| Isnin, 25 Ogos 2003 | Laman Utama | NSTP e-Media | Siapa Kami? | Hubungi Kami | Arkib Seminggu | Lain-lain Media |
|
Dalam Negeri Dunia Ekonomi Sukan Rencana Hiburan Keluarga Kesihatan Keselamatan Pendidikan Sastera Agama Edisi Wilayah Komputer Bintang Popular Joran Makan Angin Skop Web Sekolah Motor Landskap Dekor Perspektif Berita Sawit HM NST BT MM Jawatan Kosong |
|
![]() ![]() ![]() |
Dua syarat tentukan guru layak terima insentifKEMENTERIAN Pendidikan menetapkan pemberian Bayaran
Insentif Subjek Pendidikan (BISP) kepada pegawai perkhidmatan pendidikan
(PPP) antara lima dan 10 peratus daripada gaji pokok tertakluk kepada dua
syarat utama, iaitu kelayakan subjek dan anggota.
PPP siswazah yang layak dan memenuhi syarat menikmati BISP pada kadar lima peratus daripada gaji pokok, manakala lepasan diploma pula 10 peratus. Semua PPP yang dilantik secara tetap, sementara atau kontrak (termasuk pegawai bertaraf kontrak dari luar negara) layak dibayar insentif itu setelah memenuhi syarat ditetapkan. PPP layak memperoleh satu bayaran BISP saja, sama ada bagi pengajaran subjek Sains, Matematik atau Bahasa Inggeris. Bagaimanapun, mereka yang menerima Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) tidak layak dibayar BISP. Anggota yang memenuhi syarat layak menerima BISP, kecuali dalam keadaan dan tempoh tertentu bayaran dihentikan, iaitu bercuti tanpa gaji (termasuk cuti belajar tanpa gaji); bercuti separuh gaji (termasuk cuti belajar separuh gaji); berkursus melebihi tiga bulan dengan bergaji penuh; bercuti rehat melebihi 28 hari berturut-turut; cuti haji, cuti bersalin dan cuti sakit melebihi 28 hari berturut-turut serta anggota Gred DG54 dalam kumpulan pengurusan dan profesional yang memangku jawatan Gred Utama. Perkara berkenaan terkandung dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Bil 3 Tahun 2003 bertajuk `Garis Panduan Pelaksanaan BISP Bagi PPP Bidang Sains, Matematik Dan Bahasa Inggeris bertarikh 3 Julai lalu yang ditandatangani Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Manusia), Datuk Dr Abdul Rahman Idris. Surat pekeliling itu bertujuan menambah baik garis panduan pelaksanaan BISP yang diedarkan melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bil 1 Tahun 2003 bertarikh 6 Februari lalu. Ini kerana beberapa masalah pelaksanaan berbangkit berikutan garis panduan sebelumnya. Garis panduan baru itu juga bertujuan melancarkan urusan pelaksanaan dan memastikan keseragaman dalam kaedah pembayaran BISP supaya meliputi semua PPP yang berkelayakan. Surat pekeliling itu berkuat kuasa 1 Januari lalu. Mengenai kelayakan subjek, PPP yang mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris serta mata pelajaran Bahasa Inggeris boleh dipertimbangkan untuk menikmati BISP. Komponen Sains dan Matematik merangkumi semua subjek Sains Tulen, Teknikal dan Teknologi Maklumat, manakala mata pelajaran Teknikal ialah Teknologi Petroleum, Teknologi Makanan dan Reka Bentuk di bawah program politeknik. Pemberian BISP bagi pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris bagi peringkat pendidikan rendah ialah subjek Sains dan Matematik; menengah (Sains, Matematik, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan, Matematik Tambahan dan Teknologi Maklumat). Pendidikan lepas menengah atau tingkatan enam (Fizik, Kimia, Biologi, Matematik dan Perkomputeran); matrikulasi (Biologi, Fizik, Kimia, Matematik dan Sains Informatik); politeknik (Matematik, Teknologi Maklumat, Teknologi Petroleum, Teknologi Makanan dan Reka Bentuk); maktab perguruan (Sains, Matematik dan Teknologi Maklumat); serta program kolej komuniti (Sains, Matematik dan Teknologi Maklumat). Dari segi kelayakan anggota pula, PPP dipertimbangkan ialah yang mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, mengajar subjek Bahasa Inggeris serta yang menggunakan kelayakan berkenaan dalam tugas rasmi mereka. Ketua jabatan hendaklah mengambil tindakan mengedarkan surat pekeliling ini kepada pusat tanggungjawab, pejabat pendidikan bahagian/daerah dan sekolah di bawah pentadbiran masing-masing. Diharap urusan pembayaran insentif ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur supaya hanya anggota yang benar-benar layak diluluskan bayarannya. Sekiranya ada sebarang keraguan ketika melaksanakan arahan surat pekeliling ini, boleh dirujuk kepada Unit Saraan, Kemudahan dan Hubungan Kesatuan, Cawangan Pembangunan Organisasi dan Perkhidmatan, Bahagian Sumber Manusia, di talian 03-2098 6150, menurut surat pekeliling yang diedarkan kepada semua ketua bahagian, pengarah pendidikan negeri, pengetua maktab perguruan, pengarah politeknik, pengarah kolej matrikulasi dan pengetua kolej komuniti itu. |
Hantar pada kawan! Format Pencetak Artikel di Pendidikan :
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|