Hikmat Mandi Hadas Besar
Manusia perlu kepada ajaran agama kerana:-
  1. Ajaran agama dapat membimbing manusia kejalan yang benar dan melarang manusia daripada melakukan perbuatan maksiat.
  2. Ajaran agama dapat memberi garis panduan hidup yang bahagia dan sejahter
3 (a) i. Mandi wajib ialah mandi yang disebabkan oleh seseorang yang sedang menanggung hadas besar dengan cara meratakan air ke seluruh tubuh badan dengan niat untuk nienghilangkan hadas besar.

Sementara mandi sunat pula hanya mandi biasa bertujuan membersihkan tubuh badan disertai dengan niat mandi tertentu seperti mandi hari Jumaat, Hari Raya, selepas memandikan mayat dan mandi kerana gerhana bulan.

Keadaan-keadaan yang mewajibkan seseorang itu mandi ialah:-

  1. Melakukan hubungan jenis antara suami isteri
  2. Meninggal dunia
  3. Keluar darah haid atau nifas
  4. Ibu yang melahirkan anak.
  5. Keluar air mani
iii. Dua hikmat disyariatkan mandi bagi orang yang menanggung hadas besar:-
  1. Menjadikan badan seseorang berasa segar dan bertenaga semul
  2. Dengan mandi menjadikan badan kita herbau wangi dan bersih daripada segala kotoran.
iv. Dua rukun mandi yang telah ditetapkan dalam syariat Islam ialah:-
  1. Meratakan air ke seluruh tubuh badan.
  2. Sebelum mandi perlu didahului dengan niat mandi.
v. Dua hikmat Allah mewajibkan senibahyang walau dalam apa suasana dan keadaan adalah bertujuan:-
  1. Mendirikan ibadat sembahyang boleh menguatkan jiwa sescorang. Menjadi seorang Muslim yang tabah, sabar dan teguh imannya dalam menghadapi kesulitan hidup.
  2. Membuktikan ibadat sembahyang merupakan ibadat yang sangat penting dan tidak boleh ditinggalkan.
(b) i. Dua cara pengisian amalan sepanjang bulan Ramadan:
  1. Bertadarrus al-Quran pada malam atau slang Ramadan.
  2. Banyakkan amalan sedekah kepada orang Islam yang memerlukan.

ii. Tiga amalan yang digalakkan pada malam Lailatul Qadar.

  1. Membaca al-Quran hingga lewat malam.
  2. Bermunajat dan berdoa serta berzikir kepada Allah
  3. Bangun tengah malam mengerjakan solat sunat Tahajjud, Solat Hajat, Solat Witir dan lain-lain.
iii. Antara kelebihan yang terdapat pada malam Lailatul Qadar ialah.
  1. Beramal pada malam tersebut ganjarannya lebih baik daripada beribadat seribu bulan.
  2. Allah akan memakbulkan permohonan hambanya yang berdoa pada malani tersebut disamping mengampunkan dosanya
  3. Para malaikat akan turun ke bumi memberi rahmat kepada hamba Allah yang beribadat pada malam tersebut.
  4. Allah akan membuka pintu taubat kepada hambanya yang memohon taubat kepadaNya
iv. Dua hikmat Allah mengurniakan Bulan Ramadan kepada umat Islam.
  1. Memberi peluang kepada umat Islam melipatgandakan amal makruf sepanjang bulan tersebut.
  2. Memberi pengalaman kepada orang yang berada nierasai keadaan kehidupan orang fakir miskin.
v. Hikmat-hikmat kepada pengeluar dan penerima zakat:-
  1. Kepada pengeluar dapat mengikis sifat bakhil dan menginsafi penderitaan hidup orang fakir miskin.
  2. Kepada penerima hubungan persaudaraan sesama Islam terutama golongan miskin dengan golongan kaya bertambah erat kerana adanya sikap bantu membantu antara satu sama lain.
4 (a) i. Maksud berbelanja seperti yang dikehendaki dalam Islam:
 
 
  1. Menjauhkan berbelanja secara membazir dan boros
  2. Membelaniakan harta pada jalan yang halal serta diredai oleh Allah.
  3. Berbelanja secara ikhlas semata-rnata kerana Allah contohnya menderma kepada anak-anak yatim atas rasa tanggungjawab bukannya untuk menunjukkan kekayaan kepada orang ramai.
ii. Allah memandang tinggi kepada orang membelarijakan hartanya ke jalan Allah kerana:-
  1. Dapat melahirkan sebuah masyarakat penyayang.
  2. Dengan rnenderma dapat membangunkan masyarakat dan negar
  3. Dapat mengurangkan beban sosial yang biasa terjadi dalam masyarakat.

iii. Dua amalan untuk mencapai taraf ikhlas dalam kehidupan

  1. Sentiasa berzikir dan mengingati Allah di niana saja berad
  2. Menyedari dirinya sebagai insan yang daif dan lemah dari segi kuasany Allah yang Maha berkuasa untuk segala-galanya
iv. Antara kepentingan ikhlas dalam pekerjaan:
  1. Pekerjaan yang dilakukan akan menghasilkan kejayaan gemilang kerana dilakukan dengan rela hati.
  2. Ikhlas dapat melahirkan sifat tanggungiawab yang tinggi dalam suatu pekerjaan.
  3. Dengan ikhlas seseorang itu lebih teratur dalam kehidupannya dan sempurna amalanmy
v. Kebersihan jiwa yang dimaksudkan dalam Islam ialah:
  1. Kebersihan rohani daripada sifat-sifat mazmumah seperti bongkak, sombong, takbur, dengki, khianat dan sebagainya
  2. Kebersihan jiwa yang sebenarnya wajib memiliki sifat-sifat terpuji seperti ikhlas, jujur, amanah, tawaduk, qana'ah dan sebagainya
vii. Kebersihan penting dalam kehidupan seseorang kerana:-
  1. Dapat melahirkan sebuah masyarakat yang sejahtera.
  2. Dapat menjauhkan sifat zalim semasa bermuamalat atau berurus niaga dengan orang lain.
  3. Dapat menjamin hubungan baik antara satu dengan yang lain.
(b) i.Maksud fitnah ialah perbuatan yang disusuli dengan kata-kata yang menyakitkan serta berniat jahat terhadap seseorang hasil dorongan perasaan dengki dan irihati terhadap orang yang difitnah.

ii. Kejadian fitnah-menifitnah boleh berlaku disebabkan :

  1. Adanya perasaan dengki dan irihati terhadap kesenangan yang dinikmati oleh orang lain.
  2. Lahir dari hati yang tidak ikhlas
  3. Kurangnya iman dan pengetahuan agama yang mendalam

iii. Dua kesan buruk akibat perbuatan fitnah:-

  1. Jiwa orang yang memfitnah orang lain tidak tenang dan tenteram.
  2. Merosakkan hubungan persaudaraan sesama Islam.
  3. Mengancam kekuatan umat Islam dan mudah ditewaskan oleh musuh-musuh Islam.
iv. Tiga faedah menjaga kebersihan diri ialah:-
  1. Tubuh badan sentiasa bersih dan ceri
  2. Memberikan kecerdasan mental dan fizikal seseorang.
  3. Dipandang mulia oleh orang lain.
v. Kesan-kesan yang kurang baik akibat mengabaikan kebersihan diri:-
  1. Orang lain memandang rendah terhadap diri kita
  2. Mudah dihinggapi penyakit.
  3. Membantutkan pertumbuhan fizikal dan mental seseorang.
    (a) i. Dua bentuk tentangan kafir Quraisy terhadap dakwah Nabi Muhamad S.A.W di Kota Makkah:-
    1. Penyeksaan terhadap pemeluk Islam contohnya Bilil bin Ribah telah diseksa dengan menindih badannya dengan batu besar dan kemudiannya dijemur di panas terik matahari.
    2. Pemulauan terhadap ekonomi Bani Hasyim.
    ii.Nabi selaku pendakwah Islam telah mengambil tiga langkah dalam menangani masalah di atas:-
    1. Nabi Muhamad bersikap sabar dan berserah kepada Allah
    2. Nabi Muhamad menebus hamba-hamba yang diseksa oleh Abu Jahal dan Abu Lahab
    3. Nabi meminta kepada pemeluk-pemeluk Islam Makkah supaya berhijrah beramai-ramai ke kota Madinah.