HURAIAN LANGKAH – LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

 

SET INDUKSI

Set induksi mengambil masa selama 5 minit . Di sini,guru mengimbas kembali pelajaran tahun empat iaitu mengenal bentuk kubus dan kuboid. Guru menunjukkan kotak hadiah berbentuk kubus dan kuboid.Guru memilih beberapa orang murid untuk memberi jawapan tentang bentuk-bentuk yang ditunjukkan oleh guru. Murid aktif menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. Guru memberi peneguhan untuk jawapan-jawapan yang diberikan oleh murid.

Soalan guru:

    1. Siapakah yang pernah mendapat hadiah?
    2. Pernahkah awak menerima hadiah berben tuk seperti ini?
    3. Tahukah awak, apakah nama bentuk-bentuk yang cikgu tunjukkan ini?

 

 

 

 

LANGKAH SATU

Masa yang diambil untuk menjalankan aktiviti ini adalah selama 10 minit.Isi pelajaran adalah berkaitan dengan mengenal panjang,lebar,dan tinggi bagi kubus dan kuboid. Guru mengubah kedudukan kubus dan kuboid untuk memastikan murid-murid dapat mengenal pasti yang mana satu panjang,lebar,dan tinggi bagi kubus dan kuboid yang ditunjukkan.

Guru memanggil murid secara rawak untuk menerangkan sisi kubus dan kuboid iaitu panjang, lebar, dan tinggi. Guru akan memberi peneguhan pada setiap jawapan yang betul.Guru juga akan menekankan unit cm adalah unit yang paling sesuai untuk menentukan panjang,lebar,dan tinggi bagi sesuatu kubus dan kuboid.

ABM yang akan digunakan ialah pelbagai bentuk bongkah-bongkah kubus dan kuboid serta pembaris, benang, jalur kertas, dan jangka lukis untuk mengukur bongkah-bongkah tersebut.

 

 

 

 

LANGKAH DUA

Langkah dua ini mengambil masa selama 15 minit. Aktiviti berkumpulan akan dijalankan pada langkah ini. Guru mengedarkan 5 bongkah kubus dan 5 bongkah kuboid kepada setiap kumpulan. Seterusnya guru memberikan arahan:

    1. Murid-murid dikehendaki mengukur dan mencatatkan panjang , lebar dan tinggi bongkah-bongkah kubus dan kuboid dengan menggunakan jangka lukis, dan pembaris.
    2. Bekerjasama ketika menjalankan aktiviti.
    3. Kemudian, setiap kumpulan dikehendaki mencatatkan hasil dapatan bagi jadual yang diedarkan.

Semasa aktiviti ini dijalankan, guru akan membimbing murid-murid yang lemah menjalankan aktiviti. Setelah hasil telah diperolehi, wakil daripada setiap kumpulan akan menulis jawapan di kertas mahjong. Manakala kertas jawapan yang telah diselesaikan oleh setiap kumpulan akan ditukar-tukarkan dengan kumpulan lain untuk disemak. Guru membincangkan hasil dapatan melalui hasil daripada setiap kumpulan. Jawapan–jawapan yang dicatatkan mestilah seperti jadual dibawah :

 

Warna

KUBUS

KUBOID

P

L

T

P

L

T

1. Merah

2. Hijau

3. Kuning

4. Biru

5. Hitam

 

 

 

 

Langkah 3.

Langkah 3 ini pula dijangka akan mengambil masa selama 25 minit.Langkah 3 ini memberi peluang kepada murid-murid berfikir dan mengenalpasti kubus dan kuboid pada model-model seperti robot, ikan , keretapi, rumah dan lori.Aktiviti ini dijalankan secara stesen dan berkumpulan, supaya setiap kumpulan setiap kumpulan akan melaksanakan aktiviti yang sama untuk memudahkan perbincangan jawapan dijalankan.

Setiap kumpulan akan diberi masa selama 3 minit untuk mengenalpasti dan merekodkan hasil yang diperolehi di dalam jadual.Jadual yang telah direkodkan dengan aktiviti tadi,akan ditukar-tukarkan dengan kumpulan lain untuk penyemakkan dijalankan.Perbincangan dijalankan dengan cara, guru memanggil wakil daripada setiap kumpulan menentukan bentuk-bentuk yang telah diperolehi, mengukur bentuk-bentuk tersebut dan seterusnya menyatakan panjang, lebar dan tinggi bentuk – bentuk tersebut.Guru akan memberi bimbingan keatas pelajar yang bermasalah ketika menjalankan aktiviti.

Nama Model

_ _ _ _ _ _ _ _ _

_ _ _ _ _ _ _ _ _

P

L

T

P

L

T

1. Robot

2. Lori

3. Ikan

4. Rumah

5. Keretapi

Penutup.

Masa yang digunakan untuk melaksanakan langkah terakhir iaitu penutup adalah selama 5 minit. Di dalam aktiviti ini, guru akan mengadakan aktiviti pengayaan sebagai kerja sekolah untuk disiapkan oleh murid-murid semasa di rumah.

Guru juga memilih pelajar secara rawak untuk membuat kesimpulan pelajaran pada hari ini. Pelajar akan meningkatkan aras minda mereka semasa mereka membuat kesimpulan.

 

 

 

Isi kandungan