KELAB RADIO
Seperti tahun lalu, Kelab Radio MMP telah berjalan dengan lancar bagi sesi 1999. Siaran yang dikenali dengan nama Shoutul Maahad ini mula ke udara pada jam 7.15 pagi hingga jam 7. 40 pagi. Kelab Radio ditubuhkan pada 1993 dan dipancarkan khas dari studio kami yang dilengkapi dengan peralatan canggih untuk memudahkan penyebaran tersebut kepada seluruh warga MMP.
Bagi memudahkan pembahagian tugas, Kelab Radio mempunyai 5 Biro iaitu Biro Bahasa Melayu, Biro Bahasa Inggeris, Biro Bahasa Arab, Biro Tazkirah dan Biro tugas-tugas khas.
Selain itu kelab Radio mempunyai seramai 25 ahli termasuk EXCO tertinggi. Perlaksanaan program harian pula dikendalikan oleh penyelarasan harian (setiausaha biro) dan penyebaran maklumat dikendalikan oleh para Muziah (DJ) .
Antara aktiviti yang dikendalikan ialah:
Menyediakan berita terkini kepada warga MMP.
Menyebarkan Tazkirah bercorak keagamaan yang berkaitan dengan pelajaran dan tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.
Membaca doa pagi dan doa balik.
Mengumumkan maklumat tentang persatuan dan kelab.
Sebagai kesimpulan, Kelab Radio telah memberi faedah yang banyak kepada warga MMP sekaligus dapat memperluaskan lagi pengetahuan kepada MMP.