pendekar pedang sakti


 
 
Aku adalah ibarat Sang Suria yang hampir terbenam diufuk barat kuat bersinar-sinar sebelum terbenam.....

Pedang Sakti merupakan seorang jaguh Dunia Kepahlawanan China yang berasal daripada
Kumpulan Kota Utama. Dia merupakan seorang jaguh handalan daripada dunia kepahlawanan China yang mementingkan keadilan dan kesaksamaan. Dia termasuk didalam kumpulan jaguh handalan China yang setaraf dengan Pendekar Tanpa Nama.
 Tidak banyak yang dapat diceritakan tentang Pedang Sakti ini. Dia telah memencilkan diri daripada dunia kepahlawanan serentak dengan kemunculan Pendekar Tanpa Nama. Menurut cerita, dia pernah juga mencabar Pendekar Tanpa Nama untuk bertanding dengannya dan syarat pertandingan adalah sesiapa yang kalah akan memencilkan diri daripada dunia kepahlawanan. Akhirnya Pedang Sakti telah kalah dan memencilkan disebuah kampung yang terpencil sehingga berita pembunuhan Ketua Kota Utama telah tersebar dan melibatkan perbuatan Kumpulan Alam Semesta.
 Untuk menghapuskan Kumpulan Alam Semesta dan Wira Utama bukanlah satu kerja yang mudah kerana Wira Utama mempunyai tiga orang pengikut yang berhikmat tinggi dan berkaliber iaitu Chin Shang, Penjejak Awan dan Penjejak Badai. Barangsiapa yang mahu menghapuskan kumpulan Alam Semesta dia mestilah menghapuskan ketiga-tiga pengikut Wira Utama ini dahulu secara berasingan. Wira Sakti dengan bantuan Penduga Arus, Sami Sikbu dan Tuku Meng (Waris Kota Utama) telah
berjaya berjaya mencederakan Penjejak Awan dan Penjejak Badai. Kemudian dia telah datang
sendiri ke Kumpulan Alam Semesta dan mencabar Wira Utama.
 

 
 
 

Sebelum bertarung dengan Wira Utama dia telah berazam untuk bertarung semula dengan Pendekar Tanpa Nama dengan jurus ciptaannya yang baru dikenali sebagai Hikmat Pedang 22 Gaya. Tetapi dia telah dikalahkan oleh Pedang Fajar iaitu anak murid Pendekar Tanpa Nama. Kemudian dia telah dibawa untuk berjumpa dengan Pendekar Tanpa Nama.
Pedang Sakti pun berpeluang untuk berjumpa dengan Tanpa Nama tetapi sesudah bertemu dengan Tanpa Nama dia berasa amat kecewa kerana dia mendapati yang Pendekar Tanpa Nama telah berjaya menguasai Hikmat Pedang Syurga dan Pedang Sakti merasakan yang peluangnya untuk menang apabila bertarung dengan Tanpa Nama adalah tipis. Kemudian dia pun beredar dari situ dan pergi untuk pergi ke Kumpulan Alam Semesta. Tetapi apakan daya mati tidak dapat ditahan, Maut tidak dapat dielak. Pedang Sakti merasakan yang dia semakin menghampiri kematian. Tetapi semangat nya untuk bertarung dengan Wira Utama masih kuat dan akhirnya semangat Pedang Sakti telah keluar dari tubuhnya dan pergi ke Kumpulan Alam Semesta. Yang lebih menariknya ialah semangat Pedang Sakti telah berjaya memahami satu lagi gaya pedang yang baru yang dikenali sebagai Hikmat Pedang 23 Gaya. Gaya inilah yang digunakan oleh Semangat Pedang Sakti.
 

 
 
 

Tetapi Pedang Sakti tewas juga apabila Penjejak Awan telah memusnahkan tubuhnya dan semangat Pedang Sakti yang berada di Kumpulan Alam Semesta itu pun hilang.
Mayat Pedang Sakti telah dikebumikan oleh Tuku Meng, Sami Sikbu, Pedang Fajar anak seorang lagi anak perempuan Ketua Kumpulan Kota Utama yang juga bernama Meng.
 
 

 

Pedang Setiawan98

WebRing next WebRing


This Malaysian Hebat WebRing site belongs to tanpanama@mailexcite.com.

Click for the
[Previous 5 Sites |Skip Previous |Previous |Next |Skip Next |Next 5 Sites |Random Site |List Sites]
Click here to join Malaysian HEBAT WebRing.