PESATUAN BULAN SABIT MERAH
Persatuan bulan sabit merah (PBSM) mempunyai anggota seramai 350 orang dan merupakan jumlah tertinggi kerana para pelajar sangat berminat untuk menyertai PBSM pada tahun ini.
Ahli-ahli PBSM terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan peralihan sehingga tingkatan enam bawah.
PBSM telah merancang pelbagai aktiviti di samping aktiviti biasa sebagai satu cara untuk mengaktifkan lagi pesatuan. Antara aktiviti -aktiviti yang telah, sedang dan akan dilaksanakan ialah:
Mengadakan sesi pendidikan dan amali PBSM pada setiap hari Ahad dari jam 3 petang hingga 4 petang.
Mengadakan sesi kawad pada setiap hari Selasa bermula jam 4-5 petang.
Mengadakan peperiksaan asas PBSM.
Menyediakan uniform untuk ahli yang berupa t-shirt besar berlengan panjang.
Menganjurkan perkhemahan peringkat sekolah.
Menganjurkan lawatan dan pertandingan kawad di kawasan air terjun.
Mengadakan khidmat bakti ke rumah orang tua Sri Kemumin.
Menyertai jualan persatuan pada hari sukan MMP 1999.
Aktiviti-aktiviti yang disebutkan di atas adalah bertujuan melahirkan induvidu yang berilmu dalam bidang pertolongan cemas serta perkara-perkara yang bekaitan dengannya, di samping dapat mendidik mereka secara tidak lansung sebagai pelajar yang berdisplin, cergas dan kental.