SekolahMenengah Kebangsaan King George V merupakan sebuah sekolah yang terulung (premier)di Negeri Sembilan. Ia terletak di Jalan Za'aba (dahulu Jalan Hose) berhampiran Taman Tasik Seremban. Iaitu dipersimpangan Jalan Zaaba dengan Jalan Rasah.Kedudukannya di atas bukit menampakkan kesergaman bagunannya. Di tambah lagi dengan adanya menara jam di bangunan utamanya.

Bangunan utama , mula dibina pada bulan Oktober 1926 dan siap pada akhir tahun 1927.Bangunan ini merupakan di antara mercu tanda bandar Seremban. Tambahanpula bangunan ini mempunyai menara jam. Jam ini dibawa khas dari England. Bangunan ini dibina dengan belanja sebanyak Rm 221,337.00.

Perasmianbangunan utama sekolah ini disempurnakan pada 23 April 1928 oleh W.G. OrmsbyGore, iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British di Tanah Melayu.

Turut hadir dalam majlis perasmian ini ialah Tuanku Muhammad Ibni al-Marhum Tuanku Antah yang Dipertua Besar Negeri Sembilan; Sir Hugh Clifford (Pesuruhjaya Tinggi Inggeris Negeri-Negeri Melayu Bersekutu & Negeri-Negeri Selat);Mr. Wolffe (Residen Inggeris di Negeri Sembilan) dan J.M Meade ( nazirsekolah-sekolah)

Tarikhperasmian pada 23 April itu, dikaitkan dengan hari bersejarah masyarakatdi England, iaitu "Hari St. George". pada hari tersebut, Raja England, King George V berjaya mententeramkan negeri England daripada huru-hara akibat gangguan seekor naga.

Sempena peristiwa itu, pihak Inggeris di Negeri Sembilan menamakan sekolah ini Sekolah Menengah King George V. Sebelum itu, nama sekolah ini, ialah Goverment English School (GES) Seremban.

Pada tahun1941 bangunan sekolah ini digunakan oleh Tentera Diraja Australia sebagai pejabat dan markas tentera. Pelajar-pelajar dipindahkan ke tempat-tempat lain iaitu di bangunan Kelab Negeri Sembilan dan bangunan Kelab Melayu di Jalan Tuanku Munawir (Jalan Lemon)

Semasa pendudukan Jepun di Negeri Sembilan, bangunan ini dijadikan ibu pejabat Polis Tentera Jepun oleh Regimen Miyazaki Butai.

Selepas kekalahan Jepun, tentera British Malaya menggunakan bangunan ini sebagai hospital tentera selama enam bulan.

Selepas tamat perang dunia kedua bangunan ini dibaikpulih akibat kerosakan zaman perang. Pada tahun 1946 sekolah ini beroperasi semula seperti biasa sehingga hari ini.

Sambutan Hari Empayar British pada tahun 1940

Kini nama sekolah SMKGV semakin terkenal. Justeru itu, pada tahun 1994, sekolah ini telah diiktiraf sebagai " Sekolah Harapan Negeri". Namun ini tidak bererti perjuangan untuk mendidik anak bangsa telah tamat. Usaha yang berlipat ganda terus dijalankan ini terbukti dengan penerimaan anugerah Sirih Junjung oleh Jabtan Pendidikan Negeri Sembilan di atas pencapaian akademik yang cemerlang. Kejayaan ini merupakan suatu, hasil usaha bersama dari semua pihak. Semoga Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban berjaya menjadi peneraju dan contoh bagi semua sekolah di Malaysia dan dunia.