MAUSOLEUM DI HALICARNASSUS 

Mausoleum adalah sebuah bangunan yang mirip-mirip piramid, yang berfungsi sebagai tempat penyemadian raja-raja purbakala. Tetapi Mausoleum ini berbeza dari Piramid. Ia bukan terkenal dari rekabentuknya sahaja, tetapi ia lokasinya juga unik iaitu berhampiran dengan Tempat penyembahan Artemis dan yang menjadi tarikan utama bangunan ini adalah kubur-kubur yang besar dan menarik hati para pengunjung. Ia terletak di negeri Bodrum (juga dikenali dengan Halicarnassus) berhampiran Lautan Aegean, barat daya Turki. 

SEJARAH PEMBINAAN 

Sewaktu kuasa Parsi meluaskan kuasa jajahannya di Mesopotamia, Utara India, Syria, Egypt dan Asia Minor, pemerintahnya tidak dapat menguruskan pemerintahan kesemua wilayah jajahannya tanpa bantuan dari para gabenor yang dikenali dengan Satraps. Dari tahun 377 hingga 353 SM, raja Mausollos dari Caria telah mengubah pusat pemerintahannya ke Halicarnassus. Tiada peristiwa menarik dan kejayaan gemilang yang telah dicapai oleh beliau. namun, kuburnya dibina dengan begitu indah. Pembinaan kubur beliau dilaksanakan oleh isteri dan adiknya, Artemisia dan ia telah dimulakan sewaktu hayat beliau lagi.
 

 


Bangunan ini telah selesai pembinaannya pada 350 SM, tiga tahun selepas kemangkatan Maussollos dan setahun selepas kemangkatan Artemisia. Bangunan ini adalah berbentuk segiempat tepat dengan ukuran tapak kira-kira 40m (120 kaki) X 30m (100 kaki). Tempat terletaknya makam-makam diraja dihiasi emas dan diletakkan di tengah-tengah bangunan. Setiap makam akan dihiasi dengan patung lelaki menaiki kereta kuda (chariot) yang ditarik oleh empat ekor kuda. Jumlah ketinggiannya keseluruhan bangunan adalah 45m (140 kaki) dan ia dibahagikan ke ukuran-ukuran tertentu untuk setiap bahagian dalam Mausoleum. 

Selama 16 kurun, bangunan ini kekal dalam keadaan yang baik sehinggalah berlaku gempa bumi yang menyebabkan berlakunya banyak kemusnahan terutamanya pada atap dan tiang-tiangnya. Pada awal kurun ke-18, 'The Knights of St.John' dari Malta telah menawan kawasan tersebut dan membina sebuah istana khas untuk dirinya. Akhirnya, beliau mengambil keputusan untuk menyerah kalah pada tahun 1494.
 
 
 
 

Pada tahun 1522, hampir semua blok tinggalan bangunan ini dikumpulkan untuk tujuan pembinaan yang lain. Kini, bangunan ini tidak wujud lagi. Ia ada hanyalah sebahagian dinding struturnya. Ini termasuk patung-patung dan lukisan yang menerangkan tentang peristiwa perang antara orang Greek dan Amazon. Yang menjadi keagungan kini adalah hanya tapak pembinaan bangunan ini semata-mata. . 

Laman Utama        Nota Sejarah