Rounded Rectangle: Respirasi Aerob

 

                                   

                     

 

Text Box: Hasil pembelajaran yang diharapkan
Menerangkan secara ringkas penghasilan tenaga daripada glukosa semasa  proses respirasi aerob
 

Text Box: Respirasi aerob adalah proses penguraian makanan dengan menggunakan oksigen. Ia berlaku di mitokondria sel. Persamaan bagi proses respirasi aerob adalah seperti berikut 
C6H12O6     +    6O2         6CO2    +    6H2O    + TENAGA
                                 (Glukosa)         (Oksigen)           (Karbon Dioksida)     (Air)
Banyak tenaga dibebaskan melalui proses ini. Tenaga yang dibebaskan adalah tidak serentak tetapi secara berperingkat. Tenaga ini dibebaskan dalam bentuk tenaga haba dan tenaga kimia dalam molekul ATP ( adenosina trifosfat ).
Apabila sel melakukan akitiviti misalnya pengecutan otot, tenaga diperlukan dengan serta-merta. Jadi satu kumpulan fosfat dipisahkan daripada molekul ATP dengan tindakan enzim. Maka ia akan menukarakan ATP kepada ADP ( adenosina difosfat ) disamping membebaskan tenaga.
Respirasi merupakan proses pengoksidaan makanan oleh organisma hidup untuk menghasilkan tenaga. Tenaga respirasi digunakan untuk menjalankan aktiviti hidup dan memanaskan badan.Ia biasanya membabitkan pertukaran gas di antara organisma hidup dengan alam sekelilingnya.
 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

Text Box: Pengukuhan Minda

 

Text Box: Aktiviti proses hidup

Text Box: Oksigen (diangkut dari peparu melalui sistem peredaran darah)
Text Box: Air (disingkir melalui peparu)
Text Box: Glukosa (hasil pencernaan makanan)
Text Box: Tenaga
Text Box: Karbon dioksida (disingkir melalui peparu)
Text Box: Haba (untuk memanaskan badan)

Text Box: Respirasi Sel

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Text Box: