KO-KURIKULUM

Ko-kurikulum S.M.K Majakir adalah yang terbaik dari segi penampilan unit beruniform, kejayaan sukan  dan keaktifan kelab serta persatuan di peringkat sekolah-sekolah, zon Pantai Barat, negeri dan kebangsaan.

Kejayaan pelajar-pelajar yang menyertai aktiviti tersebut amat membanggakan. Ada di antara pelajar sekolah ini telah mewakili Negeri Sabah ke peringkat kebangsaan. Struktur organisasi ko-kurikulum sekolah ini amat teratur membolehkan persatuan-persatuan di sekolah ini di urus dengan baik dan sistematik.

Kejayaan mereka mengharumkan nama sekolah, oleh itu tahniah diucapkan dari pihak sekolah dan seluruh warga S.M.K.Majakir.