PUASA DALAM PANDANGAN AGAMA

Oleh : Ghafani Awang Teh

Menurut  sejarah,   amalan puasa  muncul  serentak dengan kemunculan manusia di muka bumi.  Semua agama atau atheis sekali pun mengakui bahawa amalan ber-puasa adalah program positif dan amat penting dalam kehidupan harian manusia. Walau bagai-mana--pun berdasarkan perkem-bangan terkini, puasa Rama-dhan yang diamalkan se-rentak secara besar-besaran oleh umat Islam sama ada kanak-kanak atau dewasa di seluruh dunia, me-nunjukkan amalan puasa dalam agama Islam terus aktif me-neruskan kesinambungan amal-an puasa yang diamalkan oleh para nabi  yang terdahulu.

Sejarah Puasa

Perintah puasa fardhu Ra-madhan kepada umat Islam di bawah kerasulan Nabi Muhammad  s.a.w.  diwahyu-kan pada bulan Syaaban tahun 2 Hijrah dan di-kuatkuasakan dalam bulan Ramadhan berikutnya semasa Nabi Muhammad berada di Madinah. Walau pun puasa Ramadhan diwajibkan pada tahun 2 Hijrah tetapi umat nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad telah pun mengamalkan puasa.  Allah berfirman:
Maksudnya:
“Hai orang-orang yang ber-iman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu ber-taqwa”.
 (Al-Baqarah: 183)

Dalam mentafsirkan ayat ini, ahli tafsir Imam Qurtubi me-nyatakan Al-Syaabi, Qatadah dan lain-lain menerangkan bahawa ayat ini merujuk puasa-puasa yang difardhukan pada Nabi Musa, Nabi Isa dan umat-umatnya pada masa itu yang juga mengamalkan puasa dalam bulan Ramadhan, kemudian para pendita dan pengikut-pengikut nabi-nabi berkenaan mengubahsuai ajaran-ajaran tersebut.  Dengan demikian kita dapati dalam kitab Taurat dan Injil ada menyebut tentang puasa tetapi tidak dinyatakan dengan jelas tentang peraturan wajib puasa.
Sebagaimana kita ketahui bahawa Rasul-rasul yang dipilih Allah sebelum Nabi Muhammad  s.a.w mempunyai syariat yang sesuai di sampaikan dan di-gunakan untuk umat-umatnya sahaja. Nabi Adam sebagai manusia pertama muncul di dunia juga berpuasa. Penga-la-man Nabi Adam dan Hawa yang dimurkai Allah kerana mendekati sebatang pokok (dikatakan pokok khuldi) boleh dijadikan sumber rujukan yang boleh di-kaitkan dengan puasa. Allah ber--firman:
Maksudnya:
“Janganlah kamu mendekati pohon ini yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim”.
(Al-Baqarah: 35)

Dengan tipu daya dan mus-lihat syaitan, Nabi Adam dan Hawa telah memakan buah pokok larangan berkenaan wa-lau-pun telah ditegah oleh Allah.  Dengan demikian Allah telah menyuruh pasangan berkenaan keluar dari syurga dan turun ke dunia.  Peristiwa Nabi Adam dan Hawa yang dimurkai Allah me-makan buah larangan itu di-anggap melanggar perintah puasa dalam erti menahan diri dari makan buah larangan.

Menurut sumber sejarah, Nabi Musa bersama kaumnya pernah berpuasa empat puluh hari di samping bermunajat kepada Allah semasa berada di bukit Tursina sebelum Allah menganugerahkan sepuluh ajar-an kepadanya.  Nabi Isa juga ber-puasa seperti mana yang di-amalkan oleh Nabi Musa.  Dalam Surah Maryam dinyatakan Nabi Zakaria dan Mariam sering meng-amalkan puasa. Manakala Nabi Daud diriwayatkan berpuasa ber-selang seli iaitu sehari berpuasa dan sehari berbuka yang diamal-kan pada sepanjang tahun.  De-mikianlah antara amalan puasa nabi-nabi terdahulu yang dapat dikesan oleh ahli-ahli tafsir dan sejarah. Walau pun amalan puasa nabi-nabi lain tidak dapat dikesan tetapi kita percaya ba-hawa amalan puasa adalah se-bahagian cara hidup mereka dalam mendekati Allah.  Menurut sumber sejarah, Nabi Muham-mad s.a.w   sendiri  sebelum  di-lantik  menjadi Rasul telah meng-amalkan puasa tiga hari setiap bulan dan turut mengamalkan puasa Asyura yang jatuh pada hari ke 10 bulan Muharram ber-sama-sama dengan masya-rakat Quraisy yang lain. Malah masyarakat Yahudi yang tinggal di Yathrib (Madinah) pada masa itu turut mengamalkan puasa Asyura.

Menurut Encyclopedia of Religion bangsa-bangsa bertamad-dun tinggi dan kuno sebelum masehi seperti bangsa Rom, Yunani, Mesir Purba, Natches di Amerika Tengah, Hindu dan China turut mengamalkan puasa. Mereka ini berpuasa se-bagai persediaan menyambut perayaan, memuja roh nenek moyang, membersihkan dosa dan persediaan menjadi pemim-pin-pemimpin atau ketua agama. Persoalan yang timbul ialah apakah puasa bangsa-bangsa ini hasil dari perkembangan dakwah nabi-nabi terdahulu?  Kebenaran pertalian itu memang ada kerana sejarah perkembangan biak manusia dan ajaran Allah ber-mula dari Nabi Adam dan nabi-nabi/rasul yang lain yang ke-semuanya berasal dari Tanah Arab. Penyebaran agama ber-laku serentak dengan perpin-dahan dan penghijrahan ma-nusia hasil daripada evolusi geografi dunia yang berlaku beribu-ribu juta tahun dahulu yang turut menyebabkan pem-bentukan benua. Evolusi dunia terus berlaku hingga kini tanpa kita sedari.

Puasa Dalam Agama Yahudi

Sebahagian rasul-rasul yang wajib dipercayai dalam agama Islam terdiri dari Bani Israel.   Umat Islam perlu berhati-hati apabila mengutuk hebat bangsa Yahudi kerana kepintaran ke-jahatannya, jangan turut me-ngait-kan rasul-rasul itu. Dalam Encyclopedia of Religion me-nyatakan penganut Yahudi yang Ortodoks mengamalkan puasa wajib satu hari pada hari Yom Kippur (Hari pembersihan dosa) seperti mana yang disuruh oleh Mosaic Law (kemungkinan merujuk kitab Taurat Nabi Musa), kemudian mereka me-nambah empat hari lagi, masing-masing satu hari pada bulan Ab, Tammuz, Tebeth dan Tishri mengikut kalendar bulan Yahudi sebagai hari berkabung di atas bencana yang  menimpa  bangsa  Yahudi.  Mengikut Encyclopedia itu lagi terdapat segolongan penganut Yahudi mengamalkan puasa mengikut nabi Yahya, mengamalkan 40 hari puasa nabi Musa, 40 hari puasa Nabi Ilyas dan puasa pada hari Isnin dan Khamis secara sukarela.

Puasa Dalam Agama Kristian

Selepas kematian Nabi Isa, kitab Injil mengalami perubahan besar.  Dengan demikian kita dapati dalam Bible (New Testament) tidak menyebut secara nyata tentang wajib puasa kepada penganutnya.  Menurut Encyclopedia of America pada dua abad pertama sejak kemunculan agama Kristian, puasa dalam agama ini adalah sukarela.  Puasa hanya diwajibkan pada abad ke 4. Secara tradisinya agama Kristian menghendaki penganutnya berpuasa 40 hari mulai hari besar Ash Wednesday hingga hari perayaan Easter,  iaitu sebelum perayaan Krismas.  Puasa ini dibuat sebagai simbul menghormati kesengsaraan Nabi Isa yang mengalaminya selama 40 hari. Puasa-puasa tradisi lain ialah puasa pada hari Rogetion Days, Ember Day, puasa mingguan pada hari Rabu dan Jumaat dan puasa sem--pena perlantikan paderi dan hari Baptis.

Walau bagaimanapun menurut Encyclopedia of Britanica, ke-dudukan puasa tradisi dalam masyarakat moden Kristian hari ini telah mengalami perubahan besar.  Dalam persidangan Majlis Gereja Vatican 1965 di Rom telah memutuskan mereka hanya perlu berpuasa sebahagian atau pada hakikatnya berpantang de-ngan tidak makan daging pada hari perayaan Ash wednesday dan hari Good Friday. Kelong-gar-an peraturan itu dibuat se-bagai usaha menggalakkan ma-sya-rakat Kristian berpuasa.  Dengan demikian menurut Encyclopedia of Religion Masya-rakat Kristian Ortodoks Greek dan Roman Katolik yang suatu ketika dahulu kuat mengamalkan puasa tradisi, hanya kini mengamalkan puasa atau berpantang pada hari Ash Wednesday dan Good Friday sahaja. Manakala seba-hagian besar Gereja-gereja di bawah Mazhab Kristian Protestant hanya menganggap puasa itu adalah hak budibicara in-dividu untuk mengamal-kan-nya.

Puasa Dalam Agama Lain

Menurut Encyclopedia of Religion, walaupun sebahagian besar penganut agama Buddha cen-derung berpantang tetapi mereka menganggap puasa se-penuhnya sepanjang hari bukan-lah suruhan agama Buddha.  Mengikut ajaran Buddha ku-rangkan makan atau berpantang adalah salah satu dari 13 ajaran-nya untuk mencapai hidup bahagia. Dengan demikian wa-laupun mereka berpuasa tetapi mereka boleh makan sekali sehari sebelum waktu tengah hari. Di kalangan penganut agama Buddha hanya sami yang taat berpuasa atau berpantang yang mereka amalkan empat kali dalam sebulan. Demikian juga puasa dalam agama Hindu, confusius, Tao dan ajaran kuno lain adalah mengamalkan puasa untuk pemujaan roh nenek mo-yang. Puasa mereka lebih ber-sifat berpantang dengan tidak makan daging atau dibenarkan makan sekali sehari.

Kesimpulan

Semua agama mengakui ba-hawa puasa adalah amat penting dan menjadi satu keperluan universal kepada semua manusia.  Islam telah mengambil langkah bijak dengan menjadikan bulan Ramadhan sebagai satu agenda wajib kepada umat Islam yang baligh dan berakal menjalankan puasa selama satu bulan.  Malah Islam menggalakkan umatnya menjalankan puasa-puasa sunat sebagai kesinambungan menge-kal-kan gaya hidup sihat seperti yang dikehendaki  dalam se-mangat dan matlamat Rama-dhan.  Selama 11 bulan anggota badan kita aktif menjalankan jentera dan kemudiannya satu bulan pula diwajibkan berehat, maka suruhan agama Islam itu adalah tepat.  Walaupun terdapat percubaan agama-agama bukan Islam untuk mewajibkan puasa kepada penganutnya tetapi tidak berjaya kerana agama itu tidak mempunyai rangkaian undang-undang yang lengkap.  Maka hanya sami-sami, pendita dan paderi yang agaknya masih meneruskan saki baki amalan puasa atau berpantang larang sepertimana yang dituntut oleh agama berkenaan.