LatarBelakang Diri

Dilahirkan di Melaka, pada tahun 1967. Ayah bernama Dato' Haji Ismail Bin Hashim. Nama ibu Raja Norsiah Bte Raja Mohd. Merupakan Anak yang kelima daripada enam orang adikberadik. Isteri bernama Mardziah bte Md. Zain (..orang Kedah). Mempunyai dua orang anak yang bernama Megat Afiq, Megat Afnan dan Megat Afif.

Sekolah rendah di SekolahRendah St. Francis Instition, Melaka. Sekolah menengah di SekolahMenengah St. Francis Institution. Memasuki Yayasan Pelajar Melaka [Yaspem] untuk pengajian tingkatan enam. Melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia dan mendapat kelulusan BA.Ed Hons. Pengkhususan utama Sastera dan minor dalam pengajian sejarah. Mengikuti kursus Windows NT di UTM pada tahun 1996. Mengikuti kursus Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Untuk Jurulatih Utama Fasa III di Maktab Perguruan Raja Melewar Negeri Sembilan dan lulus dengan gred "A".

Mula mengajar di SekolahMenengah Kebangsaan King George V, Seremban mulai 17.07.1992. Kini mengajar matapelajaran Kesusasteraan Melayu Tingkatan Enam dan Sejarah Kertas Satu STPM. Dilantik sebagai Ketua Unit Penerbitan dan Grafik Sekolah, Pengurus Stok, Pengurus Makmal Komputer Tingkatan Enam, dan Pengerusi Homepage Sekolah. Menjadi Setiausaha Panitia Kesusasteraan Melayu Negeri Sembilan, Guru Sumber Kesusasteraan Melayu STPM Negeri Sembilan. Menjadi pemeriksa kertas Kesusasteraan Melayu dari 1992 - 1998. Menjadi ahli jawatankiuasa pemilihan buku teks Kesusasteraan Melayu SPM bagi tahun 2001. Menjadi ahli jawatankuasa Semakan Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu untuk tahun 2001. Penulis dalam majalah Akademik. Menjadi johan dalam pertandingan karangan anjuran Pusat Pendidikan Negeri Sembilan tahun 1993. Mendapat surat penghargaan dari Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka kerana mencipta logo untuk Majlis tersebut. Pada tahun 1996, menerima Anugerah Anugerah Cemerlang.

Di dalam usaha memantapkan penggunaan IT di sekolah, beliau telah dipertanggungjawabkan membina beberapa program perisian untuk manfaat pelajar dan pengurusan. Antara perisian yang berjaya dilaksanakan ialah Sistem Pengurusan Stok Koperasi Sek. Men. Keb. King George V Bhd, Sistem Maklumat Pelajar dan Sistem Permarkahan. Perisian yang masih dalam pembinaan Sistem Pinjaman Buku di Perpustakaan dan alat bantu mengajar dengan menggunakan perisian Authorware. Usaha ini sekaligus dapat memperkembangkan dan memperluaskan penggunaan komputer dalam pengurusan sekolah. Usaha ini dilakukan bagi membawa sekolah SMK. KGV pada era dunia tanpa sempadan. Terlibat dalam membantu pembinaan Halaman Web Sek Men Keb Tuanku Ampuan Durah, Seremban.

Menjadi waden asrama sejak 17.07.1992 dan menjadi Ketua Waden pada tahun 1993 sehingga Mac1998. Melibatkan diri dalam Persatuan Waden.[Berkawan], NegeriSembilan Darul Khusus.

Kini bertugas di Unit Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan sebagai Penolong Pengarah. (mulai 1 Mei 1999)