RANCANGAN PERSEDIAAN MENGAJAR

Matapelajaran

:

Matematik

Tahap / Tahun

:

Tahap 2 / Tahun 6

Bilangan murid

:

40 orang

Tarikh

:

2 Oktober 2000

Masa

:

8.45 hingga 9.45 pagi

Tajuk

:

Ruang

Kemahiran

:

8.1 Menyatakan panjang, lebar dan tinggi kubus dan kuboid

Pengetahuan sedia ada semasa darjah 4

:

Murid-murid telah mengenal bentuk kubus dan kuboid

dan kuboid ketika darjah 4

:

Mereka juga telah mempelajari ciri-ciri mudah bagi kubus

Objektif eksplisit

:

Pada akhir pelajaran diharap 95 % murid-murid dapat:

  • Menyatakan panjang, lebar dan tinggi kubus dan kuboid dengan tepat.
  • Mengukur panjang, lebar dan tinggi kubus dan kuboid dengan menggunakan pembaris dan jangka lukis dengan tepat.

Alat bantu mengajar

:

Bongkah-bongkah kubus dan kuboid , lembaran kerja model-model seperti robot, rumah,ikan lori dan keretapi.

Nilai dan sikap kerjasama

:

Teliti , yakin, prihatin, minat

KBKK

:

Hubung kait, banding beza, membuat kesimpulan

 

 

Langkah / masa

Isi pelajaran

Aktiviti guru

Aktiviti murid

ABM

Nilai /

sikap

KBKK

Catatan

Set induksi

5 minit

Guru mengimbas ingatan murid tentang mengenal bentuk kubus dan kuboid

Kubus

 

 

 

 

kuboid

 

- guru menunjukkan kotak hadiah yang berbentuk kubus dan kuboid.

- Guru bertanya :

  1. Siapakah yang pernah mendapat hadiah ?
  2. Pernahkah awak mendapat hadiah seperti ini ?
  3. Tahukah awak apakah nama bentuk-bentuk yang cikgu tunjukkan ini

- guru memanggil murid secara rawak untuk menjawab soalan yang dikemukakan.

-guru memberi peneguhan kepada jawapan yang diberikan oleh murid-murid.

 

- murid memberi perhatian terhadap penerangan guru.

- setiap murid-murid cuba menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.

- murid yang terpilih secara rawak menjawab soalan guru.

Kotak hadiah ber-bentuk kubus dan kuboid.

Prihatin

Minat

Menghor-mati

Hubung kait.

 

Langkah 1

10 minit

-Guru menunjukkan bahagian panjang , lebar dan tinggi bagi sesuatu kubus dan kuboid.

 

-guru menunjukkan pelbagai kedudukan bongkah-bongkah yang berbentuk kubus dan kuboid.

-guru menunjukkan sisi-sisi kubus dan kuboid yang dinamakan sebagai panjang, lebar dan tinggi.

-guru mengubah kedudukan kubus dan kuboid supaya murid- murid dapat mengenalpasti panjang,lebar dan tingginya.

-guru memanggil murid secara rawak untuk menerangkan sisi-sisi kubus dan kuboid

( yang mana satu dipanggil panjang, lebar dan tinggi ).

-guru memberi peneguhan kepada murid yang memberi jawapan tepat.

-guru membimbing murid yang lemah dalam mengenal pasti sisi- sisi kubus dan kuboid yang dinamakan sebagai panjang, lebar dan tinggi.

-guru menekankan unit cm adalah unit yang paling sesuai untuk menentukan panjang, lebar dan tinggi kubus dan kuboid.

 

- murid bersoal jawab dengan guru untuk memahami penerangan guru.

-murid yang dipilih oleh guru menerangkan sisi-sisi mana dalam sesuatu kubus dan kuboid itu adalah panjang, lebar dan tinggi.

- semua murid – murid aktif mengangkat tangan untuk mencuba menyatakan panjang, lebar dan tinggi sesuatu kubus dan kuboid.

Kotak-kotak pelbagai saiz yang berben-

tuk kubus dan kuboid.

-prihatin

-teliti

-meng-hormati

    • t

Banding beza

 

Langkah 2

15 minit

- murid mencari panjang, lebar dan tinggi kubus dan kuboid secara berkumpulan

- hasil dapatan dicatatkan di dalam jadual seperti dalam lampiran.

-guru mengedarkan 5 bongkah kubus dan kuboid kepada setiap kumpulan.

-Guru memberi arahan:

i.supaya murid-murid bekerjasama dalam menjalankan aktiviti

ii. mencatatkan hasil dapatan pada jadual yang diedarkan seperti jadual dalam lampiran.

- guru membimbing murid-murid yang lemah menjalankan aktiviti

- guru memanggil wakil daripada setiap kumpulan untuk membentangkan hasil kerja.

-guru membincangkan jawapan.

- murid berminat dengan bongkah-bongkah yang diedarkan oleh guru

- murid mendengar arahan guru.

-murid bersoal jawab jawab dengan guru untuk memahami arahan yang kurang jelas.

- murid menjalankan aktiviti secara berkumpulan.

- murid mencatatkan panjang, lebar dan tinggi setiap kubus dan kuboid yang diberikan dengan menggunakan jadual yang diberikan.

- seorang wakil daripada setiap kumpulan membentangkan hasil kerja.

 

 

Kertas mahjong

Bongkah-bongkah kubus dan kuboid

-Minat

Kerjasama

Teliti

Perihatin

Rajin

Berani

 

Banding beza

 

Langkah 3

25 minit

-murid dikehendaki mengenal pasti kubus dan kuboid sesuatu model.

- murid mengukur kubus dan kuboid

-aktiviti dilaksanakan secara stesen.

-model –model yang dirancang seperti dalam lampiran.

- guru memberi arahan:

- setiap kumpulan akan diberi satu model

- setiap model terdapat beberapa bentuk yang kita belajar pada pada hari ini, iaitu kubus dan kuboid.

- Anda semua dikehendaki mengenalpasti bentuk-bentuk yang terdapat pada model-model dan mengukur panjang, lebar dan tinggi dalam masa 3 minit sahaja.

- kemudian kumpulan 1 akan memberi modelnya kepada kumpulan 2, kumpulan 2 akan memberi, modelnya kepada kumpulan 3, kumpulan 3 akan memberi modelnya kepada kumpulan 4 , kumpulan 4 akan memberi modelnya kepada kumpulan 5 dan kumpulan 5 akan memberi modelnya kepada kumpulan 1.

- Setelah 3 minit masa yang telah ditentukan untuk setiap kumpulan mengenalpasti bentuk dan mencari panjang, lebar dan tinggi kubus dan kuboid tersebut , pusingan akan diulang semula seperti di atas sehingga setiap kumpulan akan mencatatkan panjang, lebar dan tinggi kelima-lima model.

- setelah semua kumpulan menyiapkan hasil kerja, guru mengkehendaki setiap kumpulan bertukar-tukar hasil kerja untuk disemak oleh kumpulan lain.

- perbincangan dijalankan dengan cara guru memanggil wakil daripada kumpulan satu menentukan bentuk –bentuk yang telah diperolehi daripada model 1

- murid tersebut juga dikehendaki mengukur dan menentukan panjang, lebar dan tinggi kubus dan kuboid yang diperolehi. Jawapan yang diberikan akan ditandakan oleh setiap ahli kumpulan penyemak.

- begitu juga dengan hasil keja seterusnya.

- guru memberi peneguhan diatas sikap kerjasama semua murid-murid.

 

- murid mendengar arahan guru

-murid bersoal jawab dengan guru bagi memahami arahan yang diberikan.

-murid mengenalpasti kubus dan kuboid serta mengukur panjang , lebar dan tingginya.

-murid bekerjasama dalam menjalankan aktiviti.

- murid membentangkan cara memperolehi maklumat dan jawapan.

Model-model seperti:

Robot

Ikan

Rumah

Lori

Kereta api

 

Kerjasama

Ber-disiplin

Teliti

 

 

 

 

 

 

Penutup

5 minit

Memberi latihan pengayaan untuk disiapkan dirumah.

Soalan latihan adalah seperti dalam lampiran.

- Guru mengedarkan lembaran kerja sebagai aktiviti pengayaan

- Murid-murid diarahkan

supaya membuat aktiviti pengayaan dirumah

- guru mengkehendaki murid membuat kesimpulan pelajaran pada hari ini.

- Beberapa orang murid telah dipilih oleh guru untuk membuat kesimpulan pelajaran.

 

 

- murid menerima kertas lembaran kerja

- Setiap murid-murid aktif untuk membuat kesimpulan pelajaran

Lembar-an kerja

 

 

Prihatin

Berani

Yakin

 

Hubung kait

 

 

Isi kandungan