STEADFAST : Seungkap Sejarah

Steadfast ditubuhkan pada Ogos 1991 oleh Unit Latihan dan Kepimpinan, Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di bawah kelolaan Saudara Mustafa Kamil Ayub bersempena dengan Pelancaran  Gerakan Pembinaan Generasi Abad 21 atau singkatannya GPG 21 pada Julai 1989. Antara program terawal Steadfast adalah (KEMUDA) Kursus Kepimpinan Muda.

Kemudian Steadfast mencapai era pembaharuan pada tahun 1996. Ia mula mengembangkan aktiviti dan menganjurkan pelbagai program bersifat motivasi, kepimpinan, khemah ibadah dan sebagainya sehingga sekarang. Dalam usia yang mencapai 10 tahun, Steadfast masih berdiri teguh berbakti kepada ummah serta menyahut seruan dakwah Islam dalam menyeru kepada kebaikan.

Kini, Steadfast bergerak aktif  dibawah kelolaan Jabatan Latihan Khas & Khidmat Masyarakat, Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

 

STEADFAST: Falsafah Perjuangan

"Pembangunan Individu Muslim yang dinamik dan berketrampilan dalam menjana pembangunan Ummah berasaskan misi KeIslaman dan penyemaian usaha untuk merealisasikan tanggungjawab yang besar"