TEMPAT PENYEMBAHAN ARTEMIS DI EPHESUS 

Artemis, satu tempat penyembahan atau kuil yang teragung pada dunia purba. Ia bukan sahaja sebuah tempat penyembahan tetapi ia memepunya rekabentuk yang begitu menarik dan unik. Ia terletak di bandar purba,Ephesus berhampiran bandar Selcuk, kira-kira 50km selatan Izmir di Turki. Ia dibina sebagai menghargai tuhan perburuan dan alam semulajadi. 

SEJARAH PEMBINAAN 

Struktur tempat penyembahan ini dibina pada 550SM walaupun tapaknya telah lama dicadangkan iaitu pada kira-kira 7SM. Dikenali dengan tempat penyembahan bermarmar, pembinaanya ia telah dibiayai oleh Raja Lybia pada ketika itu, iaitu Raja Croesus dan ia telah direkabentuk oleh ahli arkitek terkenal ketika iti iaitu Chersiphron. Ia juga dihiasi ukiran gangsa yang diperbuat oleh pengukir terkenal ketika itu seperti Pheidias, Polycleitus, Kresilas, and Phradmon. 

Artemis berbentuk segiempat tepat dan diperbuat dai marmar dan ia dihiasi pelbagai barangan perak, emas dan gangsa. Ia berukuran 80m (260 kaki) lebar berserta kepanjangan 130m (430 kaki) dengan ketinggian tiang-tiangnya pula adalah 20m (60 kaki). Ada lebih kurang 127 tiang disusun sepenuhnya di dalam kuil tersebut. 

Selain berfungsi sebagai kuil, ia juga digunakan sebagai pusat perdagangan dan pusat penyebaran agama. Selama ia tersergam indah, ia dilawati oleh pelbagai golongan masyarakat seperi pedagang,pelawat, artisan dan raja-raja yang membayar nazar di atas kegemilangan kerajaan mereka. 

Pada malam 21 Julai 356SM, seorang lelaki bernama Herostratus telah membakar Artemis kerana kononnya dengan cara ini, dia akan dapat pembebasan dari dosa. Hari ini juga menjadi satu hari bersejarah kerana pada malam tersebut juga lahirnya tokoh teragung dunia iaitu Alexander The gReta (Iskandar Zulkarnain). Malah ada yang megatakan,"Tuhan terlalu sibuk menolong kelahiran Alexander hingga lupa menjaga Artemis". Beberapa selepas itu, Alaxender menawan Asia Minor dan beliau telah menolong membina semula Artemis. 

Seorang penyebar agama Kristian, St Paul telah datang ke Ephesus untuk menyebarkan agama Kristian. Beliau telah diberi tentangan hebat dari penduduk tempatan yang amat fanatik dengan agama mereka ketika itu. Pada 262AD, Artemis sekali lagi dilanda bencana buruk dan penduduk Ephesus telah bersumpah untuk membinanya semula. Namun, pada ketika itu, banyak penduduk Artemis mula menerima ajaran agama Kristian dan agama asal mereka mulai ditinggalkan. Oleh itu, Artemis akhirnya diabaikan dan ia kemudiannya dimusnahkan terus oleh St John Chrysostom. 

Kini yang tinggal hanya serpihan-serpihannya sahaja. Para ahli kajipurba telah menemui sebahagian tiang-tiang di tapaknya. Malah ada juga dijumpai barangan dari perak dan gangsa seperi rantai, gelang, pinggan mangkuk yang rekaannya hampir sama dengan yang dijumpai di India dan Parsi. Dan ini jelas menunjukkan adanya hubungan Ephesus dengan negara luar. 

Laman Utama        Nota Sejarah