COLOSSUS DI RHODES 

Colossus adalah merupakan sebuah patung yang besar. Ia membawa maksud "penyatuan" bagi penduduk yang tinggal di kawasan Pulau Mediterranean, yang dikenali sebagai Rhodes. Patung ini telah wujud selama 56 tahun selepas pembinaannya.Ia menjadi salah satu dari 7 keajaiban dunia pada suatu ketika dahulu. Banyak pendapat mengatakan walaupun ia hanya tinggal serpihan, ia masih menjadi kebanggaan kerana senibinanya yang unik dan menarik. Ia terletak di pintu masuk perlabuhan Pulau Mediterranean, Rhodes di Greek. Perlabuhan ini dikenali sebagai Perlabuhan Mandraki. 

SEJARAH PEMBINAAN COLOSSUS 

Pulau Rhodes terdiri daripada tiga wilayah iaitu: Ialysos, Kamiros, and Lindos.Pada tahun 408SM, kesemua wilayah ini telah bercantum untuk mewujudkan satu wilayah (negera) pentadbiran yang lebih besar di mana Rhodes dijadikan sebagai pusat pentadbiran. Wilayah gabungan ini mempunyai pertalian ekonomi yang kuat salah sebuah wilayah di Egypt, yang dikenali dengan Ptolemy I Soter. Pada 305SM, satu kumpulan yang merupakan musuh ketat penduduk Ptolemy telah mencerobohi Rhodes dan cuba menghasut penduduk-penduduknya supaya membatalkan perjanjian ekonomi mereka dengan penduduk Ptolemy. Walau bagaimanapun, segala usaha kumpulan ini gagal kerana penduduk Rhodes telah bersatu hati menentang segala kekejaman ini. Akhirnya, penduduk Rhodes telah melakukan perundingan damai pada 304SM dan ahli kumpulan anti Ptolemy ini telah bersetuju meninggalkan Rhodes bersama-sama pelbagai alatan peperangan yang mereka gunakan pada masa itu. Sebagai menyambut kemenangan mereka ini, penduduk Rhodes telah menjual segala peralatan perang yang ditinggalkan dan menggunakan hasilnya untuk menghasilkan sebuah patung yang besar (yang dipanggil Colosus) sebagai menghargai kurniaan tuhan mereka iaitu Tuhan Matahari, Helios . 

Patung ini dicipta oleh seorang pengukir terhandal iaitu Chares dari Lindos. Patung ini diberbuat dari gangsa dan tapaknya diperbuat dari marmar putih yang berkualiti tinggi. Ia berukuran 33m (110 kaki)tinggi dan jika ia tumbang, ia boleh menimpa orang sehingga tenggelam ke dasar tanah. 

Pembinaan Colossus mengambil masa 12 tahun dan ia telah berjaya disiapkan sepenuhnya pada 282SM. Selama bertahun-tahun lamanya, ia tersergam indah sehinggalah berlakunya gempa bumi yang dahsyat pada 226SM. Bandar Rhodes telah musnah teruk akibat bencana alam ini dan Colossus telah mengalami kerosakan teruk . Penduduk Rhodes selepas itu telah menerima tawaran dari seoarang kenamaan Egypt untuk memperbaiki monumen tersebut tetapi malangnya, patung tersebut tidak dapat dipulihkan semula dan tawaran tersebut terpaksa ditolak oleh penduduk Rhodes. 

Colossus dibiarkan terabai di tapaknya. Pada tahun 654, Arab telah menakluk Rhodes dan segala serpihan Rhodes telah dijual kepada seorang pedagang Yahudi dari Syria. Akhirnya patung yang dahulunya menjadi kebanggaan ini, hilang terus dan tiada lagi sebarang peninggalannya untuk dilihat oleh generasi yang akan datang. Walaupun begitu, ia dijadikan sebagai sumber inpirasi bagi pengukir-pengukir yang lain. 

Laman Utama        Nota Sejarah