Kurikulum ,Akademik dan kegiatan Kokurikulum

Keputusan L.C.E./S.R.P telah mengalami turun naik sejak ia bermula hingga ke
tahun 80an. Pada tahun 1988 , seramai 7 orang murid mendapat 8A1 dalam
peperiksaan ini. Keputusan M.C.E/S.P.M. juga turut mengalami turun naik dari tahun
ke tahun. Prestasi yang paling baik ialah pada tahu 1970 di mana peratus kelulusannya sebanyak 87% . Kualiti keputusan yang paling baik dicapai pada tahun 1986 di mana seorang pelajar iaitu Doreen Hong telah mendapat 9A dan tiga orang murid yang lain pula mendapat 8A. SMNDC telah menunjukkan kemajuan di dalam bidang akademiknya dan juga di bidang sukan dan permainan. Pencapaian di bidang sukan dan permainannya amat menonjol dan menggalakkan. Ini adalah kerana murid-muridnya sangat berminat dalam bidang ini dan juga guru-guru penasihat ataupun jurulatih mereka adalah berdedikasi.Kegiatan kokurikulum dan juga rekod-rekod kejayaan dalam bidang sukan dan permainan yang cemerlang seperti di bawah:

Persatuan Berunifom Persatuan Lain

Persatuan Akademik Tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan ialah cara masyarakat menayampaikan , atau mengembangkan kebudayaannya. Oleh itu sebelum kemerdekaan , masyakakat setempat banyak dipengaruhi oleh kebudayaan negara barat . Maka falsafah dan matlamat penubuhan sekoalah SMNDC juga dipengaruhi oleh konsep kebaratan dengan penanaman pengetahuan, nilai kemahiran dan sikap. Dengan penubuhan institusi-institusi pendidikan diharapkan dapat mencapai tujuan mereka menyerap nilai-nilai barat dari segi budaya dan agama melalui pendidikan. Akan tetapi pada bulan september 1974, kerajaan Malaysia telah mengkaji semula matlamat dan kesannya sistem pendidikan ketika itu agar dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan , sosial, ekonomi, dan politiknya. Maka pelajar-pelajar di SMNDC juga mula meneriama sistem pendidikan yang lebih mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukunegara, disamping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara. Ini menunjukkan satu perubahan yang besar dari segi matlamat dan falsafah penubuhan sekolah itu jika dibandingkan dengan keadaan semasa penubuhan sekolah ini.

Daripada penerangan yang diberikan oleh seorang warga tua yang masih tinggal di kawasan itu , didapati kedudukan sekolah ini telah melalui satu perubahan yang amat besar. Pada zaman dahulu kawasan sekitar merupakan sebuah perkampungan kecil dipinggir bandar. Tetapi keadaan sekarang telah berubah disebabkan proses urbanisasi. Kawasan sekeliling sekolah ini telah pesat berkembang. Sekarang bangunan sekolah seolah-olah sebuah bangunan bersejarah yang tua tersergam indah di tengah-tengah pusat bandaraya Melaka. Masalah disiplin pelajar semakin meningkat akibat permodenan masyarakat sekitarnya.  Masalah displin berpunca daripada pengaruh keadaan sosial sekeliling. Masalah pelajar kurang menghormati guru dan kurang minat terhadap buku merupakan satu bentuk perubahan sahsiah pelajar sekarang sekiranya dibandingkan dengan tahun-tahun 70an dan 80an. Ramai pelajar sekolah ini suka merayau-rayau di pusat membeli belah yang berhadapan sekolah ini. Satu lagi masalah yang tidak kurang seriusnya ialah tentang masalah pergaulan pelajar dengan kaum lain. Didapati lebih kurang 98% daripada pelajarnya terdiri daripada kaum cina. Maka peluang bagi mereka bergaul dan berinteraksi dengan masyarakat kaum lain adalah kurang sekali. Pelajar sekolah ini kebanyakannya telah menerima pendidikan rendah di sekolah kebangsaan cina. Oleh sebab itu masalah penggunaan Bahasa Malaysia juga timbul. Penggunaan bahasa Mandarin dalam kelas merupakan perkara biasa . Guru-guru dan pihak pentadbir sekolah ini sentiasa berusaha dengan gigihnya untuk mengatasi masalah ini memandangkan matlamat sistem pendidikan bersepadu sekarang mementingkan perpaduan dan Bahasa Malaysia merupakan bahasa rasmi negara ini.

KECEMERLANGAN MELAHIRKAN PARA DIDIK

Sekolah Menengah Notre Dame Convent Melaka ,tinjauan daripada segi matlamat para pendokongnya serta perkembangan kurikulum, masalah disiplin dan sambutan masyarakat terhadap penubuhan sekolah ini , ternyata dengan jelas sekali masyarakat di sekeliling sekolah ini telah mengalami satu corak perubahan sosial yang amat ketara selepas negara kita mencapai kemerdekaan. Walaupun bangunan lama dengan beberapa blok bangunan baru masih kekal di situ, ia telah menjalankan tanggung jawabnya menampung anak didik tahun demi tahun untuk mereka menerima pendidikan secara formal untuk berjaya dalam hidup mereka lain hari kelak.

 

 

Balik Ke Menu Utama