Oleh Syeikh al-Kubrawiyyah.
Asas persahabatan ialah setia dalam bercinta
antara satu dengan yang lain dan tulus ikhlas dalam berkasih sayang, dan selagi ia dihalakan kepada Allah dan kerana Allah,
maka pahalanya adalah amat besar.
Allah telah berfirman dalam satu hadis Qudsi
yang bermaksud:
Pasti
mendapat kecintaanKu bagi dua orang yang sayang menyayangi keranaKu, dua orang yang duduk bersama-sama keranaKu, dua orang
kunjung mengunjungi keranaKu, dan dua orang yang tolong menolong keranaKu.
FirmanNya lagi dalam
hadis Qudsi yang lain bermaksud:
Mana dia orang yang bercinta kerana keagunganKu?
Hari inilah Aku akan menaungi mereka di bawah nauganKu, iaitu hari yang tiada naungan selain dari naunganKu.
Rasulullah bersabda yang maksudnya:
Sesiapa yang ingin merasakan kemanisan iman,
hendaklah ia mencintai seseorang, tiada mencintainya melainkan kerana Allah.
Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai
Allah dan taat setia kepada perintah Allah, maka hal demikian itulah yang dikatakan bercinta kerana Allah.
Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat
dengannya kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama, dan mengarahkannya untuk taat setia terhadap Tuhannya,
maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta kerana Allah.
Ataupun jika ia mencinta seseorang itu kerana membantunya dalam urusan keduniaan yang mana dengannya pula ia bisa mengurus
urusan akhiratnya, maka itu juga termasuk dalam bercinta kerana Allah.
Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat
dengannya kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya
ataupun barangkali orang itu dapat menolongnya di dalam urusan dunianya, dan dalam hal ehwal kehidupannya yang menerusinya
ia bias hidup senang lenang, maka cinta serupa itu adalah cinta tabii, cinta biasa yang tiada kena mengena dengan Allah. Persahabatan
itu timbul kerana kecenderungan diri semata-mata dan meskipun demikian ia tetap harus hukumnya, tidak sunyi dari kebaikan
mudah-mudahan.
Allah Taala telah berfirman yang bermaksud:
Sahabat-sahabat pada hari itu, satu sama lain
akan bermusuhan kecuali orang yang bertaqwa.
( az-Zukhruf:67)