PIAGAM DAN LENCANA SEKOLAH

 

PIAGAM SEKOLAH

 

Bahawasanya kami beriltizam menyokong usaha-usaha merealisasikan wawasan pendidikan negara melalui amalan:

 

·        Sekolah penyayang

·        Budaya ilmu

·        Budaya teknologi maklumat-it

·        Budaya cemerlang

·        Budaya pemuafakatan

 

Dan

 

Bermisikan hasrat dan cita-cita murni untuk:

A.    Menjayakan program pusat sekolah cemerlang

B.    Menyediakan pendidik yang berkualiti iaitu inovatif dan kreatif, berbudaya ilmu dan beriltizam ke arah kecemerlangan.

C.    Mencapai tahap prestasi kurikulum 100% didalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM.

D.    Meningkatkan kecemerlangan dan pencapaian dalam bidang ko-kurikulum di semua peringkat.

E.    Membentuk pelajar yang berbudi bahasa, berkualiti dan bersahsiah tinggi.

F.    Memberi perkhidmatan kepada ibu bapa dan orang awam dengan cekap dan adil.

 

LENCANA SEKOLAH

 

 

 

LAMBANG

MAKSUD

Obor (biru dan merah)

Ilmu penyuluh hidup

Roda (merah)

Sains dan teknologi

Tiga bulatan (biru, merah, kuning)

Sukan dan permainan

Buku terbuka (biru)

Gedung ilmu

Tangga (biru)

Tangga kejayaan

Penjuru lima

Lima prinsip rukunegara

Latar belakang putih

Suci

Gunung Kinabalu

Lambang Sabah

Bunga padi (kuning)

Kemakmuran dan perpaduan

 

MOTTO SEKOLAH

 

“KEBIJAKSANAAN NILAI KEMANUSIAAN”

 

 

LATAR BELAKANG LENCANA DAN MOTTO SEKOLAH

 

Lencana dan motto sekolah ini telah direkacipta oleh Encik Said Bakar iaitu salah seorang tenaga pengajar di sini. Lencana dan motto baru ini menggantikan lencana dan motto terdahulu. Penggunaan lencana dan motto baru ini berkuatkuasa setelah sekolah ini ditukarkan nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Majakir. Ia digunakan dengan rasminya pada 16hb.  Februari 1979.