ISU - Pertandingan Yang Tiada Yang Bertanding !

 

Heboh sekarang ni pertandingan ayam serama sudah payah nak menarik orang ramai untuk turut sertai. Pelbagai alasan yang didengari & pelbagai cara pulak peminat 'hardcore' serama telah lakukan untuk menarik semula minat orang ramai untuk turut serta.

Hadiah diperhebatkan tapi terdengar pulak rungutan yuran penyertaan mahal, jadi diturunkanlah harga yuran tapi orang masih lagi tak nak turut serta .... pening kepala penganjur, asyik rugi ajer !! Lepas tu diadakan pertandingan-pertandingan kecil kecilan dengan yuran yang amat murah ... pun orang tak nak masuk. Lepas tu mulalah salahkan pihak pengadil yang tidak telus yang menyebabkan orang ramai malas nak masuk bertanding. Yang heran tu, yang selalu mengkomplain ni adalah juga orang yang selalu masuk bertanding .. percayalah orang yang bukan kaki bertanding ni kalau dia kalah pun selalunya dia diam jer ...!! Tidak dinafikan ada juga dikalangan pengadil ni yang mempunyai agenda tersendiri tetapi dari pemerhatian saya peratusan pengadil yang beragenda sudah berkurangan dengan banyak sekali ... ni bukan nak bodek pengadil tapi itulah realitinya.

Bagi saya sebenarnya kita tidak mahu atau mengakui kesilapan diri sendiri asyik menyalahkan orang lain saja sebab - sebab kenapa orang tak nak masuk pertandingan. Alasan - alasan seperti :

- Yuran mahal.

- Hadiah tidak setimpal dengan yuran.

- Pengadil mempunyai agenda sendiri ... ni kes kasi ayam member menanglah ni !!

 

adalah alasan - alasan remeh temeh ajer.

 

Alasan sebenar orang tak nak masuk satu satu pertandingan itu adalah kerana tak ramai yang mempunyai ayam serama yang boleh dibawak bertanding. Kebanyakkan peminat - peminat serama telah boleh mendapatkan maklumat - maklumat tentang ayam serama ini di Internet. Cubalah tengok gambar - gambar serama yang terdapat di website SeramaNS ini contohnya ... kalau tidak kesemua pun, kebanyakkannya kalau silap silap haribulan serama serama tersebut berdiri pun boleh terbalik kebelakang disebabkan betapa hebatnya bergaya.

 

Bila dibandingankan dengan serama kita pulak, nak tengok serama tu berdiri tegak pun bilamana ada kucing lalu sebelah reban ...!!! Habis tu macam mana nak dibawa bertanding ?? Tak kan nak suruh pengadil sediakan sekor kucing pulak agar serama kita boleh berdiri tegak bergaya. Kalau menggatal juga nak masuk bertanding saja nak sedekah kepada pihak penganjur ajerlah namanya.

 

Bab nak dapatkan ayam serama yang boleh bergaya sampai nak terbalik kebelakang ni yang payah nak dibincangkan ni. Kalau mengikut pasaran semasa sekarang ni, seekor anak serama yang hebat bergaya berumur lebih kurang 2 ke 3 bulan mahu mencecah RM 3 - 4,000.00 kalau yang sudah dewasa tu mahu mencecah puluhan ribu ringgit ... habis berapa ramai dari peminat - peminat serama ni yang sanggup membelinya ??

 

Memang kalau ditanya kepada penternak - penternak ayam serama ni kenapa harga serama yang dijualnya mahal sangat sudah tentu pelbagai alasan yang diberi seperti :

 

- Bapak & induk dia beli pun dah mahal tak kanlah anaknya nak jual murah pulak.

- Nilai seni itu walau apa barang pun memang mahal.

- Bukan senang nak dapatkan anak - anak serama yang hebat bergaya ni, tak macam nak biak ayam kampung.

- Yang paling best tu ... Ni nak kira murahlah tu, kalau kamu pergi beli kat sianu tu harga nya dua kali ganda.

 

Nak tak nak bagi peminat yang tak berduit ni telan air liur jerlah, bila dah lama lama terus tukar hobi atau pun langsung tak ada hobi lagi ...!!!

 

Pada saya ini semua adalah satu pusingan peringkat kedua kepupusan minat orang ramai terhadap ayam serama melainkan terdapatnya tindakan - tindakan yang drastik dilakukan didalam mengawal harga ayam serama ni agar minat orang masih lagi dengan ayam serama dan berupaya untuk membelinya.

 

Pusingan peringkat pertama adalah apabila penjual penjual yang tidak bertanggung jawab menjual ayam ayam yang entah jenis apa dengan menggunakan panggilan ayam serama. Tak silap saya dua tahun lepas lagi saya sudah utarakan kebimbangan ini dengan kegiatan penipuan ini. Dan ketika saya mengutarakan perkara ini teruk jugak saya kena belasah ... kehh kehh kehh kehh !!!

 

Jadi jangan terkejut satu hari nanti nilai ayam serama akan jatuh teruk seperti 10 ke 20 tahun lepas, dimana nak jual RM 50.00 seekor pun orang buat tak tahu ajer. Diwaktu itu yang susah bukannya penternak - penternak tersohor sekarang ini sebab mereka sudah kaya tetapi kepada kita yang baru - baru mencipta nama ini. Duit sudah banyak dilaburkan untuk membeli serama - serama yang hebat bergaya tetapi sewaktu untuk kita menjual baka - baka ini, orang sudah tidak minat lagi kepada hobi membela ayam serama. Kan ker kes haru namanya tu !

 

Itu belum bab pihak negara jiran yang kemungkinan besar akan memilikpunyakan bahawa ayam serama berasal dari negara mereka, kalau dah orang kita sendiri tidak berupaya memiliki ayam serama yang hebat bergaya dan sudah buat tak kisah dengan hobi ayam serama ini .. jadi janganlah salahkan pulak orang lain mengaku ayam serama tu berasal dari negara mereka !!

 

Entahlah nanti kalau cakap lebih nanti, ramai pulak yang tak suka tapi cubalah kita fikirkan bersama dan iktiarkanlah bagaimana cara terbaik supaya agar setiap pemilik serama itu berupaya memiliki ayam serama yang hebat bergaya.

 

Abang D

WebMaster SeramaNS dot Com

03hb Julai 2002