SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI KURAU

1.0 Sejarah Penubuhan Sekolah
2.0 Bilangan Pelajar dan Tenaga Pengajar
3.0 Lembaga Pengurus
4.0 Persatuan Ibu bapa dan Guru
5.0 Perkembangan Dalam Bidang Kurikulum
6.0 Peperiksaan Awam
7.0 Bangunan Baru
8.0 Nama Rasmi Sekolah
9.0 Pengetua Sekolah Menengah Sri Kurau

1.0 Sejarah Penubuhan Sekolah

Sekolah Menengah Rendah, Batu Tiga telah ditubuhkan pada 1hb. Januari 1965 oleh Kementerian Pelajaran untuk memenuhi polisi Kerajaan bagi menyediakan pendidikan menengah untuk semua kanak-kanak terutama sekali yang kurang bernasib baik di kawasan luar bandar. Ia ditempatkan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Yu Chai, Kuala Kurau dengan 4 buah Kelas Peralihan. Pada Tahun 1966 murid-murid Tingkatan 1 ditempatkan di Sekolah Kebangsaan, Kuala Kurau, manakala murid-murid Kelas Peralihan terus belajar di SRJK( C ) Yu Chai sehingga 30hb. Sept, 1968. Pada hari yang bersejarah ini murid-murid  dipindahkan ke bangunan baru yang terletak 9 km dari Pekan Kuala Kurau. Sekolah baru ini mempunyai 16 buah bilik darjah, sebuah bilik masakan, sebuah Bilik Jahitan dan sebuah padang yang disertai dengan kelengkapan moden kecuali bekalan elektrik.
KE ATAS
2.0 Bilangan Pelajar dan Tenaga Pengajar

Bilangan pelajardalam tahun permulaaan ( 1965 ) adalah seramai 133 orang dan tenaga pengajarnya pula seramai 8 orang termasuk Guru Besar En. Aloysius Mathews. Bilangan ini semakin bertambah dari tahun ke tahun. Pada April 1984 bilangan pelajar adalah seramai 1803 dan tenaga pengajarnya seramai 84 orang, 13 orang guru siswazah, 2 orang guru diploma, 66 orang guru lepasan maktab perguruan dan 3 orang guru sementara. Pada tahun 1999 (September) bilangan guru ialah seramai 75 orang dengan  38 orang guru siswazah , ………orang guru bukan siswazah dan bilangan pelajar seramai 1200 orang.
KE ATAS

3.0 Lembaga Pengurus

Lembaga Pengurus Sekolah telah ditubuhkan pada tahun 1965 dengan Pengerusinya En. Khor Yih Khoy. Beliau menjadi pengerusi sehingga 1971. Beliau digantikan oleh Tuan Mohd Omar b. Hj. Taib dan Tn. Hj. Talhah b. Arpan – JP, PJK sehingga sekarang.
KE ATAS

4.0 Persatuan Ibu bapa dan Guru

Persatuan ibu bapa dan guru telah ditubuhkan pada tahun 1974 dan Tn. Hj. Adnan b. Hamid dilantik sebagai Pengerusi bagi tahun 1974 – 1975. Pengerusi-Pengerusi bagi tahun-tahun berikutnya ialah.

1975 – 1976   Tuan Hj. Adnan b. Hj. Hamid
1976 – 1977   Tuan Hj. Salleh b. Abdullah
1977 – 1978   En. Mohd Desa b. Kassim
1978 – 1981   Tn. Hj. Salleh b. Abdullah
1981 – 1984   Ustaz Abdul Wahab b. Salleh
1984 – 1990   Tn. Hj. Abdul Majid b. Mohd
1990 – 1999   Tn. Hj. Mat Isa b. Yahya
1999 – kini   En. Ahmad b. Ariffin
KE ATAS

5.0 Perkembangan Dalam Bidang Kurikulum

5.1 Pelajaran Seni Perusahaan diperkenalkan pada tahun 1978, selepas bekalan elektrik didapati.
5.2 Pada tahun 1979 sekolah ini memulakan dua Kelas Tingkatan Empat     ( Aliran Sastera)
KE ATAS

6.0 Peperiksaan Awam

6.1 Kumpulan pertama murid-murid yang mengambil peperiksaan Lower Certificate of Education adalah dalam tahun 1968 dan peratus kelulusan adalah 22.6% bagi Pelajaran Tingkatan Empat murid-murid diarahkan ke Sekolah Menengah Alang Iskandar, Bagan Serai sehingga tahun 1979 apabila sekolah ini memulakan sendiri kelas Tingkatan Empat Aliran Sastera. Aliran Sains dimulakan  di sekolah ini pada tahun 1986. Prestasi pencapaian SRP  ( Sijil Rendah Pelajaran ) pelajar sekolah ini semakin meningkat menjadi 60.4% dalam tahun 1980an dan pada tahun 1994 dan 1995 mencapai 92.1% dalam peperiksaan PMR.

Kumpulan pertama mengambil peperiksaan SPM ialah pada tahun 1980 dan peratus lulus 42.7%. pencapaian meningkat kepada 64.1 % pada tahun 1987 dan 60% pada tahun 1994.
KE ATAS

7.0 Bangunan Baru

Pada tahun 1976 sekolah ini telah mendapat satu blok bangunan dua tingkat yang mempunyai 8 buah bilik darjah, 2 buah makmal Sains, 2 buah bilik Seni Perusahaan dan sebuah bilik Sumber ( Perpustakaan). Sebuah bangunan baru dengan 6 buah bilik darjah  didirikan pada akhir tahun 1983. Pada tahun 1987 sekolah ini dinaikkan taraf kepada sekolah menengah Gred A. Pada tahun 1991 sebuah bangunan baru dua tingkat telah didirikan. Pada tahun 1995, bangunan Makmal Sains Tulen 2 tingkat dan stesen pencawang TEN dibina.
KE ATAS

8.0 Nama Rasmi Sekolah

Nama sekolah ini telah ditukar dengan rasminya kepada sekolah Menengah Sri Kurau, Bagan Serai, pada tahun 1980.
KE ATAS

9.0 Pengetua Sekolah Menengah Sri Kurau, 34300 Bagan Serai, Perak.

  1. En. Aloysius Mathews                                                    1965 – 1973
  2. En. Ahmad Suffian  b. Hj. Arshad                                   1974 – Sept. 1979
  3. En. Abdul Aziz b. Johor Ali                                             Okt, 1979 – Dis,1979
  4. En. Mohd Nor b. Hj. Abdullah                                       1980 – Mac. 1983
  5. Tn. Hj. Muhammad Amin b. Alang Endut                       1983 – 1986
  6. Tn. Hj. Zainal Abidin b. Sarji                                          1986 – 1988
  7. En. Ong Hong Weng                                                      Feb. 1988 – Sept. 1990
  8. Tn. Hj. Harun b. Hj. Yahya (memangku)                         September 1990 - April 1992
  9. Tn. Hj. Kassim b. Saad AMN, BCK, PJK.                    April 1992- Nov. 1993
  10. Tn. Hj. Zainal Abidin b. Din                                            Dis 1993 - 30 Okt, 1994
  11. Tn. Hj. Ibrahim b. Ahmad                                               November 1994 - Feb. 1998
  12. Pn. Hjh.Noriah bt. Dermawan                                         Mac, 1998 -   
 KE ATAS
 
KEMBALI KE LAMAN UTAMA