Make your own free website on Tripod.com
 

MASALAH KEROSAKAN MATA


    MIOPIA

Ketidakupayaan melihat jauh. Masalah ini mudah dialami oleh golongan muda. Oleh kerana kesukaran melihat jauh ini, mereka akan mengecilkan mata untuk memperolehi satu penglihatan yang jelas. Akibatnya berlakulah sakit kepala malah berdenyut-denyut dibahagian depan kepala. Kes Miopia yang dipengaruhi aspek psikologi seperti stres. Kecergasan seseorang itu akan berkurangan. Oleh itu pemeriksaan perlu dilakukan dengan segera.
    HIPEROPIA

Kerosakan mata jenis ini cuma ketara di negara barat. Ianya terjadi kerana biji mata terlalu kecil dan cahaya yang datang dari jauh difokuskan dibelakang retina. Oleh itu mata akan bekerja lebih untuk memfokuskan cahaya di retina. Kesan da ripadanya adalah juling dimana otot-otot akan mengalami keregangan. Mata yang juling dikenali sebagai Esotropia (cross eyes). Rawatan awal perlu diambil bagi mengatasi masalah ini.
    ASTIGMATISMA

Ianya timbul apabila bentuk kornea mata tidak berbentuk sfera iaitu ianya berbentuk seperti telur. Akibatnya mata tidak dapat bertumpu pada satu titik. Mereka yang mengalami masalah ini akan kabur penglihatan jauh dan dekat. Rawatan awal diperlukan bagi mengatasi masalah Ambliopia iaitu penurunan tajam penglihatan. Ianya terjadi kerana sel retina tidak mendapat imej yang jelas atau tajam.
    ANISOMETROPIA

Iaitu perbezaan kesalahan refraksi di antara kedua-dua mata sebagai contoh Miopia diselah kanan dan Hiperopia disebelah kiri. Ini akan menjadikan mereka melihat sesuatu dengan sebelah mata yangbersesuaian. Kesannya juga akan memperolehi masalah juling alternatif.
    FORIA

Iaitu keadaan posisi mata semasa mata rehat misalnya semasa tidur. Sesetengah mereka terutama kanak-kanak akan mengadu melihat dua imej. Ini juga boleh menghasilkan masalah juling. Aduan beserta sakit kepala, sakit mata, dan kabur penglihatan perlu diberi perhatian.
    GLAUKOMA

Adalah penyakit mata yang berpunca daripada tekanan cecair yang terlampau tinggi di dalam bebola mata. Bagi mata normal pengaliran cecair keluar masuk adalah seimbang. Kes ini mewujudkan sekatan saluran. Tekanan tinggi yang berterusan tanpa rawatan akan m erosakkan urat saraf mata dan akhirnya buta.
    KATARAK

Satu lapisan bagi menghalang kemasukan cahaya menembusi kanta dan imej diretina terganggu.
Penglihatan akan menjadi kabur. Katarak berpunca daripada peningkatan umur (ketuaan). Penglibatan yang lebih ketara bagi orang mengalami penyakit kencing manis.
 
 

  | SEJARAHPERKHIDMATAN | MASALAH | BARANGAN | BUKU TETAMU | EMEL | BERITA |