| IPDA | Jabatan Sains & Matematik | Staf | Kursus |
| Penyelidikan | Komen | Tatap Komen | Webmaster |
    Unit Sains ialah salah satu unit di bawah Jabatan Sains dan Matematik. Antara kursus yang dikendalikan oleh unit ini adalah Kursus Diploma Perguruan Malaysia dan Kursus Perguruan Lepas Diploma. Terdapat 10 orang pensyarah dalam unit ini yang mengajar matapelajaran Pengkhususan. 
 
IPDA 
The best homepage yang mesti dilawati. 

Jabatan Sains & Matematik  
Jabatan kami terdiri daripada 4 unit (Sains, Matematik, PJK & PAS) 

Staf   
Ahli unit yang berdedikasi dan  sentiasa berusaha meningkatkan tahap profesionalisme 

Kursus 
Kursus-kursus peringkat diploma & lepas diploma yang ditawarkan  

Penyelidikan  

Tatap Komen  
Webmaster 
 

      

    Kursus yang ditawarkan bertujuan melahirkan guru yang berpengatahuan dan berkemahiran untuk membentuk masyarakat yang berbudaya sains dan teknologi, dinamik dan progresif. Melalui kursus-kursus ini diharapkan pelatih dapat:- 

 
 
      • memperolehi pengetahuan dan kefahaman tentang fakta, prinsip dan konsep sains yang diperkenalakan dalam sukatan pelajaran sains sekolah;
      • memperkembangkan kemahiran saintifik;
      • meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang pelbagai kaedah mengajar sains;
      • menguasai kemahiran pedagogi, kemahiran berfikir dan kemahiran teknologi maklumat untuk diaplikasikan dalampengajaran dan pembelajaran sains; dan
      • menghayati dan mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni dalam melaksanakan tugas harian sebagai pendidik sains.
     Diharapkan halaman ini dapat menyampaikan maklumat yang khusus mengenai kursus-kursus yang dikendalikan oleh unit kami. Jika anda ingin memberikan cadangan yang berbentuk akademik/bukan akademik bolehlah berhubung dengan e-mail. 

    Terima kasih.