Sekarang ni alasan orang Trengganu bahawa mereka tak nak tenggelam dalam Laut Merah seperti apa yang terjadi kepada askar FIRAUN. Biar MAHAFIRAUN sorang aje yg tenggelam.

Dengan itu saya menyeru kaum keluarga saya khasnya dan masyarakat amnya supaya bersama kita menentang kezaliman dan ketidakadilan ini. Kita tidak boleh lagi menjadi lemah dan membiarkan minda kita dikuasai oleh segelintir manusia. Allah bagi kita otak untuk berfikir. Fikirlah!! Apa yang Wan Mokhtar buat dgn duit minyak untuk pembangunan di Trg?

Saya pernah melihat kertas survey pelajar siswazah UKM Jabatan Geografi beberapa tahun lepas. Saya tertarik hati dgn survey tersebut kerana ianya melibatkan negeri saya. Air mata saya bergenang bila melihat pendapatan mereka dikawasan Hulu Terengganu, Telemong dan beberapa tempat lain kebanyakan antara RM3-5 sehari.Apa benda yang boleh dimakan dgn RM 5/hari??? Adakah corak pembangunan ini yang kita mau? Tapi bila difikir semula kita rasakan adalah berpatutan mereka itu jadi begitu kerana dengan kain pelikat sehelai mereka akan undi BN. Pihak pembangkang mestile bekerja lebih keras untuk menawan undi ini. kalangan mereka ini kebanyakan tidak perlu penjelasan mengenai ugama. Tapi mereka lebih pentingkan apa yang mereka nak makan esok harinya.. Janjikan program ekonomi mikro untuk dia orang. Pajakan ayam, kambing dan sebagainya..

Last changed: May 07, 1999