PATUNG ZEUS DI OLYMPIA 

Zeus adalah merupakan salah raja di antara tuhan-tuhan yang disembah oleh penduduk Greek. Patung Zeus ini dibina bagi menghargai acara sukan yang terulung yang diadakan pada ketika itu iaitu Sukan Olimpik. Kebaikan yang dibawa oleh sukan ini adalah ia dapat merapatkan  hubungan antara negara-negara yang terlibat. Dan yang paling bermakna adalah sewaktu berlangsungnya sukan ini, perang yang pada ketika itu sedang kemuncak telah dapat dihentikan. Sukan ini telah disertai oleh atlit-atlit dari Asia Minor, Syria, Egypt dan Sicily dengan tujuan bersukan dan di samping itu melakukan kewajipan mereka iaitu untuk menyembah Zeus. Patung Zeus ini terletak di bandar purba, Olympia di pantai barat bandar moden Greece, kira-kira 150km barat Athens. SEJARAH PEMBINAAN Sukan Olimpik telah bermula pada 776SM, mengikut kalendar purba Greek. Sebelum bermulanya sukan terulung tersebut, penduduk Greek telah merancang untuk membina sebuah tempat penyembahan tuhan mereka, Zeus. Tempat penyembahan yang mengagunkan ini telah direkabentuk oleh seorang ahli arkitek yang bernama Libon dan ia dibina pada 450SM.


Di bawah kuasa kerajaan purba Greek, tempat penyembahan ini kelihatan begitu kosong, tidak menarik dan ia perlu dilakukan banyak perubahan. Setelah penduduk Greek berbincang, akhirnya suatu penyelesaian telah ditemui. Untuk menjadikan tempat penyembahan ini menarik, sebuah patung yang menarik harus dibina. Sekumpulan pengukir Athenia telah diberi kepercayaan untuk melakukan kerja tersebut dengan berdasarkan hasil kerja Michealangelo yang ketika itu berada di Sistine Chapel.


Tapak bagi patung Zeus adalah berukuran kira-kira 6.5m (20 kaki)lebar dan ketinggian 1.0m (3 kaki). Ketinggian patung ini pula adalah 13m (40 kaki) yang tingginya bersamaan dengan bangunan 4 tingkat. Beberapa tahun berikutnya, tempat penyembahan tersebut telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelancong terutamanya yang ingin menyembah Zeus. Pada kurun pertama SM, pemerintah Roman, Caligula berhajat untuk memindahkan patung Zeus tersebut ke neegaranya, Rome. Tetapi hajatnya tidak tercapai kerana alat yang dibina untuk memindahkan patung tersebut telah musnah.


Pada kurun ke-2 SM, pembaikan dibuat pada patung Zeus kerana berlakunya penghakisan yang disebabkan oleh cuaca. Setelah berlakunya pengharaman Sukan Olimpik pada 391 AD oleh maharaja Theodosius Las Pagan, tempat penyembahan ini diperintahkan supaya ditutup. Pada kurun ke-5 AD, Olympia telah mengalami bencana alam yang teruk. Berlakunya banjir, gempa bumi, tanah runtuh yang menyebabkan kemusnahan teruk pada tempat penyembahan ini kecuali patung Zeus. 


Patung Zeus terselamat kerana sebelum berlakunya kejadian ini, ia telah dipindahkan ke sebuah istana di Constantinople. Di sini, ia kekal selamat sehinggalah berlakunya kebakaran teruk pada 462 AD di mana ia telah memusnahkan terus patung ini. Pada hari ini, tiada lagi kesan-kesan tinggalan tempat penyembahan ataupun patung Zeus yang dahulunya menjadi rebutan pemerintah. Yang tinggal kini hanyalah batu-batuan dan serpihan tiang-tiangnya sahaja. Bagi kita yang tidak pernah melihatnya, kita hanya dapat membayangkan betapa hebatnya patung ini sehinggakan ia menjadi salah satu hasil kerja ukiran terbaik yang dihasilkan oleh orang Greek yang menjadi keagungan dunia!

Laman Utama        Nota Sejarah