SEKAPUR SIREH

    Assalammualaikum dan salam sejahtera. Dengan rendah diri , saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T.  kerana dengan limpah kurnianya maka dapat saya melakukan kata-kata pembuka bicara di dalam kerja berfortfolio ini, iaitu sebagai kerja kursus  teknologi maklumat semester lima ini.

        Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih  kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini. Terutama sekali kepada rakan-rakan T 9 (mt/ kh ) dan khasnya kepada En. Badrul Hisyam yang paling banyak memberi tunjuk ajar dan semangat kepada saya untuk membuat satu homepage.

        Pada peringkat awal kerja kursus ini diberi saya beranggapan bahawa, saya tidak mampu untuk melakukan kerja berfortfolio dan homepage ini. Namun setelah meneliti, bertanya dan menyelidik tentang kaedah perlaksanaannya, maka akhirnya saya berjaya melaksanakannya.Segala rintangan dan dugaan yang saya lalui semasa membuat projek ini, saya menjadikan ia sebagai satu dorongan untuk berjaya.

        Akhir bicara, semoga kerja kursus ini akan menjadi dorongan kepada saya iaitu sebagai guru pelatih untuk mencari pengalaman dan seterusnya pengalaman itu akan saya serapkan pada murid-murid saya nanti. Sekian , terima kasih.
 
Isi kandungan