Menggembleng Usaha Dakwah Dalam Jihad Kolektif

Dakwah ialah usaha mengajak manusia ke Jalan Allah. (An-Nahl:125) supaya akhirnya mereka menjadikan Islam sebagai panduan membangunkan kehidupan (Al-Anfal:24), mengisinya dengan mengerjakan kebaikan, menyuruh kepada perkara ma'ruf dan mencegah kemungkaran (Ali-Imran: 110).

Dalam pengertian yang lebih luas, dakwah merupakan suatu usaha yang dibuat secara bersungguh-sunguh untukmembangunkanumat cemerlang yang berfungsi pula untuk memandu manusia ke arah kecemerlangan dan kebahagian hidup, memperbaiki kerosakan-kerosakan (al-fasad) dan memabawa reformasi (islah) kepad masyarakat (Hud:88), selanjutnya menyebarkan rahmat kesejahteraan untuk umat manusia (Al-Anbiya: 107).

Dakwah bertujuan untuk mengajak manusia seluruhnya agar menerima Islam sebagai peraturan hidup (nizam al-hayah) yang memberi jaminan keadilan dan menyemarakkan ihsan dan menghindar daripada kekejian dan kemungkaran. (An-Nahl: 90). Dengan dakwah, kebenaran dan keadilan serta nilai-nilai mulia sebagai asas kehidupan manusia akan terus diperjuangkan.

Dakwah bermatlamat menimbulkan kesedaran dalaman individu-individu manusia yang akhirnya mencetuskan tranformasi positif kepada umat secara menyeluruh. Kata-kata Rub'iy bin Amir sewaktu menjelaskan misi perjuangannya adalah amat relevan untuk dinukilkan semula. Beliau menegaskan bahawa misinya adalah untuk 'membebaskan manusia daripada menyembah manusia kepada menyembah hanya Allah semata, dari kedurjanaan agama-agama kepada keadilan Islam dan dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.'

Dakwah bukanlah kerja kecil yang mudah untuk dilaksankan. Ia adalah Misi Besar yang memerlukan kesungguhan dan keberanian, pengorbanan dan kesabaran serta keyakinan yang tinggi. Sekiranya usaha-usaha besar sentiasa memerlukan kerjasama dan gemblengan tenaga, maka tidak ada yang lebih memerlukan kerjasam dan saling membantu selain usaha-usaha dakwah (Al-Fusilat: 33).

Al-Quran menganjurkan kita menggembleng tenaga bekerjasama dan bantu-membantu dalam segala bentuk usaha kebajikan (al-birr) dan kerja-kerja yang membawa kepada taqwa dan menegah sama sekali sebarang bentuk kerjasama yang membawa kepada dosa dan perseteruan (AL-Maidah: 3). Bahkan saling membantu menjadi ciri orang yang beriman (At-Taubah: 71). Al-Quran menyebut konsep bunyanun marsus bagi mewakili perjuangan dan jihad yang dibuat secara kolektif. Hadis-hadis Rasulullah s.a.w juga sering menuntut secara tegas supaya hidup dibina dan dibangunkan atas budaya jamaah bagi memperteguh kekuatan dan menjamin kejayaan.

Al-Quran turut mengemukakan Nabi Musa (a.s) dan Nabi Harun (a.s) sebagai gandingan dua nabi terpilih untuk menjalankan misi dakwah (Thaha: 94). Musa mempunyai kelebihan kepemimpinan sementara Harun mempunyai kelebihan komunikasi. Gabungan keduanya telah menjadikan usaha dakwah kepada kaum Bani Israil menjadi lebih berkesan. Ini menjadi petunjuk kepada kita bukan sahaja tentang pentingnya kerjasama dakwah secara mendatar seperti yang diketahui umum, tetapi juga kerjasama yang bersifat menegak yang bersifat saling melengkapi atau sinergi yang menggabungkan kekuatan-kekuatan dari pelbagai sumber. Penggemblengan seperti inilah yang seharusnya dijalinkan antara pelbagai pihak sama ada di peringkat individu atau organisasi bagi menggandakan kesan usaha dakwah yang dijalankan.

Anjuran-anjuran Al-Quran dan Al-Hadis ini bagaimanapun seringkali dibahaskan secara mendatar dan terbatas, sekadar menegaskan bahawa dakwah akan menjadi lebih berkesan sekirana individu-individu yang berminat mengelompokkan diri dalam sebuah jamaah. Kenyataan wujudnya berbagai wadah atau pertubuhan dakwah yang menyebarkan risalah Islam, memerlukan suatu perbahasan yang lebih meluas dengan mengambilkira kerjasama yang perlu diwujudkan antara wadah dan jamaah-jamaah ini. Seringkali kita melihat wujudnya persaingan-persaingan tidak wajar antara pelbagai wadah dan badan dakwah hingga akhirnya membantutkan usaha dakwah itu sendiri, sedangkan masing-masing mengakui hasrat dan matlamat yang ingin dicapai adalah sama. Serangan besar-besaran globalisasi yang mengancam kehidupan Islami serta tantangan kelompok sekularis yang semakin hebat, sepatutnya cukup menyedarkan kita tentang perlunya persefahaman dan kerjasama erat yang perlu dipupuk segera bagi mempertahankan aqidah dan moral umat.

Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh umat tidak hanya bertambah dari segi jumlah tetapi juga dari segi kecanggihan dan kerencamannya sekaligus kesan-kesan buruknya. Walaupun kesedaran Islam di kalangan umat semakin meningkat, namun kesedaran ini belum cukup kuat untuk mengimbangi kekuatan cabaran-cabaran mendatang.

Kita memang telah mengetahui perencanaan Barat dan Zionis untuk melemahkan umat dan negara Islam dan meletakkannya di bawah telunjuk mereka. Hasrat mereka ini dilaksanakan menerusi keupayaan militer, kekuatan ekonomi serta kuasa mereka di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu seperti yang mereka lakukan terhadap Iraq, Iran, Libya dan Sudan. Pelbagai muslihat dipergunakan oleh mereka bagi melemahkan kekuatan Islam di Palestin, Mesir, Arab Saudi, Algeria, Afghanistan, Kashmir, Bosnia Herzegovina dan Turki. Kita juga dapat melihat bagaimana usaha habis-habisan dibuat supaya Islam tidak bangundi negara-negara bekas jajahan Soviet. Segala institusi seperti institusi kewangan dan ekonomi di peringkat antarabangsa telah dipergunakan oleh mereka untuk menjejaskan kestabilan ekonomi negara-negara tertentu serta memaksa negara-negara ini untuk tunduk memperhambakan diri kepada Barat.

Perkembangan teknologi maklumat telah membantu mempercepatkan proses globalisasi. Ekoran dari itu, masyarakat di mana jua berada mudah sekali mencapai pelbagai maklumat yang sekaligus membawa bersamanya berbagai 'penyakit' di samping faedah dan manfaat yang dibawanya. Proses penjajahan pemikiran dan budaya Barat berlaku tanpa disedari hingga akhirnya menggugat nilai-nilai agama dna cara hidup Timur. Budaya Barat yang bercirikan sikap permisif serta gaya hidup hedonistik - yang ternyata begitu mudah sekali mempengaruhi generasi muda ~ tersebar dengan cara yang pantas dan lebih meyakinkan! Penguasaan Barat ke atas media antarabangsa bersama-sama kemajuan teknologi maklumat yang dikembangkan, membolehkan mereka memperkukuh dan memberi justifikasi kepada pemikiran-pemikiran Barat yang berat sebelah sebahagian besarnya. Bahkan agensi-agensi media Barat ini bersekongkol sesama sendiri untuk 'melukis' segala yang buruk tentang umat dan negara Islam dengan tujuan menimbulkan rasa takut dan jijik masyarakat dunia terhadapnya.

Cabaran-cabaran ini adalah serangan secara besar-besaran yang dirancang secara rapi dan halus oleh musuh-musuh Islam. Bentuk serangan yang begini rupa tidak akan mampu ditangani oleh individu-individu da 'i bagaimanapun kuat peribadinya. Bahkan organisasi dakwah secara individual juga tidak berupaya menangani isu-isu seumpama ini secara berkesan. Kita sebenarnya tidak mempunyai banyak pilihan kecualai menggabungkan usaha secara teratur dan tersusun bagi menghadapi cabaran-cabaran hebat ini.

Penggabungan dan penggemblengan pemikiran serta tenaga bagi mengatur strategi dan tindakan haruslah menjadi agenda penting gerakan dan badan dakwah. Kita boleh berbangga kaearana peranan dan kepeloporan kita dalam beberapa bidang tertentu dalam perjuangan dan dakwah. Namun setiap badan dan gerakan dakwah mempunyai kelemahan dan kekurangan yang perlu ditampung oleh badan dan organisasi lain. Kita percaya perkembangan serta keberkesanan program-program dakwah di abad baru ini banyak bergantung kepada kesediaan dan keupayaan organisasi dan pertubuhan Islam untuk bekerjasama menggembleng tenaga dan pemikiran. Zaman bekerja sendirian telah berlalu.

Peranan pemerintah dalam usaha-usaha dakwah mempunyai batasan yang ketara sekali. Selain halangan birokrasi yang penuh formaliti, petugas dan pelaksana program-program dakwah tidak mempunyai semangat kesukarelaan dan kesediaan memberi khidmat yang tinggi . Ini menjadikan program dan usaha dakwah oleh badan dan lembaga rasmi pemerintah kurang berkesan. Dalam situasi seperti ini menjadi tanggungjawab gerakan-gerakan Islam dan badan-badan dakwah di berbagai peringkat untuk mengwujudkan forum yang mempertemukan mereka bagi merangka kerjasama dakwah yang lebih berkesan.

Fitrah manusia terhadap kehidupan beragama tetap subur di mana-mana jua. Ini dapat dibuktikan daripada minat pelbagai kalangan untuk mengetahui tentang agama-agama termasuk agama Islam . Dalam masyarakat Barat sendiri terdapat perkembangan-perkembangan positif yang menggalakkan. Akibat bosan dengan tamadun sendiri yang tidak mampu memperkembang nilai-nilai murni, sebaliknya mencambahkan rasa tidak selamat (sense of meaninglessness) dan kekalutan dalam pemikiran , maka sebahagian dari mereka mulai mencari kebenaran.

Terdapat di antara mereka yang akhirnya berjaya menemui kebenaran Islam dan secara sungguh-sungguh pula mendakwahkan agama tersebut kepada komunitinya sendiri. Ciri seumpama ini turut dirasai oleh kelompok non-Muslim di Malaysia sendiri. Bertambahnya mereka yang mendatangi badan-badan seperti Islamic Outreach ABIM dan PERKIM dan badan-badan seumpamanya menjadi bukti kepada kesedaran baru yang mulai muncul di kalangan mereka. Strategi dan pendekatan dakwah yang baru harus dibangunkan oleh pelbagai badan Islam bagi mengganti strategi dan pendekatan lama yang sudah tidak sesuai.

Kepelbagaian badan dakwah adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Namun keadaan ini tidak seharusnya menjadi alasan kepada sikap menyendiri atah lagi sekiranya ia membawa kepada persaingan yang tidak sihat serta perselisihan yang merosakkan. Sebaliknya kepelbagaian harus dilihat sebagai suatu potensi kekuatan positif yang kiranya dapat digerakkan secara bersepadu mampu menghasilkan kesan sinergi yang menguntungkan umat. Kenapa kita tidak boleh melupakan perbedaan-perbedaan kecil demi kepentingan dan manfaat yang lebih besar? Demikian Al-Marhum Hasan Al-Banna menegaskan perlunya sikap 'sedia berlapang dada dan saling memaafkan dalam hal-hal yang berbeza dan yang sama dalam hal-hal yang dipersetujui antara kita terlalu banyak untuk dijadikan asas kerjasama berbanding dengan hal-hal yang berbeza.

Suatu forum pertubuhan Islam dicadangkan bagi menyediakan platform yang membolehkan pertemuan dibuat bagi membincangkan kepentingan bersama sekurang-kurangnya di peringkat negara dan di peringkat serantau. Forum seperti ini tidak harus terlalu mengikat, namun tetap mengekalkan kesungguhan anggotanya untuk berbahas secara terbuka bagi menyusun strategi dakwah serta mengatasi msaalah bersama. Kita ketahui bahawa kelemahan beberapa organisasi serantau adalah kerana beberapa faktor termasuk antaranva kerana terlalu terikat dengan prosedur, adanya unsur-unsur politik dan kurangnya komitmen yang tulus dari para anggotanya. Dengan demikian potensi besar dan peluang yang terbuka Iuas tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Kita percaya forum seperti ini akan membantu kita melihat isu dan masalah dalam perspektif baru, berupa membuka dimensi-dimensi baru, bahkan mampu menganjak kita kepada paradigma baru dalam dakwah.

Membangunkan potensi tenaga manusia bagi tujuan pengurusan dakwah secara profesional harus menjadi agenda penting pertubuhan-pertubuhan dakwah masa kini. Untuk tujuan tersebut pertubuhan-pertubuhan dakwah yang ada perlu saling mengongsi pengalaman dan kemahiran yang terkumpul selama ini menerusi latihan-latihan bersama terutama yang melibatkan para pelapis. Ini dapat membantu membentuk pemimpin-pemimpin baru yang lebih yakin dalam menghadapi pelbagai cabaran baru yang mendatang. Kerjasama menganjurkan program-program seperti ini perlu dikembangkan tidak hanya dalam bentuk latihan-latihan kepemimpinan, bahkan program-program lain yang lebih besar seperti seminar dan persidangan-persidangan yang serius bagi membahaskan isu-isu penting umat.

Sehingga kini kemajuan teknologi maklumat belum sepenuhnya dimanfaatkan oleh pertubuhan-pertubuhan Islam. Sememangnya laman web boleh membantu pelbagai pihak memahami pelbagai organisasi dakwah yang wujud, bahkan boleh menjadi bahan untuk dipelajari oleh badan dan pertubuhan serta memberi inspirasi kepada mereka untuk memajukan diri. Apa yang diharapkan ialah kemudahan-kemudahan teknologi maklumat yang ada dapat dimanfaatkan sepenuhnya seperti rangkaian yang menghubungkan seluruh pertubuhan penting Islam sedunia. Ia seharusnya berperanan sebagai medan perbahasan dan perbincangan serta ruang bagi pertukaran idea yang hidup, aktif dan rancak setiap hari.

Kita tidak harus membatasi minda kita dengan hanya melihat dakwah sebagai ceramah agama yang dimajukan dan penyampaiannya dari corong-corong suara di rnasjid kepada pidato-pidato yang disampaikan melalui pita kaset atau forum-forum perdana di padang-padang sahaja. Dakwah harus dibangunkan sebagai suatu alat berkesan bagi pembinaan bangsa. Ia sepatutnya dilihat sebagai proses dinamik yang asasi bagi menyediakan bangsa atau umat yang berupaya berperanan secara berkesan di tengah-tengah dunia. Tiada yang dapat memastikan dakwah memainkan peranan sedemikian kecuali dari gemblengan badan-badan Islam atau badan-badan dakwah sendiri.

oleh: Abdul Halim Ismail          Timbalan Presiden ABIM