KESATUAN PEMBANTU VETERINAR SEMENANJUNG MALAYSIA

d/a Institut Haiwan Km 13 Jalan Batu Pahat 86009 Kluang. Johor

PERINGATAN MESYUARAT AGONG KE - 33

Tarikh: 29.9.2001 (Sabtu)

Masa: 2.00 ptg

Tempat: Coral Bay Resort, Pulau Pangkor, Perak.

Kehadiran: 142 orang

Turut hadir: 34 orang Ahli baru

 

Agenda 1: Ucapan Aluan Yang Di Pertua

Yang Dipertua mengalu-alukan kehadiran para ahli dan mengucapkan terima kasih kerana dapat menghadirkan diri bagi menyempurnakan mesyuarat Agung kali ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa penyelaras terdiri dari Pembantu Veterinar di Negeri Perak yang berusaha menjayakan mesyuarat dengan mengadakan cenderamata kepada setiap ahli. Beberapa tempat telah dicadangkan pada asalnya, tetapi setelah beberapa pandangan dan pindaan dibuat akhirnya atas nasihat Pengarah PSM maka Jawatankuasa Agung telah memilih Coral Bay Resort untuk mengadakan mesyuarat. Beliau memohon maaf kepada Pembantu Veterinar di Perak di atas segala kerumitan yang timbul dari perancangan yang telah dibuat. Yang Dipertua menyatakan kegembiraannya kerana menyertaan amat memberangsangkan.

Wakil-wakil negeri juga telah membantu menentukan kehadiran ahli yang ramai. Beliau mengucapkan syabas kepada mereka kerana telah berusha mendapatkan kelulusan dari Ketua Jabatan untuk hadir. Terima kasih juga diucapkan kepada bebrapa ahli dari Trengganu, walaupun tidak boleh membuat tuntutan masih juga sudi datang atas perbelanjaan sendiri. Yang Dipertua menyarankan agar dimasa akan datang pihak tertentu dapat menghantar senarai nama yang akan hadir lebih awal agar urusan penginapan dapat diatur dengan baik untuk keselesaan semua.

Mengikut senarai kehadiran terdapat 176 orang yang hadir termasuk ahli baru yang mendaftar menjadi ahli pada hari ini. Ahli kesatuan telah bertambah dari 80 pada awal tahun 90an kepada lebih 450 orang masa ini. Ini menunjukkan satu kesedaran kepada Pembantu Veterinar betapa pentingnya berkesatuan untuk mendapatkan perhatian dari pihak pengurusan. Adalah diharapkan keahlian kesatuan dapat mencapai sekurang-kurangnya sehingga 90% dari Pembantu Veterinar di seluruh negara. Diharap muka-muka baru akan dapat menawarkan diri dimasa hadapan untuk menjadi pemimpin kepada kesatuan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan kepercayaan kepada beliau menerajui kesatuan untuk tempoh dua tahun akan datang. Kedudukan kesatuan masa kini adalah kukuh dari segi kewangan dan juga keahlian.

Beliau seterusnya mempengerusi dan memulakan mesyuarat agung.

 

Agenda 2: Melantik pencatit minit

Sdr. Ibrahim b Ariffin mencadangkan Sdr. Azman

Sdr. Shamsul Kamal b Long mencadangkan Sdr. Misimah bt Isa

Kedua-dua cadangan diterima sebulat suara.

Agenda 3: Melantik 3 orang Pemeriksa undi

Bil Calon Pencadang Penyokong

1 Sdr. Mustafa Kamal b Ibrahim Sdr. Kamaruzaman b Yusof Sebulat suara

2 Sdr. Zahriman b Mohd Sabri Sdr. Abd Harith b Abd Kadir Sebulat suara

3 Sdr. Abdullah b Awang Sdr. Mohd Tahir b Ariffin Sebulat suara

Ketiga-tiga calun diterima sebulat suara.

Agenda 4: Mengesah dan menerima minit mesyuarat lalu

Sdr. Ibrahim selaku setiausaha membentangkan minit mesyuarat lalu seperti di muka surat 1 - 12 dalam buku peringatan mesyuarat agung.

Minit diterima :-

Cadangan: Sdr. Nur Hilmi b Mat Idin

Sokongan: Sdr. Shamsul Kamal b Long

Agenda 5: Perkara berbangkit

Tiada perkara berbangkit di kemukakan ahli-ahli.

Agenda 6: Membentang dan Menerima Laporan Kemajuan

Sdr. Setiausaha membentangkan laporan kemajuan seperti di muka surat 15 - 22 untuk makluman ahli-ahli yang hadir.

Agenda 7: Membentang dan menerima Laporan Kewangan

x) 1.4.99 hingga 31.3.2000 dan

Penerimaaan : 26,684.06

Perbelanjaan: 23,030.48

ii) 1.4.2000 hingga 31.3.2001

Penerimaan: 14,516.51

Perbelanjaan: 5,738.22

Sdr. Kamaruddin b Idris, Bendahari membentangkan laporan kewangan seperti di muka surat 23 - 25 buku laporan mesyuarat agung.

Laporan dan penyata (i) dan (ii) diterima dan disahkan..

Pencadang: Sdr. Ahmad Zamri b Ibrahim

Penyokong: Sdr. Eesert a/l Ramathas

Agenda 8: Membentang dan menerima Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan

Sdr. Kamaruddin selaku Bendahari membentangkan anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 31.3.2002 & 31.3.2003 untuk kelulusan.

i) 1.4.2001 hingga 31.3.2002

Penerimaaan : 11,020.00

Perbelanjaan: 18,824.00

ii) 1.4.2002 hingga 31.3.2003

Penerimaan: 10,640.00

Perbelanjaan: 21,072.00

Anggaran dilulus dan diterima :

Pencadang: Sdr. Samsuddin b Mamat

Penyokong: Sdr. Daniel Nowar

Agenda 9: Melantik 2 orang Pemeriksaa Kira-kira

Calon: Pencadang Sokong

Sdr. Misimah bt Hj. Isa Sdr. Nur Hilmi b Mat Idin Subulat suara

Sdr. Teoh Kim Hong Sdr. Nur Hilmi b Mat Idin Sebulat suara

Kedua-dua calon diterima sebulat suara.

Agenda 10: Melantik Juruaudit Luar

Mesyuarat mencadangkan diberi mandat kepada Jawatankuasa Agong melantik mana-mana Juruaudit yang sesuai dan memudahkan kesatuan berurusan.

Pencadang: Sdr Toh Say Eng

Sokong: Sdr. Sebulat Suara

Cadangan diterima sebulat suara.

Agenda 11: Melantik 2 orang Penimbangtara (Gantian)

Calon yang dikekalkan :

    1. Sdr. Hj. Khairuddin b Yusoff
    2. Sdr. S. Loganathan a/l Saminathan
    3. Sdr. Bakhtiar b Manap

Mesyarat bersetuju melantik sebagai ganti ahli yang berhenti ; Sdr. Shariff b Awang dan Sdr. Zainordin b Ahmad

Calon Pencadang Sokong

Sdr. Mustafa Kamal b Ibrahim Sdr. Sulaiman b Othman Sdr. Shamsul Kamal

Sdr. Ahmad Zamri b Ibrahim Sdr. Saiden b Hamzah Sdr. Mohd Yusof b Ahmad

Kedua-dua calon pengganti diterima sebulat suara.

Agenda 12: Perlantikan Pemegang Amanah (Gantian)

Calon yang dikekalkan:

Sdr. Saiden b Hamzah

Mesyuarat bersetuju melantik ganti ahli yang berhenti dan hilang kelayakan (Sdr. Abdullah b Muda (Dipilih sebagai Naib Yang Dipertua) dan Sdr. Nik Md Yusoff b Nik Abd Kadir.)

Calon Pencadang Sokong

Sdr. Kong Choon Chooi Kamarin b Mansor Abd Aziz b Ismail

Sdr. Shamsul Kamal b Long Sdr. Mohd Zamri b Ibrahim Sdr. Abd Jamal b Sofar

Kedua-dua calon diterima sebulat suara.

Agenda 13: Membahas dan menerima usul-usul

Sebanyak lima usul telah diterima untuk perbahasan

 

PINDAAN PERATURAN DAN PERLEMBAGAAN

Usul 1. Peraturan 19 - Kewangan dan Kira-Kira

Meminda Perkara 5

Meminda had menyimpan wang tunai oleh Bendahari dari tidak lebih lima puluh kepada tidak lebih dari seratus ringgit pada sesuatu masa. Perbelanjaan yang dibenarkan pada sesuatu masa dipinda dari dua puluh lima ringgit kepada lima puluh ringgit.

Pencadang Jawatankuasa Agung

Usul tersebut dibentangkan oleh Sdr. Kamaruddin bin Idris dan diterima sebulat suara.

Usul 2. Peraturan 9 - Mesyuarat Agung Tahunan

Meminda korum Mesyuarat Agung dari satu per empat jumlah ahli-ahli yang berhak mengundi kepada 50 orang sebagai mencukupi korum Mesyuarat Agung Dua Tahunan.

Pencadang Jawatankuasa Agung

Usul dibentangkan oleh Sdr. Ibrahim b Ariffin.

Usul diterima sebulat suara tanpa bahas.

 

 

CADANGAN KEPADA PIHAK PENGURUSAN

Usul 3. Latihan Khas Bakal Pesara

Usul: Jabatan memberi kemudahan kepada Pembantu Veterinar yang akan bersara mengikuti kursus berbentuk motivasi dan bimbingan ke arah menjadi usahawan dan sebagainya.

Rasional: Setelah berkerja dengan lama ada kalanya Pembantu Veterinar tidak membuat persediaan menghadapi alam persaraan. Persedian mental dan material adalah perlu bagi melalui tempoh persaraan kerana rata-rata kakitangan yang baru bersara masih kuat dan mampu bekerja jika mempunyai peluang. Bakal pesara perlu diberikan motivasi dan bimbingan apakah mereka boleh lakukakan setelah bersara.

Pencadang Jawatankuasa Agung

Usul telah dibentangkan Sdr. Abdullah b Muda dan diterima sebulat suara.

Usul 4. Sijil Lulus Peperiksaan KPSL

Usul: Pembantu Veterinar yang lulus peperiksaan KPSL diberi Sijil Khas yang disahkan Ketua Pengarah dan Lembaga Peperiksaan.

Rasional: Pembantu Veterinar terpaksa menjalani peperiksaan yang sukar sebelum layak dipertimbang menjawat jawatan Penolong Pegawai Veterinar. Ada juga Pembantu Veterinar yang mengambil peperiksaan melebehi 3 kali baru lulus. Sekiranya lulusan peperiksaan diberikan sijil, kemungkinan memberi lebih peluang kepada mereka untuk cuba mendapat pekerjaan disektor swasta dengan imbuhan yang lebih baik.

Pencadang Jawatankuasa Agung

Usul dibentangkan Sdr. Mohd Zaini b Mat Zain dan diterima sebulat suara.

Usul 5. Surat Perakuan Kemahiran

Usul: Ketua Pengarah / Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri mengeluarkan surat perakuan kemahiran dan keterampilan (competency) dalam kerja khusus seperti spaying dan castration kepada Pembantu Veterinar yang berkenaan.

Rasional: Pembantu Veterinar sering diminta menjalankan kerja-kerja yang di luar bidang tugas masing-masing. Ada kalanya mereka diminta menjalankan tugas Doktor Veterinar seperti pembedahan (spaying & castration anjing dan kucing), menjahit luka dan membuat rawatan seperti dystokia dan sebagainya. Oleh kerana sering menjalankan tugas tersebut ada Pembantu Veterinar yang sangat mahir dalam bidang-bidang tersebut. Kemahiran yang bernilai ini tidak mendapat pengiktirafan dari jabatan dan tidak membawa sebarang kelebihan dalam apa jua keadaan kerana tidak di dokumenkan.

Pencadang Jawatankuasa Agung

Usul dibentangkan Sdr. Loganathan a/l Saminathan.

Usul ini telah mendapat reaksi berbeza dari ahli dan dibahaskan dan diundi secara angkat tangan.

Setuju: 25 undi

Tidak setuju: 50 undi

Keputusan usul ini ditolak

Agenda 14: Pengisytiharan Pembubaran Jawatankuasa 1999 - 2001

Pengerusi mengisytiharkan pembubaran Jawatankuasa Sessi 1999 - 2001 dengan ucapan terima kasih di atas sumbangan mereka menjalankan aktiviti kesatuan dengan baik.

Agenda 15: Pengisytihara Keputusan Pemilihan Jawatankuasa Agung 2001 - 2003

Pengerusi mengumumkan keputusan pengundian bagi pemilihan Jawatankuasa Agong bagi tempoh 2001- 2003 seperti berikut:

1. Yang Dipertua : Mohd Salleh b Alang Abd Rais PPN Tiada pertandingan

2. Naib Yang Abdullah b Muda Tiada pertandingan

3. Setiausaha: Ibrahim b Ariffin Tiada pertandingan

4. Penolong Azman b Abdullah Tiada pertandingan

5. Bendahari: Kamaruddin b Idris Tiada pertandingan

6. Ahli Jawatankuasa 1. Suraddi b Kadiman 121 undi

2. Hj. Khairudin b Yusof 99 undi

3. S. Loganathan a/l Saminathan 94 undi

4. Mohd Zakaria b Abd Aziz 84 undi

5. Musa b Mohammad 77 undi

6. Mohd Zaini b Mat Zain 76 undi

7. Hussin b Onn 63 undi

8. Sulaiman b Othman 46 undi

9. Shamsul Kamal b Long 42 undi

10. Mazlan b Misnan 31 undi

11. Md Jamal b Sofar 27 undi

Agenda 16: Perlantikan Wakil Negeri

 

Bil

Nama

Wakil

Alamat

1

Sdr. Yusoff b Mohamad

Perak

PHD Larut Matang, 34000 Taiping.

2

Sdr. Loganathan A/l Saminathan

Kedah

JPH Negeri Jalan Dato= Kumbar 05300 Alor Star

3

Sdr. Hj. Khairuddin b Yusoff

Kelantan

JPH Kubang Krian 16150 Kota Bharu

4

Sdr. Azman b Abdullah

Institut Haiwan

Institut Haiwan Kluang

5

Sdr. Abd Rahman b Mahmud

Perlis

JPH Negeri Km 3,Jalan Utan Aji 01000 Kangar

6

Sdr. Mohd Afandi b Abu Bakar

P. Pinang

JPH Negeri Jalan Gurdwara, 10300 Georgetown.

7

Sdr. Meeton bte Awang

Selangor

PHD Ulu Langat 43000 Kajang

8

Sdr. Abdullah b Muda

Trengganu

PHD Marang,

9

Sdr. Mohd Daud b Musa

Pahang

JPH Negeri Jalan Terkukur 25100 Kuantan

10

Sdr. Raziah bt Ghaffar

N. Sembilan

Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri

Lot 1504 Mukim Pantai, Batu 6 Jalan Jelebu

71770 Seremban. N.Sembilan

11

Sdr. Badar b Abd Majid

Melaka

Pusat Pengumpulan Susu, 77000 Jasin

12

Sdr. Mohd Aseran b Idris

Johor

JPH Negeri Jalan Kebun Teh, 80250 Johor Bahru

13

Sdr. Razman b Hussin

Jelai Gemas

Pusat Ternakan Haiwan, Batu 7 Jalan Rompin, 73400 Gemas

14

Sdr. Abdullah b Awang

K. Lumpur

Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan, Kuala Lumpur

15

Sdr. Kamaruzzaman b Abdul Ghani

Kuarantin P. Kelang

Stesen Kuarantin Haiwan, Aras 3 Wisma Kastam,

Lingkungan Sultan Hishamuddin, 42000 Pelabuhan Kelang (U)

16

Sdr. Nowar Daniel

R.S. Shah Alam

Kompleks Rumah Sembelih JPH Jalan Utas, 40000 Shah Alam

17

Sdr. Annuar b Mat Salleh

R.S. Kempas

Kompleks Rumah Sembelih JPH, Batu 4 Jalan Kempas, 813000 Skudai

18

Sdr. Zahriman b Mohd Sabri

Labuan

Jabatan Perkhidmatan Haiwan

Wilayah Persekutuan, Labuan

Agenda 17: Ucapan Penangguhan

1. Sdr. Zainal Abidin b Razali - Johor

Meminta supaya kesatuan meneruskan usaha mendapatkan kemudahan dan hak-hak yang diperuntukan dalam skim perkhidmatan Pembantu Veterinar.

2. Sdr. Abd Aziz b Ismail - Trengganu

Mengucapkan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa yang dapat mengendalikan kesatuan dengan baik. Harapan beliau semuga kesatuan terus berusaha menjayakan tuntutan kesatuan. Usaha menambah bilangan ahli hendaklah diteruskan. Cuba dapatkan persetujuan jabatan supaya tempoh peperiksaan KPSL dapat dipendekkan dari 4 - 5 hari yang diamalkan sekarang. Tempoh yang begitu lama memberikan tekanan kepada calun-calun.

3. Sdr. Toh Say Eng - Trengganu

Mencadangkan supaya mesyuarat Pembantu Veterinar secara rasmi di adakan pada sertiap tahun. Beliau mengucapkan tahniah di atas perkhidmatan barisan Jawatankuasa yang ada.

4. Sdr. Rohana bt Yamin - Perak

Mengucapkan tahniah kepada barisan Jawatankuasa dipilih. Minta supaya dimasa akan datang senaraikan ahli yang bersara dan berhenti dalam laporan tahunan.

5. Sdr. Bakhtiar b Manap - Perak

Kesatuan hendaklah mempunyai satu nada dalam perjuangan. Mengucapkan terima kasih kepada Pembantu Veterinar Negeri Perak yang berjaya menganjurkan Mesyuarat Pembantu Veterinar 2001 dengan jaya. Mohon maaf sekiranya terdapat kesulitan sepanjang mesyuarat dijalankan.

6. Sdr. Abdullah b Awang - Ibu Pejabat K.L.

Berharap kesatuan menjemput beliau dalam perbincangan terutama sekali dengan pegawai di Ibu Pejabat. Diharap kesatuan mencadangkan supaya kursus Kesihatan Awam Veterinar yang dijalankan untuk Pegawai Veterinar dan Penolong Pegawai Veterinar dapat dipanjangkan kepada Pembantu Veterinar. Berharap agar barisan kepimpinan kesatuan dapat meneruskan perjuangan kesatuan.

7. Sdr. M. Khalitas - Kedah

Mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa yang baru dipilih. Semua Pembantu Veterinar memainkan peranan dan berusaha menambah ahli-ahli kesatuan. Minta kesatuan edarkan maklumat lanjut berkaitan dengan CUEPACSCARE untuk makluman ahli. Tetapkan bayaran faedah persaraan mengikut ratio tertentu.

8. Sdr. Ibrahim b Ariffin - Setiausaha

Memaklumkan bahawa kedudukan memorandum pengiktirafan sijil Institut Haiwan telah sampai kepada Jawatankuasa Pengiktirafan di JPA. Berkenaan peperiksaan KPSL telah banyak kali disuarakan walaubagaimana pun walau pun susah dan memakan masa, tetapi bagi yang lulus tidak ada masalah mengisi kekosongan jawatan Penolong Pegawai Veterinar jika dibanding dengan rakan Pembantu Pertanian yang amat sukar mengisi kekosongan G7 di jabatan mereka. Terima kasih kepada jabatan yang mengadakan seminar yang ada hubung kait dengan peperiksaan KPSL dimana dapat menyediakan Pembantu Veterinar yang akan mengambil peperiksaan. Adalah diharapkan agar lebih ramai Pembantu Veterinar melibatkan diri dalam penggunaan komputer untuk menuju ke arah keterampilan diri dalam perkhidmatan.

9. Sdr. Kamaruddin b Idris - Bendahari

Terima kasih di atas teguran yang membina untuk mengemaskan rekod kewangan dan yang berkaitan status ahli.

Agenda 18: Penangguhan Mesyuarat

Yang Dipertua selaku pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah hadir ke mesyuarat dan tahniah diucapkan di atas komitment ahli-ahli dalam mesyuarat kali ini. Terima kasih diucapkan kepada Pembantu Veterinar dari Negeri Perak yang telah bersungguh-sungguh menjayakan mesyuarat di tempat yang sungguh baik. Tidak lupa juga beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepda Dr. Wan Mohd Kamil selaku penyelaras peringkat negeri mesyuarat Pembantu Veterinar Se Malaysia. Akhirnya diucaapkan terima kasih kepada Pengarah Pembangunan Sumber Manusia dan pihak pengurusan Hotel yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik sehingga mesyuarat dapat berjalan dengan baik.

Mesyuarat ditangguhkan jam 7.07 malam.

 

 

Disediakan: Disahkan:

 

Ibrahim b Ariffin Mohd Salleh b Alang Rais PPN

Setiausaha Yang Dipertua