Seni Bina China           

3.0    Jenis - jenis binaan dalam seni bina China

3.1    Pagoda
3.2    Pai Lou (Pintu pagar atau Tugu peringatan)
3.3    Jambatan
3.4    Istana
3.5    Rumah Kediaman
3.6    Kesimpulan Ciri Seni Bina China

3.1    Pagoda

Pagoda merupakan bangunan tipikal China dan terdapat di merata - rata tempat di dalam negeri China. Ia merupakan unsur penting di dalam agama. Tingkat binaan berubah dari tiga hingga tiga belas. Bahan binaannya terdiri dari kayu, bata dan paduan kayu dan bata. Pagoda pada asalnya ada hubungan dengan hal - hal agama tetapi kemudiannya menjadi lambang agama. Kadang kala ia akan bertindak sebagai lambang atau tugu peringatan. Contoh pagoda dapat dilihat pada gambar - gambar di bawah :

ke atas  

3.2    Pai Lou (Pintu pagar atau Tugu peringatan)

Tujuan utama binaan ini dibina ialah sebagai tugu peringatan kepada seseorang yang terkenal atau ternama. Bahan binaan Pai Lou adalah daripada kayu atau batu. Ia biasanya mempunyai satu atau tiga pintu. Seni binanya terdiri dari daripada tiang untuk menyokong alang dan di atasnya dihiasi dengan bumbung mahkota yang dipadankan dengan menggunakan tile yang berwarna.

       

ke atas 

3.3    Jambatan

Jambatan memainkan peranan yang penting dalam seni bina China. Ia merupakan salah satu ciri seni bina di dalam lanskap China. Jambatan terbahagi kepada berbagai jenis dan bentuk misalnya truss kayu, batu - batu , gayut dan cantilever. Contoh jambatan dapat dilihat pada gambar - gambar di bawah :

 

ke atas 

3.4    Istana

Istana dan tempat kediaman rasmi didirikan secara berasingan. Pavilion setingkat berbentuk seperti tempat penyembahan bermahkotakan bumbung biasanya terdapat dalam komplek istana.Contoh istana dan pavilion dapat dilihat pada gambar - gambar di bawah :

     

Contoh - contoh istana yang terdapat di negeri China

     

      

Contoh - contoh pavilion yang terdapat di negeri China

ke atas 

3.5     Rumah Kediaman

Bangunan kediaman kebanyakannya dibina pada ketinggian satu tingkat. Struktur ini biasanya dibina daripada tiang kayu dan berdinding bata. Sistem aturan bangunan bukan sahaja menguasai ukuran, tetapi juga bilangan tiang. Secara tidak langsung susunan tiang mempengaruhi perancangan dan aturcara sesebuah rumah. Bilangan ruang bergantung kepada kedudukan seseorang di sisi masyarakat sebagai contoh maharaja berhak memiliki sembilan ruang, putera terhad kepada tujuh, pembesar kerajaan  mempunyai lima ruang dan rakyat biasa terhad kepada tiga ruang sahaja.Ciri -ciri rumah kediaman orang - orang China adalah seperti berikut :

a. Ruang pada paksi utara - selatan adalah merupakan ruang utama.
b. Ruang pada paksi timur - barat adalah merupakan ruang sekunder seperti dapur, bilik air dan setor
c. Terdapat courtyard pada bahagian tengah ruang dengan di kelilingi oleh ruang yang lain.
d. Terdapat ciri mesra alam dalam reka bentuk bangunan seperti pancutan air, taman bunga, batu  - batu tersusun dan batu tempat memijak.

Beberapa contoh binaan kediaman orang - orang China adalah seperti di bawah :

     

ke atas 

3.6     Kesimpulan Ciri Seni Bina China

a. Dinding    
Batu - bata dan kayu adalah bahan binaan utama. 
Dinding bata ada mempunyai tile licin yang berwarna.

b. Pintu Gerbang
Bahan binaan utama ialah kayu yang dibina dalam struktur bertingkat
Bertindak sebagai pintu masuk ke kuil, tugu, tempat perkuburan dan bandar.

c. Bumbung
Ciri terpenting seni bina China
Mempunyai ukiran dan hiasan yang menarik
Disusun bertingkat - tingkat bagi melambangkan darjah kehormatan.
Mempunyai atap genting berwarna dan berbentuk "S".
Rangka bumbung dibina dari struktur kekuda yang kemas dan teguh.

  

d. Hiasan
Banyak melahirkan ciri - ciri kebangsaan.
Perabung dihiasi dengan ukiran / gambar naga ikan dan ukiran yang berbagai bentuk
Hiasan ruang dalaman ialah ubin bergilap, kayu yang diwarnakan, lanskap dan bentuk binatang dan manusia.

    

ke atas 

Link tambahan:

Royal Palaces
http://www.sec.nl/persons/stals/nns97/grp03/htdocs/chinese/RPalace.html 

Residential houses
http://www.sec.nl/persons/stals/nns97/grp03/htdocs/chinese/residential.html#SWC 

Chinese Architecture
http://library.thinkquest.org/10098/china1.htm?tqskip=1 

Palace
http://www.esl.ohio-state.edu/staff/bloch/106g/fall106students/collaborative/history/history/china/palace.html 

Chinese Traditional Architecture
http://faculty.rmwc.edu/topclass/buck/dlpitzer/Architecture.html  

            

Laman Utama    Nota Sejarah    Seni Bina China