Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

JERITAN REFORMASI DI MASJID NEGERI SHAH ALAM

From: Ahli UMNO
Date: 07 May 1999
Time: 12:34:37

Comments

Hari ini 7 Mei 1999, hari Jumaat. Saya yakin tidak ramai orang yang bersembahyang Jumaat di Masjid negeri di Shah Alam menyedari apa yang telah berlaku. Ketika orang ramai sedang keluar selepas menunaikan sembahyang Jumaat kelihatan seorang lelaki sedang bertanya sesuatu kepada beberapa orang India yang berdiri berhampiran kereta-kereta mewah di laluan keluar masuk utama masjid tersebut. Saya cuba mendekati tempat tersebut dan kedengaran lelaki tersebut bertanya kepada lelaki lelaki India tersebut “Ini kereta besar semua siapa punya ? Wakil rakyat ka ?” Lelaki-lelaki India tersebut yg merupakan pemandu pemandu kepada beberapa orang Exco Kerajaan Negeri Selangor hanya mendiamkan diri.

Sambil berlalu lelaki yg bertanya itu terus berkata “Wakil rakyat apa macam ni, menyusahkan rakyat ada la. Letak kereta tempat orang lalu lalang. Nak keluar masuk masjid pun susah !” Pada ketika itulah saya terdengar suara seorang pemuda menjeritkan perkataan REFORMASI walaupun laungan beliau tidak disambut orang ramai. Orang yg sedang keluar dari masjid kelihatan terpinga pinga.

Saya menyokong penuh tindakan hamba Allah tersebut. Nampaknya Menteri Besar Abu Hassan Omar dan exco-exconya langsung tidak menghormati sensitiviti para jemaah. Mereka rasa mereka sudah berpangkat besar dan punya darjat yg tinggi lalu mahu riak kepada rakyat. Pada hari ini saya lihat kereta rasmi MB diletakkan betul betul dihadapan pintu masuk masjid (dia keluar kereta tanggal kasut, satu langkah dah masuk mesjid). Tempat ini selalunya digunakan orang para Jemaah untuk meletakkan kasut dan selipar mereka. Para exconya pula meletakkan kereta mereka dibelakang sedikit, iaitu dilaluan orang keluar masuk masjid. Orang ramai yg hendak keluar masuk masjid tepaksa melangkah pokok pokok bunya.

Beginilah sikap pemimpin yang menyusahkan rakyat.

Saya sendiri sebenarnya sudah lama memendam rasa tentang perangai wakil-wakil rakyat tersebut. Malah pada minggu lepas (30 Apr 1999) saya telah mencatit nombor kereta yg diletakkan dihadapan pintu masuk masjid tersebut. Pada masa itu saya bercadang untuk menulis surat terbuka kepada MB, tetapi kesibukan kerja membuatkan saya terlupa perkara tersebut. Selepas kejadian pada hari ini saya terus balik ke pejabat dan menulis email ini.

Pada ketika saya menulis email ini saya menyedari catitan tersebut tertinggal di rumah, tetapi saya tidak becadang untuk mengguhkan tulisan saya ini. Walau bagaimana pun saya masih ingat pada minggu lepas kereta DYTM Pemangku Raja Selangor diletakkan di hadapan pintu masuk masjid (bagi saya ini saya boleh tolak ansur, sebagai tanda hormat saya kepada seorang raja). Tetapi di laluan orang keluar masuk selain terdapat kenderaan-kenderaan pengiring diraja, terdapat beberapa kenderan lain yg turut menyempitkan laluan tersebut. Saya masih ingat ada dua buah kereta Mercedes (mata bulat) berwarna kuning emas, sebuas Mercedes S320 berwarna hitam, sebuah kereta Proton Perdana Eksekutif berwarna hijau dan beberapa kereta lain. (Nombor-nombor kereta tersebut saya tidak ingat kerana catitan saya tertinggal di rumah). Pada salah satu kereta Mercedes (mata bulat) tersebut terlekat logo EXCO.

Pada hari ini pula saya lihat kereta rasmi MB diletakkan betul betul ditempat kereta rasmi DYTM Pemangku Sultan diletakkan pada minggu lalu. Pada masa yg sama kereta yg saya lihat pada minggu lalu juga diletakkan dilaluan keluar masuk dalam keadaan “double parking” yg menutup sama sekali laluan tersebut. Pada hari ini saya perhatikan ada dua lagi proton perdana diletakkan di situ. Kedua duanya berwarna hitam. Ada satu kereta mercedes (mata bulat) warna silver, ada logo HAKIM. Sebelum daripada ini saya ada perhatikan kereta dengan logo YDP MPSA dan sebuah kereta Jaguar milik Hj Shahrani (Shapadu) diletak disitu, tetapi sejak kebelakangan ini sudah tidak kelihatan.

Kejadian ini sebenarnya bukan baru. Saya sudah memerhatikan perkara ini semenjak saya mula bersembahyang Jumaat di situ kira-kira tiga tahun lalu. Saya selalu perhatikan YB Speker Dewan Undangan Negeri Dato Seri Onn Ismail tersenyum simpul bersalaman dengan jemaah semasa keluar dari masjid. Selepas itu dia akan masuk ke keretanya. Untuk memberi lalu kepada kenderaan beliau jemaah yg sedang mengikat tali kasut atau bersalaman sesema mereka di hadapan pintu masuk terpaksa beralih kerana “ORANG BESAR” hendak lalu.

Tujuan saya menulis email ini ialah supaya para Exco, Speaker DUN dan MB sedar bahawa jawatan mereka bukanlan tiket untuk mereka bermegah dan menyusahkan rakyat. Mereka sepatutnya peka kepada perasaan rakyat. Kepada pentadbir masjid pula jalankanlah tugas dengan adil. Kalau kenderaan rakyat biasa di “halau” dan besesak sesak di tempat letak kereta yg kadang kadang terpaksa berjalan di tengah panas hingga beratus meter jauhnya, pastikan juga agar “ORANG-ORANG BESAR” tidak dengan angkuhnya terus menyusahkan rakyat. Mereka ada pemandu, jadi apa yg mereka nak susahkan.

Nota : Untuk berlaku adil biar saya akui tak semua wakil rakyat yg macam tu. Saya selalu nampak YB Dato Zin yg pakai Mercedes S-Class dan Dato Abu Sujak yg pakai Rover selalu parking bersama sama rakyat yg lain. Seingat saya Tan Sri Muhammad Taib masa jadi MB dulu tak pernah letak keretanya di depan pintu masuk masjid. Kalau orang lain boleh buat kenapa tidak Abu Hassan Omar, kenapa tidak Onn Ismail. Kita ni semua sama. Yang membezakan darjat manusia ialah ketakwaannya kepada Allah s.w.t.

Last changed: May 07, 1999