RAHSIA / TIPS SEWAKTU PERTANDINGAN ..!!

 

Baru - baru saya berkesempatan kesatu pertandingan ayam serama yang diadakan di Lembah Kelang. Hebat dan meriah sungguh pada hari tersebut, lebih lebih lagi pertandingan ini adalah diantara yang terakhir sebelum menyambut kedatangan bulan Ramadhan pada tahun ini (2001).

Saya tidak ingin mengulas samada keputusan atau rungutan para peserta tetapi saya amat tertarik akan gelagat para pemilik ayam serama yang akan masuk bertanding lebih lebih lagi pada mereka - mereka yang telah lama turut serta dalam pertandingan ini. Mungkin cara cara mereka ini boleh digunakan / tiru  sebab cara mereka ini sungguh berkesan dan menarik.

Sebarang pertandingan ayam serama seperti yang kita ketahui akan mengambil masa yang amat lama , lebih lebih lagi kalau banyak ayam serama yang masuk bertanding. Kemungkinan ianya akan berlanjutan sehingga jam 5 ke 6 petang, ini akan pasti memenatkan bukan saja serama itu sendiri malah tuan punya nya sekali ... hehehehe !! Kena pulak acara kemuncaknya ialah memilih 10 ayam serama terbaik (top 10). Pernah saya lihat disatu pertandingan dulu apabila sampai keacara top 10 ada diantara ayam serama yang terpilih itu hanya mampu duduk diatas pentas, padahal sewaktu pusingan awal ayam serama tersebut bukan main hebat lagi bergaya.

Disini saya ingin berkongsi beberapa tips yang mungkin boleh digunakan sewaktu pertandingan.

1. Jangan hadir ketempat pertandingan terlalu awal. Selalunya waktu tutup pendaftaran selewat lewatnya jam 2 petang. Kira - kira jam 12 tengah hari adalah sebaik baik waktu kita sampai bersama - sama ayam serama . Sewaktu dirumah (pagi), beleklah terlebih dahulu ayam serama suadara ... sapu/lap/bersihkan bulu/kaki/muka ayam serama tersebut. Jangan lupa pastikan bekas kotak utk membawa ayam serama tersebut turut bersih dari sebarang najis, begitu juga dengan sangkar yang akan digunakan sewaktu pertandingan. Beri makan terlebih dahulu ayam serama saudara tetapi ada juga pemilik - pemilik serama yang tidak memberi ayam serama mereka makan semenjak petang sehari sebelum pertandingan dengan alasan kalau diberi makan serama tersebut sewaktu pertandingan ayam serama tersebut akan leka makan, jadi tidaklah sibuk mencabar ayam serama lain.

Bagi saya konsep tersebut agak kurang praktikal sebab ayam jantan ni kalau di jumpa ayam jantan lain, ia akan pasti sibuk mencabar/berkokok. Jadi kalau dah sibuk mencabr/berkokok bila pulak dia nak makan ... at last penat & kebulur sebab dari petang semalam lagi tak makan .. kan kenaya tuu !!! Satu lagi sebelum keluar rumah, bagi ayam serama saudara sebiji pil minyak ikan.

2. Bila sudah sampai ketempat pertandingan, pastikan sekali lagi ayam serama saudara sentiasa bersih dari sebarang najis samada di bahagian bulunya maupun kaki. Kalau kotor, bersihkan segera. Jangan terus masukkan kedalam sangkar, belai & urut terlebih dulu ayam serama tersebut. Bila agak ayam serama tersebut sudah selesa dengan suasana sekeliling barulah pergi daftar, kemudian belek & belai lagi ayam serama tersebut. Biarkan ayam serama tersebut berjalan jalan diluar terlebih dahulu & agak agak sudah perlu masukkan ayam serama itu kedalam sangkar utk dibawa kegelanggang pertandingan, beri lah ayam serama tersebut makan ulat burung dalam 4 - 5 ekor terlebih dahulu. Selepas semua itu selesai barulah masukkan ayam serama tersebut kedalam sangkar & jangan lupa pastikan sangkar tersebut dilapik dengan karpet yang bersih berserta dengan bekas makanan & air ... jangan boh bekas makanan & air ajer lakk .. bohlah sekali makanan & air sama ... kehh kehhh kehhh kehhh !!!!

Jadi kalau ayam serama saudara hanya masuk kedalam gelanggang lebih kurang jam 1.30 - 2.00 petang ... ayam tersebut hanya berada kira kira 3 - 4 jam & cuba bayangkan kalau saudara masukkan ayam serama tersebut dari jam 10 pagi lagi ... mau lembik dibuatnya. Tak usah ayam , tuan dia pun boleh lembik sama ... kehh kehhh kehh !!!!

Tapi taktik ini kurang disukai oleh pengadil maupun penganjur sebab kalau dah semua ikut taktik ini, mau kosong dewan pada sebelah pagi .... yerlah dah semua dok datang lewat & lepas tu jam 2 baru nak bawak masuk ayam serama ....!!! Mau pada sebelah pagi pengadil dok lepak makan kuaci lah dulu .. kehh kehh kehhh !!!

Oklah itu sajalah serba sedikit petua atau tip yang mungkin saudara - saudara semua boleh gunakan sewaktu pertandingan ayam serama & akhir sekali selamat mencuba & berjaya. 

Tapi kalau ayam serama kita pesen tak nak bergaya depan pengadil ... payah jugak .. kehh kehhh kehhh ....Komen WebMaster.

 

WEBMASTER - Abang D