Novel Cinta Sang Ratu
Laman Utama | Doa | Galeri Foto | Legal | Diskusi | Untaian Kata | Sudut Hukum | Warkah | Puisi | Cerpen | Kembara | Tetamu | Tazkirah | Link | Komentar Buku
Seruling Senja

Sinopsis
 

'CINTA SANG RATU' - RAMLEE AWANG MURSHID
MENANTI ANDA DI PASARAN

ANDA tidak sabar untuk memiliki Cinta Sang Ratu karya Ramlee Awang Murshid? Inilah masanya anda mengunjungi ke kedai-kedai buku atau melanggan terus melalui Unit Langganan untuk mendapatkan novel thriller no. 1 Malaysia ini.

Pastinya anda ingin mengetahui cerita seterusnya setelah membaca Bagaikan Puteri. Apa yang berlaku kepada Laksamana Sunan dan Haryani? Akhir kurun ke-15, Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.

Awal abad ke-21, bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya.

Inilah kisah pertembungan dua zaman yang pastinya membuatkan anda sayang sekali untuk meninggalkan walaupun satu perkataan kerana ceritanya semakin PANAS!!!

Segera dapatkannya dan diucapkan Selama Membaca!

Tajuk: Cinta Sang Ratu
Halaman: 572
Harga: RM19.90

Komentar:
 
novel ni best sangat dan patut dibaca oleh para peminat kisah thriller berlatar belakangkan sejarah. terselit juga unsur-unsur islamik yang patut dan boleh di jadikan pengajaran. ia bukan hanya sebuah novel picisan tapi ia merupakan hasil daripada kajian dan fakta-fakta yang tertentu. tahniah buat Ramlee Awang Murshid...