Jenis - Jenis Binaan

Seni Bina China
1.0    Pendahuluan
1.1    Ciri-ciri seni bina China
2.1    Bentuk Bumbung
2.2    Sistem Rangka Balak Struktur Bangunan
2.3    Jujuran (cantilever)

1.0    Pendahuluan

Seni bina China berdasarkan kepada prinsip simetri dan seimbang. Bangunan pejabat, bangunan kediaman, kuil dan istana dibina berdasarkan kepada prinsip struktur utama adalah paksi .Struktur kedua diletakkan pada bahagian kiri dan kanan struktur utama sebagai bilik utama dan taman. Pengagihan ruang pada bahagian dalaman bangunan bergantung kepada kedudukan etnik dan sosial orang-orang China.

kembali ke atas

1.1    Ciri-ciri seni bina China

a.    Podium atau lantai daripada tanah membayangkan sifat rendah diri, ditambah pula dengan kegunaan batu atau bata untuk keutuhannya, perbezaan ketinggiannya dan hiasannya bergantung kepada kedudukan / nilai bangunan tadi.

    

Contoh lantai podium

b. Kegunaan bahan kayu untuk struktur bangunan seperti tiang dan lain - lain . Struktur ini pula dibina dengan cara yang tersendiri berbanding dengan negara Barat umpamanya sistem 'truss' rumah digunakan untuk bumbung di dalam seni bina Barat tetapi di sini digantikan dengan sistem 'tou-kung'. Sistem struktur ini memberi kebebasan untuk berkembang ke berbagai arah.

    

Contoh Sistem struktur kayu 

        

       

Contoh Sistem 'tou-kung'

Untuk maklumat lanjut tentang perkara ini sila klik  maklumat dibawah :

The Art of Chinese Architecture
http://www.taiwaninfo.org/info/culture/culture7.html

kembali ke atas

2.    Elemen - elemen asas

2.1    Bumbung

Bumbung adalah unsur terpenting ditegakkan oleh tiang bebas dari dinding. Bahan binaan utama untuk struktur bumbung ialah kayu. Biasanya kayu yang digunakan berbentuk segi empat dan berwarna merah.

Terdapat empat bentuk asas bumbung iaitu :

a. Bumbung panjang
b. Bumbung lima
c. Campuran bumbung panjang dan bumbung lima
d. Bumbung piramid


Bumbung Panjang

 

     
Bumbung Lima 

 

     
Campuran Bumbung Panjang dan Bumbung Lima

 


Bumbung Piramid

kembali ke atas

2.2    Sistem Rangka Balak Struktur Bangunan

Dalam sistem ini tiang bangunan dilapik dengan pelabik batu yang diukir. Tujuan utama adalah untuk mengelakkan bahagian bawah tiang daripada kerosakan oleh kerana kelembapan. Rajah di bawah menunjukkan lakaran sistem rangka balak struktur bangunan di China.

Beberapa lakaran lagi sistem rangka balak China adalah seperti di bawah :

Keistimewaan utama dalam sistem rangka balak China ialah ia membenarkan sesuatu struktur dikembangkan tanpa batasan.

kembali ke atas

2.3    Jujuran (cantilever)

Terdapat beberapa jenis jujuran pada cucuran bangunan seni bina China. Lakaran cucuran adalah seperti di bawah :

kembali ke atas

2.4    Dinding

Dinding dan pembahagi ruang biasanya tidak digunakan sebagai elemen struktur (hanya sebagai dinding nipis, bahannya daripada kayu dan tidak sepenuh tinggi).
Ciri -ciri dinding seni bina China ialah :
a.    Dinding nipis dan diperbuat dari kayu.
b.    Dinding tidak berfungsi untuk menerima sebarang tekanan berat daripada lantai, rasuk dan bumbung.
c.    Mempunyai nilai estetik yang tinggi.
d.    Dinding di cat dengan warna yang mempunyai fungsi untuk memelihara kayu daripada serangga dan juga mengelakkannya daripada reput.
e.    Warna yang biasa digunakan ialah merah, putih, kuning dan hitam.

2.5    Podium

Fungsi utama binaan ini ialah untuk mengelakkan bangunan daripada basah dan lembab.
Ciri - ciri podium ialah :
a.    Bahan binaan utama ialah batu dan tanah.
b.    Tinggi podium berubah mengikut pangkat bangunan itu.
c.    Tiang kayu diletakkan di atas batu pada podium untuk memelihara bahagian bawah tiang itu daripada reput dan diukir dengan gaya seni yang menarik.

Laman Utama    Nota Sejarah   Jenis - Jenis Binaan