Persatuan ini ditubuhkan pada tahun 1994 yang disertai
oleh pelajar-pelajar dari tingkatan tiga, empat, lima dan enam. Persatuan ini mendapat
bimbingan daripada Al-Fadhil Al-Ustaz Abdul Rahman Bin Husin, Pegawai Dakwah Jabatan Hal
Ehwal Agama Islam selaku Presiden Falak Syar'ie Malaysia.
Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah:
* mengadakan pertandingan melukis poster berkaitan
dengan
astronomi
* pertandingan mengumpul ayat-ayat suci al-Quran
yang berkaitan
dengan ilmu Falak Syar'ie
* mengeluarkan taqawim hijrah bersaiz poket
* mengadakan program "Malam Manifestasi
Cerapan Cakerawala"
* aktiviti menentukan arah kiblat
* pertandingan dan persembahan dll
Segala kegiatan yang dijalankan adalah untuk menarik minat
ahli-ahli persatuan untuk mendalami dan memahami fakta-fakta Sejarah dan Geografi.Selain
itu, ia bertujuan untuk memupuk semangat ingin tahu dan mempertahankan Sejarah dan
Geografi yang kian dilupakan.