RUMAH API ALEXENDRIA 

Di antara ketujuh-tujuh keajaiban dunia, bangunan ini adalah yang paling mendatangkan banyak manfaat tertutamanya kepada pelayar. Bagi mereka, ia dapat menyelamatkan kapal dan menberi kesalamatan untuk berlabuh. Bagi arkitek, ia adalah satu-satunya bangunan tertinggi di dunia pada ketika itu. Bagi para saintis pula, cermin yang digunakan di dalam rumah api tersebut adalah amat mengagumkan kerana ia dapat memantulkan cahaya melebihi 50km dari tebing pantai. Rumah api ini terletak di pulau Pharos yang kini berada di bawah kawasan Alexandria di Egypt. 

SEJARAH PEMBINAAN 

Selepas kemangkatan Alexander the Great (Iskandar Zulkarnain), komandernya Ptolemy Soter mengambil alih kuasa do Egypt. Beliau sendiri telah menyaksikan penemuan Alexandria dan membangunkannya sebagai pusat pentadbiran. Berhampiran Alexandria, terdapat sebuah pulau kecil yang dikenali dengan Pharos. Menurut lagenda, nama asal pulau tersebut adalah Pulau Pharoah. Ia menjadi perlabuhan utama bagi Alexandria dan oleh itu, pembinaan rumah api amat diperlukan. Rumah api ini terdiri dari tiga peringkat: 



 
 

Peringkat terbawah berbentuk segiempat tepat berukuran 55.9m (183.4 kaki) tinggi dengan kawasan tengah berbentuk ortogonal dengan ukuran 18.3m (60.0 kaki) dan ketinggian 27.45m (90.1 kaki) dan peringkat ketiga adalah 3.7m (24 kaki). Jumlah ketinggian bangunan ini termasuk tapaknya adalah 117m (384 kaki) iaitu bersamaan ketinggian bangunan 40 tingkat yang ada pada masa kini. Projek untuk membina rumah api ini telah dicadangkan dan dijalankan oleh Ptolemy sendiri pada 290SM tetapi pembinaannya selesai selepas kematian beliau, iaitu di bawah pemerintahan puteranya. 

Struktur binaanya dicipta oleh Sostratus tetapi kiraan bagi membina bangunan tersebut dilakukan oleh sekumpulan arkitek di perpustakaan Alexendria dan Mouseion. Monumen ini dibina sebagai penghormatan pada dua insan yang dianggap sepeti tuhan:- Ptolemy Soterdan isterinya,Berenice. Berkurun lamanya, rumah api ini digunakan sebagai tanda perlabuhan dan menunjuk jalan bagi para pelayar. Malah, ia dikagumi sehinggakan ia dijadikan lambang di wang syiling Roman yang digunakan pada masa kini. 
 

Apabila orang Arab menawan Egypt, mereka mengagumi kekayaan Alexandria dan juga perlabuhannya.Rumah api tersebut terus digunakan bagi memberi perkhidmatan bagi pelayar. namun setelah pemerintahan bertukar tangan, pusat pemerintahan telah berpindah ke Cairo menyebakan Alexandria kembali sepi semula. Rumah api tersebut menjadi kurang berfungsi, tambahan pula cerminnya telah dikeluarkan dan tidak dikembalikan semula ke tempat asalnya. 


Pada 956 AD, gempa bumi melanda Alexandria menyebabkan ia merosakkan sebahagian struktur rumah api. Menurut pelayar terkenal Arab, Ibn Battutta yang melawat Alexandria pada tahun 1349, beliau tidak langsung dapat memasuki rumah api ini kerana kerosakkannya akibat gempa tersebut. Akhirnya, rumah api dan Alexandria diabaikan terus. Walaupun, rumah api ini tidak wujud lagi kini, ia masih meninggalkan pengaruhnya dari pelbagai aspek. Ia menjadi rujukan bagi arkitek lain yang ingin membangunkan rumah api. 

Laman Utama        Nota Sejarah